ESEI: KELEBIHAN INTERNET...!


Soalan:
Internet merupakan media komunikasi canggih yang menjadi bukan sahaja penghubung antara manusia malah sebagai sebuah gedung ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan penggunaan internet kepada golongan pelajar.

ISI-ISI PENTING:-
  • Sebagai pusat sumber bergerak kepada golongan pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
  • Menjadi alat alternatif kepada pelajar menambah ilmu pengetahuan.
  • Kemudahan internet yang diubah suai menjadi satu kaedah pengajaran yang menarik minat pelajar.
  • Membantu pelajar menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru.
  • Membantu mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap buku teks dan seumpamanya.
  • Pelajar dapat membuat rujukan tentang sesuatu topik pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  • Kemudahan internet bertindak sebagai serampang dua mata, di samping ilmu pengetahuan pelajar juga dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa asing.
  • Pelajar dapat menambah kenalan yang boleh dijadikan 'kumpulan belajar maya'.
  • Guru dan pelajar dapat mengaplikasikan pembelajaran secara online tanpa halangan masa dan tempat.
  • Membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan bantuan tayanyan video, gambar grafik yang menarik.
  • Mempelbagaikan kaedah pembelajaran pelajar menyebabkan minat pelajar bertambah.
  • Mengurangkan perbelanjaan ibu bapa membeli buku-buku rujukan yang konvensional.
  • Menambah kenalan dan menggalakkan pelajar berkomunikasi secara skala yang lebih besar.
  • Mengelakkan pelajar daripada membuang masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah.
  • Pengetahuan semasa pelajar semakin baik.

Comments

Popular Posts