MERTUA / MENTUA...!

P.Ramlee
Sebut kata mertua ini mungkin kita terbayang akan filem arahan P.Ramlee yang pecah panggung sedikit masa dulu. Filem Ibu Mertuaku yang 'trademarknya' .... ala Kassim, ampunkan Mak nak! Filem itu memang hebat dan cikgu pun 'tak boring-boring' menontonnya. Pada kali ini cikgu bukannya mahu bercerita tentang filem itu, cuma sekadar berbincang mengenai ejaan tajuk filem tersebut, adakah betul ejaannya atau bagaimana?
Jika merujuk Kamus Dewan, sebenarnya kata mertua merupakan kata pinjaman dari Bahasa Indonesia, dan dalam bahasa kita pula, mertua iaitu YANG bermaksud ibu kepada isteri kita itu sebagai 'MENTUA'. Jadi jelaslah di sini bahawa ejaan yang betul ialah mentua bukannya mertua.
  • mentua bukannya mertua
  • catat bukannya catit
  • air bukannya ayer
  • legenda bukannya lagenda
  • kakanda bukannya kekanda
  • bapa bukannya bapak

Comments

Popular Posts