PUN JAUH - PUN DEKAT...!

Penggunaan 'pun' kadang-kadang disalahgunakan. Sesetengah pengguna bahasa menggunakan kata partikel 'pun' secara hentam kromo sahaja. Sebenarnya penggunaan 'pun' ini sesetengahnya dieja secara 'dekat' dan ada juga secara 'jauh'. 'Pun' yang digunakan bersama dengan kata hubung hendaklah didekatkan, contohnya:-
  • sungguhpun
  • walaupun
  • biarpun
  • ataupun
  • sekalipun
  • bagaimanapun
  • kendatipun
  • meskipun
Manakala bagi 'pun' yang membawa maksud 'juga', kata 'pun' tersebut hendaklah digunakan secara 'jauh', sila lihat contoh di bawah:-
  • Ali pun (juga) ke sekolah.
  • Mereka pun (juga) pelajar SBP.
  • Subjek Bahasa Melayu pun (juga) kena lulus dengan cemerlang.


Comments

Popular Posts