ATM...!

Bagaimana memilih sama ada dari atau daripada? Contohnya penggunaan kata sendi dari/daripada dalam ayat di bawah:-
  1. Budak itu mendapat hadiah dari/daripada ibunya.
  2. Dia berasal dari/daripada Kelantan.
  3. Dari/Daripada melepak di pasar raya lebih baik membaca buku.
  4. Kuih itu diperbuat dari/daripada tepung gandum.
  5. Dari/Daripada pagi hingga ke petang saya menunggu kedatangan awak.
  • Kata sendi dari/daripada sebenarnya membawa fungsi yang sangat jelas dan apabila kita telah memahaminya, masalah memilih sama ada dari/daripada dapat diselesaikan dengan mudah.
  • Kata sendi dari berfungi sebagai penghubung 'arah', 'tempat' dan 'masa'.
  • Maka jika bukan 'arah','tempat' dan 'masa', semestinya kita kena memilih 'daripada'.
DARI - ATM
  • A - arah
  • T - tempat
  • M - masa
JAWAPAN:-
  1. Jawapannya daripada kerana ibu bukannya ATM.
  2. Jawapannya dari kerana Kelantan ialah tempat (ATM)
  3. Jawapannya daripada kerana melepak bukannya ATM.
  4. Jawapannya daripada kerana tepung bukannya ATM.
  5. Jawapannya dari kerana pagi ialah masa (ATM).

Comments

Popular Posts