MERUJUK / MERUJUK KEPADA...!

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, merujuk merupakan kata kerja transitif (KKT). Sebagai KKT, selepas kata 'merujuk' mesti diikuti dengan objek iaitu kata nama (KT).
CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN 'MERUJUK':-
  • Pelajar diminta merujuk kepada buku teks.
  • Umat Islam diseru sentiasa merujuk dengan orang agama jika keliru akan sesuatu.
  • Merujuk pada peta yang disediakan, peserta kursus diminta meredah hutan tebal itu.
Seperti yang telah diketahui, setiap KKT mesti diikuti objek atau kata nama (KN) dan kesalahan penggunaan kata 'merujuk' di atas kerana tidak diikuti objek atau kata nama.
CONTOH PEMBETULAN:-
  • Pelajar diminta merujuk buku teks.
  • Umat Islam diseru sentiasa merujuk orang agama jika keliru akan sesuatu.
  • Merujuk peta yang disediakan, peserta kursus diminta meredah hutan tebal itu.

Comments

Popular Posts