ESEI: KESAN PEMBALAKAN HARAM...!


Antara kesan  buruk akibat aktiviti pembalakan haram yang tidak dibanteras ialah:-
  • kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal.
  • merosakkan ekosistem semula jadi.
  • merosakkan habitat semula jadi haiwan liar.
  • kemusnahan ke atas flora dan fauna.
  • berlakunya pencemaran alam sekitar seperti sungai, kawasan tadahan air, hutan simpanan.
  • menjejaskan perkembangan industri pelancongan dan industri yang berkaitan.
  • meningkatkan masalah pemanasan global.
  • bertambahnya masalah bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, hakisan dan perubahan cuaca yang mendadak.
  • mengancam sumber rezeki masyarakat orang asli.
  • menjejaskan sumber ekonomi negara.
  • imej negara di mata dunia merudum.
  • menyebabkan berlaku kepupusan terhadap hidupan liar.
  • mengancam industri pembalakan negara.
  • kemusnahan terhadap spesies hutan yang bernilai.
  • menjejaskan pendapatan kaum petani dan nelayan.
  • meningkatnya kadar penularan penyakit berbahaya dalam kalangan masyarakat.

Comments

  1. Kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal adalah satu kesan buruk aktiviti pembalakan haram. Dengan adanya penebangan secara tidak terkawal, segala jenis pokok, biar muda atau tua, ditebang. Ini menyebabkan kepupusan spesies pokok dan juga haiwan yang menggunakan pokok sebagai tempat berlindung. Dengan penebangan giat pokok, spesies di hutan tidak dapat dipulihkan semula dengan efektif. Aktiviti pembalakan haram menjadi popular dengan adanya permintaan terhadap balak. Bak kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut. Sepatutnya, masyarakat hendaklah bekerjasama untuk membanteras aktiviti ini.

    Seterusnya, imej negara di mata dunia merundum. Negara yang prihatin akan alam sekitar akan memandang kita sebagai satu contoh yang buruk. Ini disebabkan oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab, membalak tanpa lesen. Golongan ini menjadi perosak di kalangan masyarakat. Walaupun bilangan mereka sedikit, tetapi mereka ini masih mampu untuk menjatuhkan imej satu negara. Bak kata pepatah, kerana satu titik, semuanya menjadi buruk. Sebagai negara yang maju, kerajaan patut mengambil tindakan terhadap golongan tidak bertanggungjawab ini. Undang-undang perlu dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  2. Antara kesan buruk pembalakan haram jika tidak dibanteras ialah akan merosakkan habitat semula jadi haiwan liar . Segala tumbuhan yang menjadi tempat berteduh para fauna telah ditebang menyebabkan mereka tiada tempat tinggal . Sumber makanan mereka juga akan terjejas dan akan menyebabkan binatang semakin pupus . Kita hendaklah menyelamatkan hutan kita dari pembalakan haram untuk mengelakkan cucu kita hanya dapat mengenal binatang dengan melihat gambar . Tegasnya pembalakan haram akan menyebabkan habitat semula jadi haiwan liar musnah .
    Selain itu , imej negara di pandangan dunia akan jatuh merudum kerana hutan kita habis ditarahnya . Pembalakan haram ini akan menyebabkan bumi Malaysia tiada lagi kehijauan alam semula jadi . Negara kita akan dikutuk oleh negara lain kerana tidak menjaga alam semula jadi . Sayangilah hutan negara kita . Imej negara akan punah di mata dunia .

    danish &asyraf 4b

    ReplyDelete
  3. Pembalakan haram akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal. Penebangan yang haram tanpa pemantauan mana-mana pihak akan menjurus kepada pembalakan tanpa batasan. Hal ini kerana, pihak yang tidak bertanggungjawab, akan menebang mana-mana pokok tanpa mengira muda, tua, saiz dan sebagainya. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan tersebut akan menjurus kepada kemusnahan habitat flora dan fauna sekaligus memusnahkan alam sekitar. Tegasnya, pembalakan haram boleh menjurus kepada kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal.

    Seterusnya, aktiviti pembalakan haram juga menjejaskan kehidupan orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman. Sumber hutan merupakan aset utama atau sumber primer kepada mereka untuk mencari rezeki. Apabila hutan ditebang, hidupan liar di dalam hutan akan berpindah ke tempat lain. Hal ini akan menjejaskan kehidupan orang asli kerana sumber mereka menjadi semakin terhad. Contohnya, orang asli menangkap kancil, pelanduk, ayam hutan dan banyak lagi untuk dijadikan hidangan kepada mereka. Namun, apabila pembalakan haram berlaku, orang asli tidak dapat lagi mencari rezeki di dalam hutan. Oleh itu, jelaslah bahawa pambalakan haram akan menjejaskan kehidupan orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman atau di dalam hutan.


    Syafiq Izham dan Muhammad Aiman

    ReplyDelete
  4. Masalah pemanasan global meningkat antara kesan buruk akibat aktiviti pembalakan haram yang tidak dibanteras .Masalah ini berlaku apabila bilangan pokok-pokok semakin berkurang.Hal ini menyebabkan kandungan oksigen di bumi berkurang dan pokok-pokok tidak dapat melakukan fotosintesis dengan baik.Fotosintesis merupakan proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku.Apabila panas terlampau daun-daun akan kering dan gugur.
    Selain itu,pembalakan akan menjejaskan pendapatan para petani dan nelayan.Hal ini kerana,hutan merupakan sumber pertama kepada petani-petani.Contohnya, kayu-kayan dan bijih benih pokok.Namun,apabila pembalakan dilakukan,maka semuanya akan hilang dan sisa kotoran pembalakan di buang ke sungai hingga ke laut.Hal ini juga akan menyebabkan sungai menjadi kotor dan hidupan akuatik mati.Jelaslah,pembalakan membawa kepada kemusnahan.Oleh itu , sayangilah bumi kita setiap masa dengan apa cara sekali pun.
    (hairi,nuen@tarmizi)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak kepada orang lain.

    Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupan yang tinggal di dalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif perlulah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.

    Nurhani Izzati dan Nurul 'Aliyana :)

    ReplyDelete
  7. Kemusnahan ke atas flora dan fauna adalah antara kesan buruk akibat aktiviti pembalakan haram yang tidak dibanteras . Flora dan fauna yang terdiri daripada pelbagai spesies akan perlahan - lahan pupus berikutan hutan yang semakin gondol . Seperti yang kita sedia maklum , hutan merupakan habitat kepada flora dan fauna untuk hidup dan berinteraksi sesama mereka . Apabila fenomena ini berlaku , generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies flora dan fauna . Sebagai contoh , orang utan kini mengalami kepupusan dan dipelihara di Hutan Simpan Sepilok , Sabah bagi melindungi daripada pupus . Oleh itu , kita sebagai manusia prihatin perlulah menghalang pembalakan haram ini sebelum hutan menjadi gondol .

    fatimatuzahara dan aliya

    ReplyDelete
  8. Kesan pembalakan haram yang pertama ialah kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal.Hal ini demikian,ativiti yang tidak berfaedah ini akan menjejeaskan hutan-hutan di negara kita.Apabila berlakunya kemusnahan alam sekitar,maka akan terjadilah pencemaran alam sekitar.Contohnya,sungai,kawasan tadahan hujan dan hutan simpan akan terganggu.Apabila pencemaran berlaku di kawasan ini,terutamanya sungai,ia akan menjejaskan ramai pihak terutamanya masyarakat yang tinggal berhampiran sungai kerana sungai adalah keperluan yang amat penting bagi mereka.Kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab seharusnya tidak mementingkan diri sendiri dan seharusnya menjaga alam sekitar dengan sebaik mungkin.Jelaslah bahawa pembalakan haram akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar yang tidak terkawal.
    Kesan kedua ialah,kemusnahan flora dan fauna.Flora dan fauna merupakan makhluk yang tinggal di dalam hutan yang merupakan habitat semula jadi mereka.Apabila memusnahkan hutan dengan pembalakn harah,maka musnahlah habitat mereka.Flora dan fauna juga mungkin akan pupus akibat daripada pembalakan ini.Seperti contah,orang-orang utan,seladang dan badaj sumbu yangtelah dibanci berkemungkinan akan pupus di hutan negara kita.Jelaslah bahawa pembalakan haram akan memusnahkan flora dan fauna.

    ReplyDelete
  9. Dalam menuju wawasan 2020, masyarakat pada masa ini sering alpa dengan masalah alam sekitar. Mereka hanya memandang sebelah mata dan mengambil sikap endah tidak endah betapa pentingnya alam sekitar untuk manusia. Sama ada kita sedar atau tidak, sesetengah anggota masyarakat mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan. Aktiviti pembalakan haram telah dijalankan semata-mata untuk memperoleh wang. Tidakkah mereka fikirkan padah yang akan menimpa ke atas buana? Sesungguhnya, pelbagai impak negatif yang akan terjadi angkara aktiviti pembalakan haram.

    Antara kesan pembalakan haram ialah menambahkan masalah bencana alam. Seperti yang telah kita ketahui, hutan merupakan satu-satunya agen tadahan hujan. Dengan berleluasanya aktiviti pembalakan haram, pokok- pokok akan ditebang dan secara tidak langsung akan berlakunya hakisan tanah. Mengapakah fenomena ini terjadi? Kejadian ini berlaku kerana permukaan tanah tidak dicengkam oleh akar-akar pokok. Tanah yang telah runtuh akan dihanyutkan ke dalam sungai oleh air hujan dan pemendapan akan berlaku. Sungai juga akan melimpah dan secara tidak langsung banjir kilat akan berlaku.

    Seterusnya, masalah pemanasan global juga akan meningkat. Untuk pengetahuan semua, pokok membebaskan oksigen. Jika pokok ditebang sesuka hati, kandungan oksigen di udara akan berkurangan. Gas-gas karbaon dioksida juga akan bertambah dan menyebabkan berlakunya pemanasan global.

    NIK NAJWANI, NURUL AQILA, WAN NUR ARFAH :)

    ReplyDelete
  10. Kesan buruk aktiviti pembalakan haram ialah kemusnahan flora dan fauna . Pokok-pokok yang ditebang akan menjejaskan habitat flora dan fauna . Populasi flora dan fauna juga akan berkurang akibat daripada pembalakan haram . Haiwan akan kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan apabila pokok-pokok ditebang . Ini akan menyebabkan haiwan tidak dapat membiak dan akhirnya pupus . Tegasnya pembalakan haram akan menyebabkan flora dan fauna musnah .

    Kesan buruk kedua adalah bertambahnya masalah bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, hakisan dan perubahan cuaca yang mendadak . Banjir akan berlaku apabila tiadanya pokok-pokok untuk menghalang air hujan yang menimpa bumi .Tanah runtuh juga akan berlaku akibat tanah tidak mempunyai sokongan daripada akar-akar pokok .Gas karbon dioksida juga akan terperangkap kerana pokok tidak dapat menyerapnya, gas ini juga mampu menipiskan lapisan ozon dan sekaligus menyebabkan pemanasan global .Tegasnya , pelbagai bencana alam akan berlaku akibat daripada aktiviti pembalakan haram .

    ZUL AMIR AIMAN & ASYRAF HAKIMI
    4 BETA

    ReplyDelete
  11. Antara kesan buruk akibat aktiviti pembalakan haram yang tidak dibanteras ialah merosakkan habitat semula jadi haiwan liar. seperti yang kita tahu, hutan merupakan habitat semula jadi kepada semua haiwan. apabila pembalakan haram berlaku, haiwan-haiwan ini akan kehilangan habitat semulajadi mereka dan seterusnya akan memasuki kampung-kampung atau bandar-bandar terdekat. secara tidak lansung, perkara ini mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. haiwan juga akan pupus. oleh itu jelaslah bahawa pembalakan haram akan meneybabkan habitat haiwan terancam.

    Di samping itu kesan buruk aktiviti pembalakan haram termasuklah meningkatkan masalah pemanasan global.Apabila pembalakan yang tidak terkawal berlaku,bumi kita akan menjadi semakin panas.Seperti yang kita tahu,pokok berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan wap air dan oksigen yang sememangnya mampu untuk menyejukkan suhu persekitaran.Oleh itu jelaslah bahawa pembalakan haram juga dapat meningkatkan masalah pemanasan global.

    ReplyDelete
  12. Kebanyakan haiwan di dunia ini tinggal di hutan. Apabila pembalakan haram ini berlaku, banyak pokok akan dibetang secara intensif. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan tersebut kehilangan habitat. Haiwan yang khususnya herbivor akan kehilangan sumber makanan. Seterusnya, haiwan tersebut berkemungkinan besar akan pupus ditelan zaman. Antara haiwan yang kini diancam kepupusan ialah orang utan, gajah dan tapir. Bagi memelihara haiwan-haiwan ini, kerajaan telah menubuhkan beberapa pusat pemeliharaan bagi mengatasi kepupusan ini .

    -karlina dan nabilah

    ReplyDelete
  13. Kesan buruk utama pembalakan haram jika tidak dibanteras ialah fenomena ini akan merosakkan habitat semula jadi haiwan liar . Flora dan fauna akan kehilangan tempat berteduh jika pokok-pokok terus ditebang secara berleluasa. Ini sekaligus menjejaskan sumber makanan mereka yang utama. Langkah yang perlu diambil ialah kita menyelamatkan hutan kita dari pembalakan haram. Dengan itu, generasi masa hadapan akan dapat melihat flora dan fauna, bukan membaca tentang sejarah kewujudannya. Tegasnya, pembalakan haram akan menyebabkan habitat semula jadi haiwan liar pupus buat selama-lamanya.

    Selain itu,pemanasan global merupakan salah satu kesan pembalakan haram.

    ReplyDelete
  14. Kesan pembalakan haram ialah berlaku kepupusan tehadap hidupan liar . Hal ini kerana pokok-pokok besar ditebang denagn sewenang-wenangnya sehingga haiwan-haiwan ini kehilangan tempat tinggal mereka . Selain itu , hidupan liar ini juga akan kehilangan sumber makanan yang akan menyebebkan mereka mati kelaparan . Ini juga akan memusnahkan flora dan fauna yang bernilai di dalam hutan . Jika flora dan fauna ini musnah , ini akan mengancam sumber rezeki orang asli . Oleh hal itu , sama-samalah kita menjaga ekosistem hutan kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah jika pembalakan haram masih lagi tidak dihentikan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab kerana nila setitik , rosak susu sebelanga .

    Selain itu,pembalakan haram akan mengakibatkan kepanasan global . Pokok-pokok di hutan itu akan menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis yang sangat diperlukan oleh manusia dan untuk merendahkan suhu bumi . Apabila pokok-pokok itu ditebang , oksigen-okisgen semakin berkurangan dan mengakibatkan pemanasan global . Apabila berlakunya pemanasan global , ais-ais di kutub utara dan selatan semakin mencair . Oleh hal itu , kita mestilah menjadga hutan kita .

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts