PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 28 February 2013

CHELSEA MENANG 2 - 0...!


PIALA FA ENGLAND 27 FEBRUARI 2013:-
  • EVERTON VS OLDHAM: 3 - 1
PIALA FA ENGLAND 28 FEBRUARI 2013:-
  • MIDDLESBROUGH VS CHELSEA: 0 - 2

PUN JAUH - PUN DEKAT...!

Penggunaan 'pun' kadang-kadang disalahgunakan. Sesetengah pengguna bahasa menggunakan kata partikel 'pun' secara hentam kromo sahaja. Sebenarnya penggunaan 'pun' ini sesetengahnya dieja secara 'dekat' dan ada juga secara 'jauh'. 'Pun' yang digunakan bersama dengan kata hubung hendaklah didekatkan, contohnya:-
  • sungguhpun
  • walaupun
  • biarpun
  • ataupun
  • sekalipun
  • bagaimanapun
  • kendatipun
  • meskipun
Manakala bagi 'pun' yang membawa maksud 'juga', kata 'pun' tersebut hendaklah digunakan secara 'jauh', sila lihat contoh di bawah:-
  • Ali pun (juga) ke sekolah.
  • Mereka pun (juga) pelajar SBP.
  • Subjek Bahasa Melayu pun (juga) kena lulus dengan cemerlang.


RESULTS SPM 2012...!


Keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 20 Mac 2013. Itu merupakan maklumat terkini yang cikgu peroleh pagi ini.
Sama-samalah kita menunggu!

Tuesday, 26 February 2013

MENGAKUI AKAN...!

Cuba perhatikan ayat-ayat di bawah. Adakah ayat-ayat ini gramatis ataupun tidak? Penggunaan kata sendi nama akan selepas kata kerja transitif agak kerap dan telah menjadi kebiasaan.
  1. Rakyat perlu mengakui akan kebenaran yang diutarakan oleh pihak kerajaan. 
  2. Ibu sangat merindui akan anak tunggalnya yang bekerja di seberang laut.
  3. Dia ditugaskan mengepalai akan pasukan pengakap itu.
  4. Ramai yang menyetujui akan pendapatnya itu.
  5. Pelajar diminta merujuk akan buku modul yang dibekalkan
Ayat 1 - 5 di atas adalah salah dari segi hukum tatabahasa atau juga disebut tidak gramatis. Hal ini demikian kerana kebiasaannya selepas penggunaan kata kerja transitif dalam ayat, mestilah diikuti oleh objek (kata nama), bukannya kata sendi nama.
  • KKT ------------------------> OBJEK
Contoh, dalam ayat 1, mengakui ialah kata kerja transitif dan kebenaran ialah objeknya. Ayat tersebut hendaklah ditulis begini:-
  1. Rakyat perlu mengakui kebenaran yang diutarakan oleh pihak kerajaan.
  2. Ibu sangat merindui anak tunggalnya yang bekerja di seberang laut.
Bagaimanakah pembetulan untuk ayat 3 - 5?

ESEI: KESAN PEMBALAKAN HARAM...!


Antara kesan  buruk akibat aktiviti pembalakan haram yang tidak dibanteras ialah:-
  • kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal.
  • merosakkan ekosistem semula jadi.
  • merosakkan habitat semula jadi haiwan liar.
  • kemusnahan ke atas flora dan fauna.
  • berlakunya pencemaran alam sekitar seperti sungai, kawasan tadahan air, hutan simpanan.
  • menjejaskan perkembangan industri pelancongan dan industri yang berkaitan.
  • meningkatkan masalah pemanasan global.
  • bertambahnya masalah bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, hakisan dan perubahan cuaca yang mendadak.
  • mengancam sumber rezeki masyarakat orang asli.
  • menjejaskan sumber ekonomi negara.
  • imej negara di mata dunia merudum.
  • menyebabkan berlaku kepupusan terhadap hidupan liar.
  • mengancam industri pembalakan negara.
  • kemusnahan terhadap spesies hutan yang bernilai.
  • menjejaskan pendapatan kaum petani dan nelayan.
  • meningkatnya kadar penularan penyakit berbahaya dalam kalangan masyarakat.

Monday, 25 February 2013

ESEI: CARA MENGHORMATI IBU BAPA...!


  • Berusaha menjadi anak yang sentiasa menurut kehendak ibu bapa.
  • Menjaga nama baik keluarga.
  • Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar daripada ibu bapa.
  • Berusaha bersungguh-sungguh bejaya dalam pelajaran dan kehidupan.
  • Sentiasa membantu meringankan beban keluarga.
  • Sentiasa menjaga hubungan baik dengan kedua-dua orang ibu bapa.
  • Menjaga tingkah laku ketika bersama-sama dengan mereka.
  • Mengerjakan suruhan dan perintah agama.
  • Sentiasa memastikan bahawa ibu bapa didahulukan daripada perkara lain.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan lemah lembut dengan mereka.
  • Ringan tulang dalam menghulurkan bantuan kepada mereka.
  • Sentiasa meminta pandangan dan nasihat daripada mereka.
  • Membantu adik-adik dalam menguruskan kehidupan.
  • Berusaha menggembirakan mereka.
  • Berusaha membantu ibu bapa dalam menunaikan keinginan mereka.

ITEM PENGUKUHAN...!


SM. SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
16100 KOTA BHARU, KELANTAN.

ITEM PENGUKUHAN-PENGAYAAN BAHASA MELAYU PMR 2012
Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian perbetulkan kesalahan yang ada.
1.       Puan Aida mengirimkan anaknya wang pada setiap hujung bulan bagi menampung belanja persekolahan anaknya itu.
2.       Pembacaan yang luas dapat mempertajamkan minda para pelajar.
3.       Ramai kanak-kanak orang Asli buta huruf dan ketinggalan daripada pelbagai segi.
4.       Oleh kerana sessi persekolahan baru sahaja tamat, banyak pelajar mengambil kesempatan untuk bergambar sesama mereka.
5.       Mangkuk kristal kesayangan ibu telah remuk setelah terhempas ke lantai.
6.       Majlis perlantikan barisan pemimpin-pemimpin baharu pengawas akan dilangsungkan pada minggu depan.
7.       Jalan cerita drama yang melirik-lirik itu menimbulkan rasa bosan di kalangan penonton.
8.       Saya diminta oleh Cikgu Ali untuk menulis kata-kata aluan bagi buku majalah tersebut.
9.       Milah telah kehilangan kedua orang tuanya ketika dia berumur lima setengah tahun.
10.   Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah cikgu terima pada tahun 1993.
11.   Setiap manusia akan mengimpikan sebuah kehidupan yang mengembirakan.
12.   Temuduga terbuka pegawai kedet tentera itu mendapat sambutan hangat daripada para belia-belia.
13.   Ayah berkerja sebagai juru mesin di kilang papan itu.
14.   Persie berjaya menjaringkan gol untuk MU di minit yang ke 65.
15.   Lukisan-lukisan yang dipamirkan di kedai itu cantik-cantik.
16.   Sebelum datuk meninggalkan dunia, dia sempat berpesan agar saya tidak mengabaikan solat.
17.   Jangan mengambil barang kepunyaan orang tanpa kebenaran.
18.   Jebatkah yang bersalah, atau akukah?
19.   Beberapa kereta terlibat di dalam kemalangan ngeri itu.
20.   Penyanyi yang sangat terkenal itu sedang membuat persembahan di pentas.
21.   Langkah dominan menggalakkan amalan membaca ialah mengadakan kempen kesedaran.
22.   Periuk-belanga kepunyaan Tuan Puteri Saadung masih tersimpan di gua Bukit Marak.
23.   Ramai penonton mengakui akan kehebatan penyerang muda itu.
24.   Kempen anti-merokok kurang berjaya kerana tidak mendapat kerja sama yang baik dari orang awan.
25.   Bapa baru sahaja balik kampung kerana ada kematian keluarganya di sana.
26.   Dengan berpandukan kepada peta lakaran itu, kami mula meredah hutan yang tebal itu.
27.   Pilhanraya Umum ke-13 akan diadakan pada akhir tahun ini.
28.   Udara-udara yang tercemar oleh asap-asap kilang boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitar.

CITY VS CHELSEA: 2 - 0...!


LIGA PERDANA ENGLAND 24 FEBRUARI 2013:-
  • MANCHESTER CITY VS CHELSEA: 2 - 0
  • NEWCASTLE UTD VS SOUTHAMPTON: 4 - 2
GERMANY BUNDESLIGA 24 FEBRUARI 2013:-
  • B. MOENCHENGLADB VS DORTMUND: 1 - 1
  • SCHALKE VS DUSSELDORF: 2 - 1
ITALY SERIE A 24 FEBRUARI 2013:-
  • SAMPDORIA VS CHIEVO: 2 - 0
  • ATALANTAN VS AS ROMA: 2 - 3
  • CAGLIARI VS TORINO: 4 - 3
  • JUVENTUS VS SIENA: 3 - 0
  • PARMA VS CATANIA: 1 - 2
  • PALERMO VS GENOA: 0 - 0
PORTUGUESE LIGA 24 FEBRUARI 2013:-
  • SETUBAL VS BEIRA MAR: 1 - 0
  • BRAGA VS GUIMARAES: 3 - 2
  • FC PORTO VS RIO AVE: 2 - 1
SPAIN PRIMERA DIVISION 24 FEBRUARI 2013:-
  • RAYO VALLECANO VS VALLADOLID: 1 - 2
  • ZARAGOZA VS VALENCIA: 2 - 2
  • DEP. LA CORUNA VS REAL MADRID: 1 - 2
  • BARCELONA VS SEVILLA: 2 - 1

Sunday, 24 February 2013

KOSA KATA TIDAK PRODUKTIF...!

Duduk bersimpuh
Banyak juga kosa kata ataupun perbendaharaan kata bahasa Melayu yang jarang-jarang digunakan sehingga kadang-kadang menyebabkan sebahagian daripada kita sudah tidak mengetahui makna atau maksud serta cara penggunaan kata-kata tersebut. Di bawah disenaraikan contoh dan makna kata tersebut:-
  • kantung - saku
  • bahari - zaman silam
  • gantang - sukatan bersamaan dengan 4.54 liter
  • culas - malas
  • jauhari - cerdik pandai
  • kabul - terlaksana
  • fana - kekal
  • tinting - meneliti
  • tengadah - memandang ke atas
  • angkara - perbuatan jahat
  • kudrat - tenaga
  • tulus - ikhlas
  • gamat - bising
  • simpuh - duduk berlutut
  • bambu - buluh
  • suratan- ketentuan
  • buana - bumi
  • menapak - berjalan
  • rabak - koyak
  • bedil - senapang
  • selob - perahu

BELAKANGAN / KEBELAKANGAN...!

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, belakangan dan kebelakangan membawa maksud sejak akhir-akhir ini, sekarang ini dan seumpamanya. Jadi penggunaan belakangan atau kebelakangan boleh digunakan secara bertukar ganti. Lihat contoh di bawah:-
  • Belakangan ini banyak sekali remaja terlibat dengan kegiatan merokok. 
  • Kebelakangan ini banyak sekali remaja terlibat dengan kegiatan merokok.

KLATE SERI 2 - 2 DI KUANTAN...!


LIGA SUPER MALAYSIA 23 FEBRUARI 2013:-
  • TERENGGANU VS ATM: 3 - 2
  • PAHANG VS KELANTAN: 2 - 2
  • LIONSXII VS PERAK: ?
LIGA PERDANA ENGLAND 23 FEBRUARI 2013:-
  • FULHAM VS STOKE CITY: 1 - 0
  • ARSENAL VS ASTON VILLA: 2 - 1 
  • NORWICH VS EVERTON: 2 - 1 
  • QPR VS MANCHESTER UTD: 0 - 2 
  • READING VS WIGAN: 0 - 3 
  • WEST BROM VS SUNDERLAND: 2 - 1 
GERMANY BUNDESLIGA 23 FEBRUARI 2013:-
  • AUGSBURG VS HOFFENHEIM: 2 - 1
  • BAYERN MUNICH VS WERDER BREMEN: 6 - 1
  • HANNOVER VS HAMBURGER: 5 - 1
  • MAINZ VS WOLFSBURG: 1 - 1
  • VFB STUGART VS NUMBERG: 1 - 1
  • FREIBURG VS EINTRACHT FRANKFURT: 0 - 0

MALAYSIA -PANAMA JUARA PIDATO PABM 2013...!

PUTRAJAYA 22 Feb - Peserta Malaysia dan Panama muncul sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 bagi kategori Nusantara dan Antabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Peserta dari Malaysia, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli muncul juara Nusantara sementara Derrick Fernando Jaramillo Buxeda pula menjadi juara bagi kategori Antarabangsa. Mereka berdua membawa pulang wang tunai bernilai RM21,700.00, Piala Perdana Menteri, piala iringan, hadiah dan sijil.
Keputusan penuh pertandingan:-
  • KATEGORI NUSANTARA
  1. Mohd Ikhwan Mohd Rosseli - Malaysia
  2. Muhammad Zulfadhli Razali - Indonesia
  3. Adi Ismat Lamat - Brunei
  • KATEGORI ANTARABANGSA
  1. Derrick Fernando Jaramillo - Panama
  2. Zhang Yaqi - China
  3. Abdel Rahman Ibrahim Sulieman - Jordan

Saturday, 23 February 2013

JOHOR DT SEKADAR SERI 0 - 0...!


LIGA PERDANA MALAYSIA 22 FEBRUARI 2013:-
  • K.LUMPUR VS BETARIA: 2 - 2
  • PAHANG UiTM VS SPA: 1 - 2
  • PDRM FA VS SABAH: 3 - 3
  • POS MALAYSIA VS PERLIS: 0 - 1
  • SARAWAK FA VS JOHOR FA: 3 - 2
LIGA SUPER MALAYSIA 22 FEBRUARI 2013:-
  • FELDA UTD VS JOHOT DT: 0 - 0
  • NEGERI SEMBILAN VS T-TEAM: 0 - 0
  • SELANGOR VS PKNS FC: 0 - 0

Friday, 22 February 2013

8 LAYAK KE PERINGKAT AKHIR...!

PUTRAJAYA 20 Feb, - Seramai 12 orang peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 bagi kategori Antarabangsa layak ke separuh akhir. Mereka ialah peserta dari:-
  • Ghana
  • Rusia
  • Amerika Syarikat
  • Korea Selatan
  • Jerman
  • Itali
  • Afghanistan
  • Jepun
  • Panama
  • China
  • Jordan
Pertandingan peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 21 Februari 2013.
Bagi kategori Nusantara, peserta yang layak ke separuh akhir ialah:-
  • Muhamad Hamizi Shaharudin - Malaysia
  • Mohd Ikhwan Mohd Rosseli - Malaysia
  • Ahmad Mulyadi - Indonesia
  • Muhammad Zulfadhli Razali - Indonesia
  • Adi Aismat Lamat - Brunei
Selepas pertandingan separuh akhir, bagi kategori Antarabangsa yang layak melangkah ke peringkat akhir ialah:-
  • Abdul Rahman Ibrahim Suleiman - Jordan
  • Daniel Krausse - Jerman
  • Derick Fernado - Panama
  • Abdul Matin Mohd Azeem - Afghanistan
  • Zhang Yaqi - China
Bagi kategori Nusantara, peserta yang layak ke peringkat akhir ialah:-
  • Mohd Ikhwan Rosseli - Malaysia
  • Adi Ismat Lamat - Brunei
  • Muhammad Zulfadhli Rasdi - Indonesia

Thursday, 21 February 2013

ESEI: PENDAPAT PMR 1993 - 2012...!


ANALISIS SOALAN ESEI PMR 1993 - 2012
PENDAPAT:
TAHUN
TAJUK/SOALAN
1993
Masyarakat Malaysia lebih banyak makan buah-buahan import daripada buah-buahan tempatan. Nyatakan sebab-sebabnya dan cadangkan cara-cara mengatasinya.
1994
Adik anda ingin menghubungi rakannya dengan menggunakan telefon awam. Sila terangkan cara-cara menggunakan telefon awam. Nyatakan juga faedah-faedah yang kita dapat dengan adanya kemudahan telefom awam.
1995
Aktiviti gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat sekarang. Tulislah sebab-sebab berlaku keadaan sedemikian.
1996
Abang anda telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan anda telah bertanya kepadanya tentang rahsia kejayaannya dalam bidang pelajaran. Tulis kembali maklumat yang anda peroleh daripada abang anda itu.
1997
Seni pertahanan diri buka bertujuan untuk membina kekuatan, sebaliknya untuk membina kekuatan fizikal, mental dan moral seseorang. Huraikan pernyataan itu.
1998
Banyak kemudahan awam disediakan untuk kegunaan orang ramai tetapi sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
1999
Malaysia membangun dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, perhubungan, dan perkilangan. Huraikan kemajuan yang dicapai oleh Negara dalam pelbagai bidang tersebut.
1999
Penubuhan unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja banyak memberikan faedah pelajar. Huraikan faedah-faedah menyertai unit tersebut.
2001
Teknologi maklumat telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai pelajar, berikan pelbagai pendapat anda tentang cara-cara memanfaatnya.
2002
Langkah-langkah yang telah dibuat sehinggakan rumah pasukan anda berjaya menjadi johan dalam temasya sukan tahunan sekolah.
2002
Usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan tradisional.
2003
Nyatakan impian anda dan usaha-usaha untuk mencapai impian tersebut.
2003
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.
2004
Faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan menabung.
2005
Peranan masyarakat menangani pelbagai gejala negatif
2006
Faedah-faedah mengikuti Program Kecemerlangan PMR.
2006
Bersetuju atau tidak mengenai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mempercepat kemajuan Negara.
2007
‘Sistem pengangkutan yang baik dapat membantu pembangunan Negara.’ Apakah pendapat anda.
2008
Ibu bapa berperanan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anak.
2008
Faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan berbudi bahasa.
2009
Faedah-faedah apabila mempunyai ramai kawan.
2009
‘Bercuti bersama-sama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.’ Huraikan.
2010
Nyatakan kebaikan ibu bapa sebagai bukti menyayangi mereka berdua.
2010
Usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sector pelancongan Negara.
2011
Usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan Negara.
2012
Pada hujung minggu yang lalu, anda sekeluarga telah bersama-sama membersihkan kawasan rumah anda. Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti tersebut.
2012
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan remaja.

BARCELONA TEWAS 0 - 2...!



EUROPE CHAMPIONS LEAGUE 21 FEB 2013:-
  • AC MILAN VS BARCELONA: 2 - 0
  • GALATASARAY VS SCHALKE: 1 - 1

Wednesday, 20 February 2013

GRED BAHARU SPM...!


                                SISTEM PENGGREDAN BAHARU SPM
GRED
MARKAH
NILAI GPK
NILAI PNG
TAKRIF
A+
90 – 100
1
4.00
Cemerlang Tertinggi
A
80 – 89
1
3.75
Cemerlang Tinggi
A-
70 – 79
2
3.50
Cemerlang
B+
65 – 69
3
3.25
Kepujian Tertinggi
B
60 – 64
4
3.00
Kepujian Tinggi
C+
55 – 59
5
2.75
Kepujian Atas
C
50 – 54
6
2.50
Kepujian
D
45 – 49
7
2.25
Lulus Atas
E
40 – 44
8
2.00
Lulus
G
00 – 39
9
1.75
Gagal

KELANTAN MENANG 2 - 0...!



EUROPE CHAMPIONS LEAGUE 20 FEB 2013:-
  • ARSENAL VS BAYERN MUNICH: 1 - 3
  • FC PORTO VS MALAGA: 1 - 0
LIGA SUPER MALAYSIA 19 FEB 2013:-
  • KELANTAN VS TERENGGANU: 2 - 0
  • T-TEAM VS FELDA UTD: 1 - 1
  • ATM VS SELANGOR: 2 - 0
  • JOHOR DT VS LIONSXII: 2 - 2
  • PERAK VS PAHANG: 1 - 0
  • PKNS FC VS NEGERI SEMBILAN: 2 - 2

Tuesday, 19 February 2013

CERPEN: HARGA SEBUAH LUKISAN...!


SINOPSIS:-
  • Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya bertukar.
  • Dia seorang pelajar Tg. 2 SMK Sirusa yang berbakat dalam seni lukis.
  • Dua minggu sebelum berpindah, dia telah menyertai pertandingan melukis.
  • Pada hari pertandingan, dia didatangi kawannya iaitu Maryati dan Norlela.
  • Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah.
  • Maryati mengkhianati Kamal dengan menukar kertas lukisan ketika Kamal ke kantin untuk membersihkan bekas makanan.
  • Kamal terpaksa melukis semula untuk menyertai pertandingan itu.
  • Akhirnya Kamal Hijaz berjaya juga menjadi juara.
  • Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz.
  • Dia meminta maaf.
  • Kamal Hijaz menghadiahkan sebuah lukisan kepada Maryati.
TEMA:-
  • Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.
PERSOALAN:-
  • Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
  • Keharmonian dalam persahabatan.
WATAK:-
  • Kamal Hijaz
  • Maryati
  • Norlela
  • Cikgu Salina 

JENAKA DAN SINDIRAN...!


PUISI TRADISI: PANTUN EMPAT KERAT
[JENAKA DAN SINDIRAN]
RANGKAP
MAKSUD
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capai;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Seorang isteri tidak akan sempurna walaupun cantik jika tidak pandai di dapur.
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Orang yang tidak berilmu akan ditertawakan jika cuba menunjuk pandai.
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Seorang pemimpin tidak dapat berbuat apa-apa jika telah hilang kuasa.
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Perasaan bimbang akan lahir apabila seseorang melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.
Perasaan hairan timbul apabila melihat orang bawahan dapat mengambil alih pemerintahan daripada pemimpin yang bekuasa.

TEMA:-
  • ·         Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.
NILAI:-
  • ·         Kesungguhan
  • ·         Rasional
  • ·         Bertanggungjawab

Antologi Harga Remaja, DBP

MU MENANG 2- 1...!


PIALA FA ENGLAND 19 FEB 2013:-
  • MANCHESTER UTD VS READING: 2 - 1
LIGA PERDANA MALAYSIA 18 FEB 2013:-
  • SABAH VS POS MALAYSIA: 1 - 2
  • BETARIA VS SARAWAK FA: 0 - 1
  • DARBY VS K. LUMPUR: 5 - 1
  • JOHOR FA VS PDRM FA: 2 - 1
  • PERLIS VS PAHANG UiTM: 1 - 1
  • SPA VS KEDAH: 1 - 2

Monday, 18 February 2013

PELITA BAHASA MELAYU ZA'BA...!

Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3
PENULIS / PENYELENGGARA:
Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)
PENTERJEMAH:
PENERBIT: DBP
NO. KK: 4997 932452
ISBN: 9836269533
TAHUN: 2000
HALAMAN: 809

Pelita Bahasa Melayu Penggal l-lll Edisi Baharu Merupakan gabungan tiga jiid karya agung Pendeta Za'ba yang terdiri daripada Pelita Bahasa melayu Penggal l, Pelita Bahasa Melayu Penggal ll dan Pelita Bahas Melayu Penggal lll. Ketiga-tiga jilid buku ini dicetak semula dengan menggunakan ejaan baharu tanpa mengubah struktur bahasa penulisnya. Buku ini amat berguna sebagai rujukan kepada ahli bahasa, pengkaji, pelajar serta pencinta bahasa yang ingin mengkaji dan menelusuri keagungan nahu bahasa Melayu sejak zaman 40-an hingga kini.

LIVERPOOL MENANG BESAR...!


LIGA PERDANA ENGLAND 17 FEB 2013:-
  • LIVERPOOL VS SWANSEA: 5 - 0
PIALA FA ENGLAND 17 FEB 2013:-
  • CHELSEA VS BRENTFORD: 4 - 0
  • MANCHESTER CITY VS LEEDS: 4 - 0
  • HUDDERSFIELD VS WIGAN: 1 - 4
  • OLDHAM VS EVERTON: 2 - 2
GERMANY BUNDESLIGA 17 FEB 2013:-
  • NUMBERG VS HANNOVER: 2 - 2
  • DORTMUND VS EINTRACHT FRANKFURT: 3 - 0
ITALY SERIE A 17 FEB 2013:-
  • CATANIA VS BOLOGNA: 1 - 0
  • GENOA VS UDINESE: 1 - 0
  • NAPOLI VS SAMPDORIA: 0 - 0
  • PESCARA VS CAGLIARI: 0 - 2
  • TORINO VS ATALANTA: 2 - 1
  • CHIEVO VS PALERMO: 1 - 1
  • AS ROMA VS JUVENTUS: 1 - 0

Sunday, 17 February 2013

ISTILAH AYAT...!

Kita sering dikelirukan dengan istilah-istilah yang jika diteliti, sebenarnya istilah itu sendiri hampir sama makna ataupun maksudnya. Cuba kita ambil contoh istilah ayat; apakah perbezaan antara 'jenis ayat', 'ragam ayat' dan juga 'binaan ayat'? Kadang-kadang kita pening kepala apabila mahu menjelaskan jenis ayat dengan ragam ayat secara lebih tepat. SEBENARNYA....
  • JENIS AYAT
  1. Ayat penyata
  2. Ayat tanya
  3. Ayat Seru
  4. Ayat Perintah
  • RAGAM AYAT
  1. Ayat aktif
  2. Ayat pasif
  • BINAAN AYAT
  1. Ayat dasar
  2. Ayat tunggal
  3. Ayat majmuk gabungan
  4. Ayat majmuk pancangan
  5. Ayat majmuk campuran

ARSENAL TEWAS 0 - 1...!


LIGA SUPER MALAYSIA 16 FEB 2013:-
  • FELDA UTD VS PKNS FC: 1 - 3
  • LIONS XII VS PAHANG: 3 - 0
  • JOHOR DT VS T-TEAM: 1 - 0
  • NEGERI SEMBILAN VS ATM: 1 - 1
ITALY SERIE A 16 FEB 2013:-
  • AC MILAN VS PARMA: 2 - 1
ENGLAND FA CUP 16 FEB 2013:-
  • LUTON VS MILLWALL: 0 - 3
  • ARSENAL VS BLACKBURN: 0 - 1
  • MILTON KEYNES DON VS BARNSLEY: 1 - 3

ESEI: GALAKAN MEMBACA...!

Soalan: Dewasa ini aktiviti membaca semakin diabaikan oleh golongan pelajar. Mereka lebih menumpukan masa terluang dengan pelbagai gajet terkini yang canggih dan menghiburkan. Pada pendapat, apakah langkah-langkah berkesan bagi menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar.
PENDAHULUAN:-
  • Membaca jambatan ilmu.
  • Membaca amat dituntut oleh agama Islam.
  • Membaca dapat meningkatkan penguasaan ilmu serta kemahiran yang menjadi faktor penentu kejayaan seseorang.
  • Pelbagai langkah untuk menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar.
ISI / IDEA-IDEA PENTING:-
  • Golongan pelajar mesti diterapkan dengan kefahaman yang jitu tentang kepentingan membaca kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan agama.
  • Ibu bapa wajar mendidik anak agar gemar membaca sejak mereka masih anak-anak lagi.
  • Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai hobi seterusnya menjadi teladan kepada anak-anak.
  • Ibu bapa mesti menyediakan suasana positif yang menarik minat anak untuk membaca.
  • Ibu bapa menjadikan budaya membaca sebagai amalan dalam keluarga.
  • Pihak pengurusan sekolah melaksanakan dasar menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar.
  • Pihak sekolah mesti menyediakan kemudahan pusat sumber yang lengkap dan kondusif.
  • Pihak sekolah sentiasa menjalankan kempen membaca secara berkala dan bersungguh-sungguh.
  • Pihak sekolah bersama dengan guru melaksanakan projek 'Nilam' dengan efektif sepanjang tahun.
  • Guru perlu sentiasa memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya aktiviti membaca.
  • Guru seharusnya menggunakan pelbagai pendekatan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan aktiviti membaca.
  • Pihak Kementerian Pelajaran perlu menganjurkan program galakan membaca di peringkat kebangsaan.
  • Pihak kementerian mesti menyediakan peruntukan yang munasabah kepada sekolah-sekolah bagi meningkatkan prasarana pusat sumber sekolah.
  • Pihak kerajaan harus melancarkan kempen membaca secara berterusan melalui pelbagai media seperti media elektronik, media cetak dan sebagainya.
  • Pihak kerajaan mesti menurunkan cukai ke atas bahan-bahan percetakan, import buku agar harga buku menjadi murah di pasaran.
  • Pihak kerajaan juga perlu menggiatkan aktiviti penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Melayu.
  • Pihak kerajaan memperkenalkan skim baucar membeli buku kepada golongan pelajar dari semua peringkat bukannya hanya untuk pelajar IPT.

Saturday, 16 February 2013

TATABAHASA DEWAN KE-3...!

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Kulit Lembut)
PENULIS / PENYELENGGARA:
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, 
Abdul Hamid Mahmood
PENERBIT: 
DBP
NO. KK: 
415 659153
ISBN: 
9789836294845
TAHUN TERBITAN: 
2011
HALAMAN: 
617


Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana. 
Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif; boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya. Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebarluaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami baik mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.

LINTANG-PUKANG...!

Kata ganda berirama lintang-pukang bermaksud keadaan yang tidak tersusun, tidak selaras, tidak kemas, tidak teratur, tidak terurus, dan macam-macam lagi. Contoh penggunaannya dalam ayat:-
  • Ali berlari lintang-pukang apabila dikejar anjing.
  • Keadaan kerusi meja di dalam kelas itu lintang-pukang.
  • Corak permainan pasukan Malaysia menjadi lintang-pukang kerana ketua pasukan telah dibuang padang.
Kata ganda yang sama makna atau hampir sama makna dengan lintang-pukang ialah:-
  • lintang-kedak
  • pontang-panting
  • tunggang-langgang
  • bongkang-bangkir

KELANTAN DIGOMO LAGI...!


LIGA SUPER MALAYSIA 15 FEB 2013:-
  • TERENGGANU VS PERAK: 2 - 0
  • SELANGOR VS KELANTAN: 2 - 0
LIGA PERDANA MALAYSIA 15 FEB 2013:-
  • BETARIA VS SIME DARBY: 0 - 6
  • KUALA LUMPUR VS SPA: 0 - 0
  • PAHANG UiTM VS SABAH: 2 - 0
  • POS MALAYSIA VS JOHOR FA: 0 - 2
  • SARAWAK FA VS PDRM FA: 1 - 0
  • KEDAH VS PERLIS: 1 - 2

ESEI: NAHAS JALAN RAYA TIADA PENGHUJUNG...!


PENDAHULUAN:-
  • Setiap nyawa yang hilang merupakan kerugian kepada negara.
  • Nahas jalan raya bukan sekadar melibatkan kerugian harta benda, malah kecederaan kekal dan kehilangan nyawa.
  • Langkah pragmatik mesti dilaksanakan dengan drastik dan efektif bagi mengekang kadar kemalangan jalan raya yang saban tahun semakin meningkat.
ISI-ISI / IDEA-IDEA PENTING (PUNCA KEMALANGAN BERLAKU):-
  • Kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan; Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.
  • Keadaan jalan raya yang buruk; Jalan raya yang berlubang, licin, sempit, berombak-ombak menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan mereka dengan baik.
  • Kecuaian pengguna jalan raya mengundang kemalangan; Memandu laju, tidak bertimbang rasa, panas baran, mementingkan diri sendiri menjadi penyebab utama terjadinya kemalangan.
  • Jumlah kenderaan yang mendadak dalam satu-satu masa boleh menyebabkan berlakunya kemalangan; Misalnya musim perayaan, cuti sekolah. Pengguna sepatutnya menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan.
  • Pengguna jalan raya yang hipokrit; Mereka hanya patuh akan undang-undang jalan raya jika ada penguatkuasaan sahaja.
  • Kemahiran pemandu juga boleh mengundang kemalangan; Ramai pemandu yang mempunyai lesen memandu tetapi tidak memiliki tahap kemahiran yang munasabah; Kaedah latihan perlu dikaji semula.
  • Pengguna tidak takut akan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah jalan raya; Mereka mampu membayar jika disaman atau didenda di mahkamah.
  • Langkah penuatkuasaan yang sambil lewa oleh polis dan JPJ; Hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja, sedangkan kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja.
  • Tahap kesedaran pengguna jalan raya yang rendah; Pendidikan jalan raya perlu dimulakan di sekolah rendah lagi.










Friday, 15 February 2013

REAL MADRID VS MU: 1- 1...!


EUROPE CHAMPIONS LEAGUE 13 FEB 2013:-
  • CELTIC VS JUVENTUS: 0 - 3
  • VALENCIA VS PARIS SG: 1 - 2
EUROPE CHAMPIONS LEAGUE 14 FEB 2013:-
  • REAL MADRID VS MANCHESTER UNITED: 1 - 1
  • SHAKHTAR VS DORTMUND: 2 - 2

MERTUA / MENTUA...!

P.Ramlee
Sebut kata mertua ini mungkin kita terbayang akan filem arahan P.Ramlee yang pecah panggung sedikit masa dulu. Filem Ibu Mertuaku yang 'trademarknya' .... ala Kassim, ampunkan Mak nak! Filem itu memang hebat dan cikgu pun 'tak boring-boring' menontonnya. Pada kali ini cikgu bukannya mahu bercerita tentang filem itu, cuma sekadar berbincang mengenai ejaan tajuk filem tersebut, adakah betul ejaannya atau bagaimana?
Jika merujuk Kamus Dewan, sebenarnya kata mertua merupakan kata pinjaman dari Bahasa Indonesia, dan dalam bahasa kita pula, mertua iaitu YANG bermaksud ibu kepada isteri kita itu sebagai 'MENTUA'. Jadi jelaslah di sini bahawa ejaan yang betul ialah mentua bukannya mertua.
  • mentua bukannya mertua
  • catat bukannya catit
  • air bukannya ayer
  • legenda bukannya lagenda
  • kakanda bukannya kekanda
  • bapa bukannya bapak

PROMOSI III