ESEI: NAHAS JALAN RAYA TIADA PENGHUJUNG...!


PENDAHULUAN:-
  • Setiap nyawa yang hilang merupakan kerugian kepada negara.
  • Nahas jalan raya bukan sekadar melibatkan kerugian harta benda, malah kecederaan kekal dan kehilangan nyawa.
  • Langkah pragmatik mesti dilaksanakan dengan drastik dan efektif bagi mengekang kadar kemalangan jalan raya yang saban tahun semakin meningkat.
ISI-ISI / IDEA-IDEA PENTING (PUNCA KEMALANGAN BERLAKU):-
  • Kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan; Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.
  • Keadaan jalan raya yang buruk; Jalan raya yang berlubang, licin, sempit, berombak-ombak menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan mereka dengan baik.
  • Kecuaian pengguna jalan raya mengundang kemalangan; Memandu laju, tidak bertimbang rasa, panas baran, mementingkan diri sendiri menjadi penyebab utama terjadinya kemalangan.
  • Jumlah kenderaan yang mendadak dalam satu-satu masa boleh menyebabkan berlakunya kemalangan; Misalnya musim perayaan, cuti sekolah. Pengguna sepatutnya menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan.
  • Pengguna jalan raya yang hipokrit; Mereka hanya patuh akan undang-undang jalan raya jika ada penguatkuasaan sahaja.
  • Kemahiran pemandu juga boleh mengundang kemalangan; Ramai pemandu yang mempunyai lesen memandu tetapi tidak memiliki tahap kemahiran yang munasabah; Kaedah latihan perlu dikaji semula.
  • Pengguna tidak takut akan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah jalan raya; Mereka mampu membayar jika disaman atau didenda di mahkamah.
  • Langkah penuatkuasaan yang sambil lewa oleh polis dan JPJ; Hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja, sedangkan kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja.
  • Tahap kesedaran pengguna jalan raya yang rendah; Pendidikan jalan raya perlu dimulakan di sekolah rendah lagi.










Comments

Popular Posts