KATA GANTI NAMA TANYA...!


Kata Ganti Nama Diri Tanya

Terdapat tiga jenis Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:
                (a) apa
                (b) siapa
                (c) mana

Kata Ganti Nama Diri Tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.

Terdapat Kata Ganti Nama Diri Tanya keterangan, iaitu:
                (a) bagaimana
                (b) bila
                (c) mengapa

Berapa pula merupakan Kata Ganti Nama Diri Tanya bilangan.


Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya

Kata Tanya
Penggunaannya
Contoh Ayat


apa
menanyakan nama benda dan binatang
1. Apa nama kucing itu?
2. Kertas apa yang kamu beli?


siapa

menanyakan orang dan nama orang
1. Siapa yang datang bersama kamu itu?
2. Nama kamu siapa?


mana

menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
1. Cikgu mana?
2. Awak tinggal di mana?
3. Bola baru mana?
4. Kucing awak mana?


bila

menanyakan masa
1. Bila dia pulang dari sekolah?
2. Bila peperiksaan PMR bermula?


mengapa

menanyakan sebab
1. Mengapakah cikgu datang awal?
2. Mengapa budak itu menangis?

berapa
menanyakan jumlah atau bilangan
1. Berapakah harga kereta ini?


bagaimana

menanyakan cara dan keadaan
1. Bagaimanakah dia pergi ke sekolah?
2. Bagaimanakah keadaan Azim sekarang?










Comments

  1. minta maaf tetapi diharapkan boleh memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang kata ganti nama tanya kerana saya tidak mahu melakukan kaklid dan menjadi orang yang mukallid di dalam ilmu nahu tatabahasa. salam.

    ReplyDelete
  2. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 103 boleh dijadikan bahan rujukan. Terima kasih perkongsian ilmu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts