ESEI: CARA BANTERAS HEDONISME...!

Hedonisme merupakan aliran pemikiran yang beranggapan bahawa kenikmatan dan keseronokan serta kesenangan menjadi matlamat utama kehidupan bagi seseorang. Aliran pemikiran sedemikian menyebabkan seseorang itu lupa akan matlamat hidup yang hakiki, sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab diri terhadap agama, bangsa dan negara.

Mereka akan hanyut dalam kehidupan yang palsu dan sering tercebur dalam kancah maksiat dan kebejatan sosial.

Antara cara membanteras pemikiran dan kesan buruk hedonisme ialah:-
  • Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak daripada terjebak seperti:-
  1. Sentiasa bermusyawarah dengan anak secara tekal dan konsisten, jadikan anak sebagai sahabat dengan mengambil tahu semua aktiviti dan pergerakan mereka.
  2. Gaya hidup berkeluarga yang sihat seperti dengan melancong atau beriadah ke destinasi yang menarik.
  3. Ibu bapa perlu menanam atau menyemaikan jiwa anak-anak dengan mempertahankan warisan budaya dan adat resam bangsa yang memandang tinggi nilai-nilai murni serta mencintai agama.
  • Memastikan sistem pendidikan yang menekankan falsafah pendidikan yang bertunjangkan Islam sebagai pegangan dan budaya bangsa sebagai simbol pelaksanaan.
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, universiti perlu menekankan aspek integriti, amanah, jujur dan ikhlas dalam kalangan pelajar sejak awal pelajar mula mendaftarkan diri.
  • Pendidikan memainkan peranan penting menyuakan anak murid agar mencintai agama, nusa dan bangsa secara utuh.
  • Pendedahan kepada tokoh-tokoh falsafah Islam dan penceritaan tentang sirah Nabawi perlu ditanam ke dalam jiwa anak-anak murid.
  • Pada yang mampu, membawa anak ke Tanah Suci untuk ibadah umrah dan haji serta melancong ke negara-negara peninggalan tamadun Islam boleh memberikan iktibar kepada mereka.

Comments

Popular Posts