KATA SENDI...!


Kata Sendi 

q  Kata Sendi ialah kata yang bertugas sebagai penghubung Kata Nama dengan kata lain dalam sesuatu ayat.

q  Kata Sendi tidak boleh bersambung dengan Kata Nama yang mengikutnya.

Contoh:
                kepasar   ( salah )
                ke pasar  ( betul )

Panduan Menggunakan Kata Sendi:

Kata Sendi
Penggunaan
Ayat Contoh
di
+ Menunjukkan tempat
Amin tinggal di bandar.


ke
+ Menunjukkan tempat  dan
   masa

+  Dia ke kedai kopi.
+  Hingga ke petang dia berkelah.


dari
+ Menunjukkan tempat dan
   masa
Mereka dari Kota Bharu.
+  Dari pagi dia menunggu awak.




daripada
+ Menunjukkan:
    - asal usul
    - sebahagian
    - perbandingan
    - unsur abstrak
    - orang, haiwan

Manusia dijadikan daripada sari tanah.
+  Sepertiga daripada wangnya dilabur.
+  Dia lebih baik daripada saya.
+  Daripada siasatan polis, dia didapati bersalah.
+  Dia menerima surat daripada ayahnya.



pada
+ Menunjukkan:
    - waktu
    - orang
    - abstrak
    - tempat

Pada hari Ahad kejadian itu berlaku.
+  Buku itu ada pada Azim.
+  Pada pandangan saya, dia sangat layak.
+  Dia menampalkan peta itu pada kulit buku.



kepada
+ Menunjukkan:
    - arah orang
    - institusi
    - pecahan

Azim menulis surat kepada saya.
+  Dia menulis surat kepada sekolah.
+  Harta itu dibahagikan kepada dua bahagian.



untuk/bagi
+ Menunjukkan:
    - tujuan
    - masa
    - orang

Kita makan untuk hidup.
+  Dia bertugas untuk minggu depan.
+  Hadiah itu untuk saya.

sejak/semenjak
+ Menunjukkan masa bermula
Sejak tahun lepas dia berpindah.


dalam
+ Menunjukkan:
    - abstrak
    - masa
   

Dalam mesyuarat itu dia tidak bercakap.
+  Dalam tahun ini dia mendapat anak.


antara
+ Menunjukkan:
     - perbandingan

    

Antara saya dengan dia banyak terdapat
     persamaan.

Comments

Popular Posts