MEMERKASAKAN / MEMPERKASAKAN...!

Kata dasar yang berhuruf depan 'p' akan mengalami pelenyapan bunyi huruf 'p' apabila menerima imbuhan awalan meN-. Sila lihat contoh proses pengimbuhan di bawah:-
  • meN- + pukul > memukul
  • meN- + pasti > memastikan
  • meN- + pasang > memasang
  • meN- + pulas > memulas
  • meN- + pakai > memakai
Bagaimanakah pula dengan perkataan memperkasakan atau memerkasakan?
Jika melihat contoh proses pengimbuhan awalan meN- kepada kata dasar yang bermula dengan huruf 'p' maka jelas bahawa ejaan yang betul bagi perkataan perkasa yang menerima imbuhan meN- ialah:-
  • meN- + perkasa > memerkasakan
  • MEMERKASAKAN.

Comments

Popular Posts