ESEI: PENDAPAT PMR 1993 - 2012...!


ANALISIS SOALAN ESEI PMR 1993 - 2012
PENDAPAT:
TAHUN
TAJUK/SOALAN
1993
Masyarakat Malaysia lebih banyak makan buah-buahan import daripada buah-buahan tempatan. Nyatakan sebab-sebabnya dan cadangkan cara-cara mengatasinya.
1994
Adik anda ingin menghubungi rakannya dengan menggunakan telefon awam. Sila terangkan cara-cara menggunakan telefon awam. Nyatakan juga faedah-faedah yang kita dapat dengan adanya kemudahan telefom awam.
1995
Aktiviti gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat sekarang. Tulislah sebab-sebab berlaku keadaan sedemikian.
1996
Abang anda telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan anda telah bertanya kepadanya tentang rahsia kejayaannya dalam bidang pelajaran. Tulis kembali maklumat yang anda peroleh daripada abang anda itu.
1997
Seni pertahanan diri buka bertujuan untuk membina kekuatan, sebaliknya untuk membina kekuatan fizikal, mental dan moral seseorang. Huraikan pernyataan itu.
1998
Banyak kemudahan awam disediakan untuk kegunaan orang ramai tetapi sering disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
1999
Malaysia membangun dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, perhubungan, dan perkilangan. Huraikan kemajuan yang dicapai oleh Negara dalam pelbagai bidang tersebut.
1999
Penubuhan unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja banyak memberikan faedah pelajar. Huraikan faedah-faedah menyertai unit tersebut.
2001
Teknologi maklumat telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai pelajar, berikan pelbagai pendapat anda tentang cara-cara memanfaatnya.
2002
Langkah-langkah yang telah dibuat sehinggakan rumah pasukan anda berjaya menjadi johan dalam temasya sukan tahunan sekolah.
2002
Usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan tradisional.
2003
Nyatakan impian anda dan usaha-usaha untuk mencapai impian tersebut.
2003
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.
2004
Faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan menabung.
2005
Peranan masyarakat menangani pelbagai gejala negatif
2006
Faedah-faedah mengikuti Program Kecemerlangan PMR.
2006
Bersetuju atau tidak mengenai perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mempercepat kemajuan Negara.
2007
‘Sistem pengangkutan yang baik dapat membantu pembangunan Negara.’ Apakah pendapat anda.
2008
Ibu bapa berperanan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anak.
2008
Faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan berbudi bahasa.
2009
Faedah-faedah apabila mempunyai ramai kawan.
2009
‘Bercuti bersama-sama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.’ Huraikan.
2010
Nyatakan kebaikan ibu bapa sebagai bukti menyayangi mereka berdua.
2010
Usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sector pelancongan Negara.
2011
Usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan Negara.
2012
Pada hujung minggu yang lalu, anda sekeluarga telah bersama-sama membersihkan kawasan rumah anda. Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti tersebut.
2012
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan remaja.

Comments

Popular Posts