LESTARI BUKIT MENGHIJAU...!

SINOPSIS



  • Mengisahkan Pak Tua (Profesor Usman Yunus) yang tinggal di Bukit Bintangor selepas membeli bukit seluas 4 hektar daripada seorang tauke Cina. Pak Tua hidup menyendiri dan begitu mencintai alam seperti tumbuihan dan binatang.
  • Ramai penduduk Kampung Alor Rambai menganggap Pak Tua sudah gila tetapi tidak dengan Zahiran. Zahiran mengenali Pak Tua sebagai seorang yang baik hati dan peramah.
  • Zahiran sering ke pondok Pak Tua dan sering dibawa bersiar-siar ke kawasan Bukit Bintangor dan diperkenalkan diperkenalkan tumbuh-tumbuhan di situ. 
  • Kemunculan Guru besar baharu, Cikgu Idham di SMK Alor Rambai mengubah landskap sekolah. Beliau amat mencitai alam sekitar. Beliau menggalakkan muridnya menjaga alam sekitar, menghijaukan bumi dengan mewujudkan taman sains.
  • Zahiran dan rakan-rakan ditugaskan menangkap burung, ikan. Rakan Zahiran seperti Osman, Kadir, Khuzairi, Marzuki dan Hamzah ditugaskan untuk menceriakan sekolah.
  • Zahiran mengajak rakan-rakannya ke pondok Pak Tua. Pada mula mereka berasa takut, namun lama-kelamaan mereka semua sudah biasa dan mereka amat kagum akan pengetahuan Pak Tua tentang nama-nama saintifik bagi kebanyakan tumbuhan.
  • Suatu hari Hamzah jatuh sakit. Penduduk kampung percaya Hamzah telah diganggu hantu tanah di Bukit Bintangor. Pak Tua mengajak Zahiran ke rumah Hamzah. Pak Tua mendapati Hamzah dijangkiti demam kuning. Pak Tua menggesa Pak Hamid (ayah Hamzah) mendapatkan rawatan di hospital. Beliau sanggup membiayai perbelanjaan.
  • Hamzah disahkan diserang demam kuning yang berpunca daripada gigitan nyamuk. Kemudian beberapa orang pelajar sekolah itu diserang demam kuning dan dirawat di hospital.
  • Penduduk kampung bersetuju mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kampung terutamannya di kawasan kediaman Pak Hamid.
  • Tabung membantu Pak Hamid merawat penyakit untut diwujudkan dan akhirnya penyakit beliau berjaya disembuhkan.
  • Pada suatu hari pokok Bintangor Pak Tua terbakar berpunca daripada Seleman dan Kasa secara tidak sengaja.
  • Pak Tua tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Seleman dan Kasa insaf dan berazam mahu menjaga alam sekitar. Mereka akhirnya rapat dengan Pak Tua.
  • Rahsia pentingnya pokok bintangor kepada Pak Tua akhirnya terbongkar. Pak Tua dan bintangor mempunyai sejarah yang tersendiri. 
  • Isterinya Kamariah telah mengalami kecederaan parah manakala kedua-dua orang anaknya meninggal dunia dalam kemalangan ketika mereka tinggal di Kota Chicago. Isteri Pak Tua yang menjalani pemindahan darah akhirnya dijangkiti HIV kerana darah yang dipindahkan itu tercemar.
  • Pak Tua dan rakan-rakannya sedang membuat penyelidikan tentang pokok bintangor yang dikatakan mampu mengubati HIV. Penyelidikan mereka berjaya namun sudah terlambat buat isterinya Kamariah.
  • Ketika Zahiran bersiap untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka, di Londang, Kampung Alor Rambai gempar dengan berita Pak Tua mahu mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan penyelidikan.
  • Akhirnya Pak Tua meninggal dunia. Zahiran bersemangat untuk mengikut jejak Pak Tua iaitu menjadi saintis yang berjaya dan berjasa kepada masyarakat.

Comments

Popular Posts