KAMI SEMUA / MEREKA SEMUA...!

Penggunaan frasa nama kami semua, mereka semua, kita sekeluarga dan seumpamanya menimbulkan tanda tanya banyak pihak. Hal ini demikian kerana unsur yang hadir selepas kata ganti nama jamak itu juga membawa maksud jamak atau banyak;-
  • kami - kata ganti nama diri pertama jamak
  • semua - membawa maksud jamak
Begitu juga dengan 'mereka' dan 'semua' serta 'kita' dan 'keluarga'. Kebiasaannya jika frasa yang kedua-dua katanya membawa maksud jamak, maka frasa tersebut dikira SALAH atau tidak gramatis, contohnya:-
  • semua pelajar-pelajar
  • senarai nama-nama
  • mereka-mereka
SEBENARNYA penggunaan bagi frasa kami semua, mereka semua dan kita sekeluarga adalah BETUL. Hal ini adalah kerana unsur yang mengikuti kata ganti nama itu walaupun membawa maksud jamak tetapi lebih dianggap sebagai PENEGAS. Contoh lain yang bersamaan dengan kes seperti ini ialah:-
  • para hadirin sekalian
  • mereka sekalian
Kata sekalian dalam frasa di atas juga berfungsi sebagai PENEGAS walaupun membawa makna jamak.

Comments

Popular Posts