MENGAKUI AKAN...!

Cuba perhatikan ayat-ayat di bawah. Adakah ayat-ayat ini gramatis ataupun tidak? Penggunaan kata sendi nama akan selepas kata kerja transitif agak kerap dan telah menjadi kebiasaan.
  1. Rakyat perlu mengakui akan kebenaran yang diutarakan oleh pihak kerajaan. 
  2. Ibu sangat merindui akan anak tunggalnya yang bekerja di seberang laut.
  3. Dia ditugaskan mengepalai akan pasukan pengakap itu.
  4. Ramai yang menyetujui akan pendapatnya itu.
  5. Pelajar diminta merujuk akan buku modul yang dibekalkan
Ayat 1 - 5 di atas adalah salah dari segi hukum tatabahasa atau juga disebut tidak gramatis. Hal ini demikian kerana kebiasaannya selepas penggunaan kata kerja transitif dalam ayat, mestilah diikuti oleh objek (kata nama), bukannya kata sendi nama.
  • KKT ------------------------> OBJEK
Contoh, dalam ayat 1, mengakui ialah kata kerja transitif dan kebenaran ialah objeknya. Ayat tersebut hendaklah ditulis begini:-
  1. Rakyat perlu mengakui kebenaran yang diutarakan oleh pihak kerajaan.
  2. Ibu sangat merindui anak tunggalnya yang bekerja di seberang laut.
Bagaimanakah pembetulan untuk ayat 3 - 5?

Comments

Popular Posts