ESEI: KESAN HEDONISME...


Soalan: Kesan hedonisme terhadap golongan belia dan remaja

PENDAHULUAN:
Mengikut Dr. Kamariah Kamaruddin, Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), hedonisme ialah satu aliran pemikiran yang beranggapan bahawa kenikmatan dan kesenangan menjadi matlamat utama kehidupan bagi seseorang.

Mutakhir ini, penularan budaya hedonisme yang mementingkan keseronokan dan kenikmatan sebagai pegangan hidup dalam kalangan belia dan remaja dikenal pasti antara punca ramai golongan ini kian rapuh semangat jati diri dan pegangan agama di negara kita.

Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran dalam semua aspek perlakuan yang berkiblatkan keseronokan semata-mata. Keseronokan ini hanya diputuskan sendiri oleh akal manusia yang secara langsung selaras dengan fahaman sekularisme yang mahu membebaskan manusia daripada unsur agama dan ketuhanan. 

ISI-ISI / IDEA-IDEA PENTING:-

Fahaman hedonisme dalam kalangan remaja dan belia jika tidak ditangani secara berhemah boleh menyebabkan perpecahan, penentangan terhadap norma-norma sejagat dan paling berbahaya ialah fahaman ini mampu merosakkan akidah seseorang. Antara kesan hedonisme lain ialah:-
  • Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
  • Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
  • Meningkatkan gejala kebejatan sosial dalam kalangan remaja dan belia.
  • Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwasasan dan berilmu pengetahuan.
  • Meningkatkan kadar jenayah di dalam negara.
  • Golongan remaja dan belia semakin jauh daripada nilai-nilai keagamaan.
  • Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mengawal dan membanteraskan masalah yang timbul.
  • Membantutkan usaha mencapai wawasan 2020.
  • Kemakmuran dan kesejahteraan negara semakin tergugat.
  • Membantutkan perkembangan industri pelancongan.
  • Meniongkatnya kadar pengangguran.
  • Kestabilan politik negara terjejas.
  • Perkembangan ekonomi negara sedikit demi sedikit akan merudum.

Comments

Popular Posts