PEMBELAJARAN / PEMELAJARAN...!

Kedua-dua patah kata 'pembelajaran' dan 'pemelajaran' BETUL dan boleh digunakan. Lihat proses pembetukan kata berkenaan di bawah:-
  • ajar > belajar > pembelajaran
  • ajar > belajar > mempelajari > pemelajaran
  1. Pembelajaran (kata kerja tak transitif) bermaksud aktiviti belajar
  2. Pemelajaran (kata kerja transitif) pula bermaksud aktiviti mempelajari
  • Contoh ayat:
  1. Pembelajaran pada hari ini dipendekkan.
  2. Pemelajaran subjek Sejarah pada hari ini berlangsung di bilik makmal sosial.

Comments

Post a Comment

Popular Posts