YANG DI DEPAN AYAT...!


Bolehkah kata sendi 'yang' berada di depan ayat? Bolehkah kata sendi 'kerana' berada di depan ayat? Banyak antara pelajar dan mungkin juga sesetengah guru yang berpendapat 'tidak boleh' ! Semasa sedang mengendalikan ceramah bahasa di sebuah sekolah, cikgu diberitahu oleh pelajar bahawa penggunaan kata 'yang' dan 'kerana' di depan ayat adalah salah. Mengikut cikgu di sekolahnya, alasan kenapa penggunaan kata-kata tersebut salah adalah kerana semua kata sendi tidak boleh digunakan di depan ayat. Masya-Allah, perkara ini pun boleh berlaku.
Dengan nada yang lembut, agar tidak menyakitkan hati sesiapa, cikgu menjelaskan bahawa penggunaan kata sendi di depan ayat tidak menjadi kesalahan. Lihat contoh di bawah:-
  • Pada pagi tadi saya sempat menjalani latihan jasmani walaupun agak terlewat bangun tidur.
  • Selain membaca buku, saya membuat catatan nota ringkas.
  • Dari pagi hingga ke petang dia bekerja di tengah sawah.
Pada, selain dan dari merupakan 'kata sendi' yang digunakan di depan ayat. Adakah ayat tersebut salah? Tidak salahkan?

Begitu juga dengan penggunaan kata sendi 'yang' dan 'kerana' di depan ayat. Bentuk ayat yang terbina apabila penggunaan 'yang' dan 'kerana' di depan ayat ialah bentuk ayat songsang.
Lihat contoh ayat di bawah:-
  • Yang berkereta besar itu ayah saya.
  • Yang berbaju merah itu kakak saya.
  • Yang merah itu saga, yang kurip itu kendi.
  • Kerana lapar adik menangis.
  • Kerana terlalu berhati-hati, ayah lambat menyiapkan kerja itu.
  • Kerana harta pusaka, anak-beranak itu berpecah belah.

Comments

Popular Posts