PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 31 March 2013

KOSA KATA LUAS..!

Penggunaan kosa kata luas dan ungkapan bahasa indah secara bijak membantu seseorang penulis menghasilkan karya penulisan yang lebih matang, mantap dan intelek. Selain berjaya meyakinkan pembaca dengan idea dan pandangan yang diutarakan, penggunaan kosa kata luas dan ungkapan bahasa indah juga mampu menjadi daya penarik terhadap sesuatu karya yang ditulis. Cuba amati beberapa contoh penggunaan dua aspek dinyatakan di atas:-
  • Sejajar perkembangan mutakhir, tiba masanya untuk masyarakat mengamati dan menghayati perubahan, pencapaian dan masa depan bahasa Melayu di bumi tercinta ini. Usaha melihat ke belakang seharusnya dijadikan landasan bagi menjana fikiran dalam usaha menegakkan maruah dan kedaulatan bahasa Melayu agar wahana komunikasi ini dapat digunakan dengan penuh penghayatan dan keyakinan dalam semua bidang. 
  • Perjuangan meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang tinggi dan bermartabat perlu dikuatkan dengan iltizam dan pendekatan yang kreatif dan berani, agar bahasa Melayu bukan sahaja menjadi milik orang Melayu, malah menjadi milik rakyat Malaysia dan penduduk Nusantara. (Petikan daripada  tulisan Tengku Fauziah 'Bahasa Melayu, Hala Tuju Selepas Merdeka', Dewan Bahasa, Januari 2013)

  • Tindakan yang menyeleweng daripada Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidkan Negara telah menjadikan rakyat Malaysia kacau dan meracau dari segi penggunaan bahasa dan jati diri.
  • Salah satu petunjuk jati diri sesebuah bangsa atau negara ialah bahasanya. Dalam sejarah dunia moden, apabila bangsa Asia, Afrika dan Amerika Selatan dijajah oleh kuasa Barat, bahasa mereka dipinggirkan dan dilumpuhkan. (Petikan daripada tulisan Md. Salleh Yaapar, Bahasa Melayu dalam Bidang Pentadbiran dan Pendidikan, Dewan Bahasa, Januari 2013) 


Jelas, penggunaan unsur-unsur seperti kosa kata luas dan ungkapan bahasa indah menjadikan sesuatu hasilan penulisan lebih bermutu dan lebih matang.

BAHASA NAN INDAH...!


Bahasa Nan Indah

Nian indah pada ungkapan
Kesantunan pada perbualan
Diujar dengan lidah nan mesra
Disisip dengan kata nan susila

Indahnya kian mengulit si pendengar
Dialun indah bahasa yang segar
Mekar umpama bunga mewangi
Kini layu makin dikhianti

Surih-surih engkau daripada bangsa berjaya
Bangsa penguasa sekitar samudera
Bahasa kita kuasai dagangan Nusantara
Bahasa kita jiwa perkasa

Peliharalah keagungan bahasa kita
 Nan mempesonakan si penutur
Nan menguasai ilmu pujangga
Nan diguna untuk menukilkan persuratan
Nan mulia di pelosok dunia
Nan tinggi martabat tuturnya

Solihin Abu Hassan
Parit Buntar, Perak.
Dewan Bahasa, Januari 2013.

CHELSEA TEWAS 1 - 2...!


LIGA PERDANA ENGLAND 30 MAC 2013:-
  • SUNDERLAND VS MANCHESTER UTD: 0 -1
  • ARSENAL VS READING: 4 - 1
  • MANCHESTER CITY VS NEWCASTLE UTD: 4 - 0
  • SOUTHAMPTON VS CHELSEA: 2 - 1
  • SWANSEA VS TOTTENHAM: 1 - 2
  • WEST HAM VS WEST BROM: 3 - 1
  • WIGAN VS NORWICH: 1 - 0
LIGA SUPER MALAYSIA 30 MAC 2013:-
  • T-TEAM VS PAHANG: 1 - 3
  • LIONSVII VS NEGERI SEMBILAN: 1 - 0
  • JOHOR DT VS TERENGGANU: 3 - 2
  • PKNS FC VS PERAK: 0 - 1

Saturday, 30 March 2013

ESEI: BUDAYA MEMBACA......


PENDAHULUAN:-
  • Budaya membaca merupakan budaya yang positif yang patut menjadi amalan dalam kehidupan kita terutamanya golongan pelajar.
  • Agama Islam amat menekankan aktiviti membaca kerana daripada aktiviti seperti ini, kita akan memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
  • Ilmu itu penyuluh hidup.
  • Pelbagai pendekatan yang mampu diaplikasikan supaya budaya membaca menjadi pegangan hidup golongan pelajar.
ISI-ISI PENTING (Pendekatan untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan):-
  • Kempen kesedaran harus dilaksanakan agar golongan pelajar sedar betapa pentingnya budaya membaca kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa,agama dan negara.
  • Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran menjadikan budaya membaca di sekolah sebagai matlamat utama.
  • Pihak sekolah menggalakkan aktiviti yang mendekatkan pelajar dengan budaya membaca seperti menganjurkan kempen membaca, projek Nilam, menganjurkan minggu membaca, mengadakan pertandingan menulis esei, dan sebagainya.
  • Pihak sekolah menyediakan prasarana lengkap untuk menggalakkan amalan membaca seperti menyediakan perpustakaan yang lengkap dan sempurna, memperbanyak buku di perpustakaan, mewujudkan sudut-sudut bacaan di kawasan sekolah dan lain-lain.
  • Ibu bapa bukan sekadar memberikan dorongan malah menjadi contoh teladan kepada anak-anak.
  • Ibu bapa menyediakan suasana yang dapat menggalakkan budaya membaca di rumah.
  • Kerajaan juga boleh membantu menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan cara mengurangkan cukai bahan kertas, dakwat percetakan dan sebagainya agar harga buku-buku di pasaran lebih rendah dan mampu dibeli.
  • Media massa boleh memainkan peranan sebagai ejen membantu menjayakan penerapan budaya membaca dengan cara menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan membaca, menyiarkan iklan-iklan berkaitan.
  • JKK penduduk berusaha menubuhkan perpustakaan di setiap kampung atau petempatan bagi menyediakan kemudahan membaca kepada anggota masyarakat.
  • Pihak swasta atau NGO boleh membantu menjayakan amalan membaca ini dengan cara mengeluarkan dana dan sumbangan idea serta tenaga membantu pihak kerajaan dan sekolah.

Friday, 29 March 2013

KLATE BEDIL ATM 3 - 2...!


LIGA SUPER MALAYSIA 29 MAC 2013:-
  • ATM VS KELANTAN: 2 - 3
  • FELDA UNITED VS SELANGOR: 1 - 1
LIGA PERDANA MALAYSIA 29 MAC 2013:-
  • BETARIA VS POS MALAYSIA: 1 - 1
  • SIME DARBY VS PDRM FA: 3 - 2
  • K. LUMPUR VS PAHANG UiTM: 0 - 0
  • PERLIS VS SABAH: 1 - 1
  • SPA VS JOHOR FA: 1 - 3
  • SARAWAK FA VS KEDAH: 1 - 0

Thursday, 28 March 2013

TIKUS BAIKI LABU...!

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3(e) Baca ayat-ayat di bawah, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut>
  • (i) Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.
  • (ii) Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi cuba juga membaikinya hingga rosak.
  • (iii) Orang yang melakukan sesuatu perkara dengan tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa.
[6 markah]
JAWAPAN:-
(i) Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
(ii) Seperti tikus membaiki labu.
(iii) Seperti melepaskan batok/batuk di tangga. 

Peperiksaan Penggal 1 (2013)
Tingkatan 4
SMS Tengku Muhammad Faris Petra

Wednesday, 27 March 2013

HARIMAU MALAYA LEMBIK...!

Harimau lembik...
ASIA - AFC CHALLENGE CUP - QUALIFICATION 26 MAC 2013:-
  • CAMBODIA VS BRUNEI: 3 - 0
  • PHILIPPINES VS TURKMENISTAN: 1 - 0
ASIA - WORLD CUP - QUALIFICATION 26 MAC 2013:-
  • AUSTRALIA VS OMAN: 2 - 2
  • SOUTH KOREA VS QATAR: 2 - 1
  • UZBEKISTAN VS LEBANON: 1 - 0
  • JORDAN VS JAPAN: 2 - 1
WORLD FRIENDLY INTERNATIONAL 26 MAC 2013:-
  • MALAYSIA VS PALESTINE: 0 - 2 (MEMALUKAN)
  • BOSNIA VS MACEDONIA: 5 - 0
  • BRAZIL VS RUSIA: 1 - 1


Tuesday, 26 March 2013

DATUK / DATO'...!

Kita sering menghadapi masalah dalam memastikan sama ada ejaan bagi gelaran 'Datuk' atau 'Dato' boleh ditukar ganti atau tidak? Apabila kita ingin menulis atau mencatat nama orang kenamaan yang bergelar 'Datuk' atau 'Dato', maka semestinya kita kena terlebih dahulu membuat rujukan dengan orang yang lebih mengetahui atau merujuk terus buku rasmi jabatan dan sebagainya.
Sebenarnya dua gelaran di atas amat berbeza dan tidak boleh diambil mudah kerana akan memberikan kesan yang tidak baik kepada majlis atau individu tertentu.
PERINGATAN:-
  • Gelaran 'Datuk' sebenarnya gelaran yang dikurniakan oleh:-
  1. Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka
  2. Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri Sarawak
  3. Tuan Yang terutama Yang Dipertua Negeri Sabah
  • Gelaran 'Dato' pula dikurniakan oleh:-
  1. Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
  2. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
  3. Duli Yang Teramat Mulia Sultan-Sultan Negeri di Malaysia

Monday, 25 March 2013

EJAAN BAHASA ARAB...!


PEMBETULAN EJAAN KATA PINJAMAN BAHASA ARAB
  • masaalah > masalah
  • muslimah > muslimat
  • ibadah > ibadat
  • dzohor > zuhur
  • hajjah > hajah
  • muhibbah > muhibah
  • feil > fiil
  • ugama > agama
  • Ramadhan > Ramadan
  • solah > solat
  • aidulfitri > aidilfitri
  • sunnah > sunah
  • wudhu' > wuduk
  • fiqah > fikah
  • mesjid > masjid

KLATE MENANG 4 - 2...!

MALAYSIA FA CUP 25 MAC 2013:-
  • KELANTAN VS PKNS FC: 4 - 2

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT...!

Peribahasa juga merupakan bahagian tajuk penting yang perlu dikuasai oleh pelajar sama ada di peringkat PMR mahupun SPM. Maksud dikuasai di sini ialah, para pelajar seharusnya mengetahui maksud dan bagaimana menggunakan paribahasa tersebut dalam ayat. Pelajar-pelajar mestilah sentiasa merujuk kamus peribahasa ataupun bertanyakan masalah kepada orang yang lebih tahu.
Di bawah, cikgu ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang peribahasa yang kebanyakan daripada kita menganggapkan sama maksud dan penggunaannya walhal jika diberikan sedikit perhatian, sebenarnya kedua-dua ungkapan peribahasa di bawah memiliki maksud yang agak berbeza.
  • (1) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
  • (2) air yang dicencang tidak akan putus
Peribahasa (1) membawa maksud perselisihan/pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan, biasanya akan berbaik semula dalam jangka masa yang terdekat. Peribahasa ini memang sama maksud dengan peribahasa seperti:-
  • biduk lalu kiambang bertaut
Manakala peribahasa (2) bermaksud perselisihan/pergaduhan antara adik-beradik atau ahli keluarga walau separah mana sekalipun, hubungan kekeluargaan (hubungan darah) tetap tidak akan terputus. Misalnya perbalahan/perselisihan/pergaduhan antara anak dengan bapa, walaupun anak telah terbunuh, hubungan keluarga iaitu bapa dan anak tidak akan terputus sampai bila-bila.
Penggunaan Peribahasa Dalam Ayat:-
  1. Perselisihan faham antara Ali dengan Ahmad tidak akan berpanjangan kerana mereka itu adik-beradik ibarat carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
  2. Walaupun usaha memisahkan anak-beranak itu dibuat, namun mereka tetap tidak dapat dipisahkan kerana air yang dicencang tidak akan putus.
  3. Jangan kita masuk campur dalam pergaduhan yang berlaku antara adik-beradik kerana pergaduhan itu tidak akan berpanjangan, seperti biduk lalu kiambang bertaut.

Sunday, 24 March 2013

IBU DAN CEPER...!

Baca petikan cerpen di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

     Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas.
     Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.
     Ibu juga bergerak di mana sahaja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang memikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak bermaya itu. kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung masuk jelapang.
     Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagai anak panah yang baru sahaja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

(Dipetik daripada cerpen 'Ibu dan Ceper' oleh Shahnon Ahmad, Antologi Harga Remaja, DBP)

(a)  Berikan bukti-bukti yang menunjukkan kesibukan ibu dalam petikan di atas. [ 2 markah ]
Contoh Jawapan:
  • Beberapa bukti yang menunjukkan kesibukan ibu dalam petikan di atas ialah ibu tidak boleh duduk diam sepanjang hari. Selain itu ibu juga memikul gemal dan tanam benih-benih dengan tulang empat keratnya. (Berikan 2 bukti - 2 markah)
(b)  Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan kasih sayang anak terhadap ibu mereka? [ 3 markah ]
Contoh Jawapan:
  • Antara cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan kasih sayang anak terhadap ibu mereka adalah dengan sentiasa memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap ibu. Membantu ibu membuat kerja-kerja rumah dan membawa ibu mengerjakan umrah juga merupakan cara kita menunjukkan kasih sayang terhadap ibu kita. (Berikan 3 cara - 3 markah)  
(c)  Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan tiga pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [ 4 markah ]
Contoh Jawapan:
  • Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah rajin berusaha mencari rezeki menyara kehidupan keluarga. Sementara tiga pengajaran dalam keseluruhan cerpen ialah kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita. Kita juga mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup. Akhir sekali, kita hendaklah mengelakkan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar seperti sungai. (Berikan 4 pengajaran - 4 markah)
SOALAN PENGGAL PERTAMA 2013
TINGKATAN 4
SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

ESEI: KEPENTINGAN SUBJEK SEJARAH...!


Kelebihan/kepentingan/kebaikan mata pelajaran Sejarah kepada golongan pelajar:-

  • melatih kita menyanjung tinggi jasa masyarakat terdahulu.
  • mengetahui kebenaran fakta sejarah.
  • menjadi elemen penting pembentukan jati diri.
  • membentuk keperibadian diri yang utuh dengan nilai, adat, budaya, agama, bangsa dan negara.
  • menjadi panduan bagi membentuk jati diri seseorang mengikut acuan negaranya.
  • menjadikan kita bangga akan masa silam negara kita yang cemerlang.
  • turut menyemarakkan semangat patriotik dalam diri pelajar.
  • mengajar pelajar tentang tindak tanduk manusia yang dapat dijadikan teladan atau garis panduan.
  • menjadi pengajaran untuk mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan yang sama.
  • memperlihatkan kekuatan institusi keluarga yang kita warisi.
  • menyedarkan pelajar tentang warisan kebudayaan negara.
  • dapat melahirkan individu pelajar yang berjiwa besar terhadap negara.
  • mendorong pelajar menjadi manusia yang lebih bersemangat untuk mencapai kemajuan.
  • melahirkan rasa cinta akan negara dan sanggup berkorban apa-apa saja.
  • mengukuhkan kefahaman pelajar tentang perkembangan sejarah negara.
  • mengelakkan pelajar menjadi buta sejarah.
  • mengurangkan masalah/gejala negatif dalam kalangan pelajar.

Thursday, 21 March 2013

ESEI: SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI SEKOLAH...!


PENDAHULUAN:-
  • 31 Ogos pada setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi setiap warganegara Malaysia.
  • Tarikh penting ini merupakan tarikh kemerdekaan negara yang membawa erti negara kita bebas daripada sebarang unsur penjajahan oleh kuasa-kuasa besar dunia.
  • Bulan Ogos setiap tahun juga dinobatkan sebagai Bulan Kemerdekaan yang mana sepanjang bulan ini dianjurkan pelbagai program dan sambutan yang berteraskan semangat patriotik dan kenegaraan.
  • Di peringkat sekolah juga, pelbagai program telah diatur sebagai tanda bersyukur serta sebagai usaha menanamkan semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar.
ISI-ISI PENTING:- (cara-cara sambutan di sekolah)
  • Pihak sekolah menganjurkan pertandingan menulis esei, mencipta sajak, pertandingan melukis poster yang berkisar tentang topik 'kemerdekaan' sempena sambutan bulan kemerdekaan.
  • Unit HEM sekolah boleh mengadakan siri 'talk show' dengan mengundang tokoh-tokoh kemerdekaan, bekas-bekas tentera dan orang-orang lama untuk berkongsi pengalaman tentang kemerdekaan dengan pelajar.
  • Untuk menimbulkan kesedaran tentang pentingnya semangat patriotik, pihak sekolah mengadakan siri tayangan filem bercorak patriotik seperti 'Bukit Kepong', 'Leftenan Adenan', 'Sarjan Hassan', dan sebagainya.
  • Aktiviti melukis mural bertajuk 'Hari Kemerdekaan' di dinding-dinding bangunan sekolah oleh pelajar-pelajar terpilih juga boleh dilaksanakan.
  • Di samping meningkatkan keceriaan kelas, pertandingan menghiaskan kelas sempena sambutan kemerdekaan sangat sesuai dianjurkan.
  • Persembahan pentas seperti persembahan kebudayaan, deklemasi sajak, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan drama dan pantomin bertemakan kemerdekaan boleh dianjurkan dengan skala yang lebih besar.
  • Unit Sukan sekolah juga boleh menganjurkan 'Larian Merdeka' antara rumah sukan. Acara ini seakan-akan program larian merentas desa.
  • Sambutan kemuncak yang boleh diadakan di peringkat sekolah adalah pada hari 31 Ogos, akan diadakan perbarisan anggota badan beruniform. Sempena perbarisan tersebut, perarakan bendera negara 'Jalur Gemilang', pertandingan kawad antara unit beruniform boleh diadakan.
  • Untuk menambah bilangan pelajar yang terlibat, acara mencipta bendera Malaysia yang terpanjang juga sesuai dilaksanakan. Pelajar bergotong-royong menghasilkan bendera terpanjang dan selepas itu dipasangkan di pagar-pagar sekolah.
  • Pihak sekolah sepatutnya menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengendalikan pelbagai sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah agar keselarasan dan kejayaan lebih terserlah.
PENUTUP:-
  • Pelbagai bentuk sambutan boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.
  • Semua pihak perlu berganding bahu supaya penganjuran setiap program berjaya mencapai target.
  • Program sambutan itu juga bukan sahaja mampu mendidik masyarakat pelajar mencintai negara, bahkan dapat meningkatkan jati diri pelajar.

Wednesday, 20 March 2013

ESEI: SURAT TIDAK RASMI...!



Perhatian:-
  • Jumlah patah perkataan hendaklah seperti arahan soalan, misalnya bagi peringkat PMR, calon dikehendaki menulis karangan dengan kepanjangan melebihi 180 patah kata. Manakala bagi peringkat  SPM pula, calon dikehendaki menulis melebihi 350 patah kata.
  • Calon digalakkan menulis dengan menggunakan laras bahasa yang berbunga-bunga, bombastik dan ungkapan bahasa indah sesuai dengan situasi.

DI BETUL DAN DI SALAH...!

Penggunaan kata sendi nama 'di' memang produktif namun kadangkala terdapat juga kes penggunaan kata sendi nama tersebut yang tidak gramatis. Lihat contoh di bawah:-
  • di dalam surat khabar  X
  • dalam surat khabar  /
  • di dalam televisyen  X
  • di televisyen  /
  • di dalam kesedihan  X
  • dalam kesedihan  /
  • di antara masalah  X
  • antara masalah  /
  • di masa  X
  • pada masa  /
  • di akhiri  X
  • diakhiri  /

Tuesday, 19 March 2013

CHELSEA MENANG 2 - 0...!


LIGA PERDANA ENGLAND 18 MAC 2013:-
  • CHELSEA VS WEST HAM: 2 - 0
  • WIGAN VS NEWCASTLE UTD: 2 - 1
ITALY SERIE A 18 MAC 2013:-
  • AS ROMA VS PARMA: 2 - 0
  • SAMPDORIA VS INTER: ?
  • TORINO VS LAZIO: 1 - 0
SPAIN PRIMERA DIVISION 18 MAC 2013:-
  • SEVILLA VS ZARAGOZA: 4 - 0
  • OSASUNA VS ATL. MADRID: 0 - 2
  • BARCELONA VS RAYO VALLECANO: 3 - 1

Monday, 18 March 2013

SPM 2013...!

TARIKH PENTING PEPERIKSAAN SPM 2013
1- 31 Mac 2013
1- 31 Mac 2013
Bermula selepas pengumuman keputusan SPM 2012- 15 April 2013
 11- 12 Jun 2013
 6 Nov. - 5 Dis. 2013

CENDANA...!


Lihat maksud perkataan yang bermula dengan huruf 'c' di bawah. Dapatkah anda membezakan makna dan juga penggunaannya dalam ayat.
  • cencang = kerat kecil-kecil
  • cendana = sejenis pokok yang kayunya berbau wangi
  • cendekia = cerdik pandai, terpelajar
  • cenderung = menaruh minat, mengingini sesuatu
  • cengang = kagum, hairan
  • cengkung = melengkung, lekuk, kurus
  • ceruk = pelosok, penjuru, sudut
  • cerun = lereng bukit yang curam
  • celoteh = bual, percakapan
  • cempaka = sejenis bunga
  • cemuh = cela, menghina

RESULT SPM 2012, 21 MAC...!


KENYATAAN AKHBAR
 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
415,530
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)
7,708
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
7,946
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
11,309
5.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
28,148
6.
Calon Persendirian
1,900
Jumlah Besar
472,541

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.

 Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012

RESULT STPM 2012 HARI INI...!


Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2012
 
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan dikeluarkan pada 18 Mac 2013.  Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala  calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.  Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.
Persidangan Akhbar bagi mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STPM 2012 akan diadakan pada 18 Mac 2013, jam 12:00 tengah hari, di Dewan Besar, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pada peperiksaan STPM tahun 2012, seramai 51,673 orang calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 47,708 (92.33%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 (2.15%) orang calon sekolah swasta, 2,795 (5.41%) orang calon persendirian individu, dan 58 (0.11%) calon sekolah kerajaan negeri. 
Sementara keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2013.  Calon boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di portal MPM dan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS).

HAJI KHAWARI BIN HAJI IDRIS
Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Peperiksaan Malaysia
13 Mac 2013 

Thursday, 14 March 2013

KLATE MENANG AFC...!


EUROPE CHAMPIONS LEAGUE 13 MAC 2013:-
  • BARCELONA VS AC MILAN: 4 - 0
  • SCHALKE VS GALATASARAY: 2 - 3
EUROPE CHAMPIONS LEAGUE 14 MAC 2013:-
  • BAYERN MUNICH VS ARSENAL: 0 - 2
  • MALAGA VS FC PORTO: 2 - 0
ASIA AFC CUP 13 MAC 2013:-
  • AYEYAWADY VS KELANTAN: 1 - 3
  • MAZIYA VS DA NANG: 2 - 3
  • SAI G.F. VS EAST BENGAL: 0 - 0
  • AL SHORTA VS RAVSHAN: 2 - 0


Tuesday, 12 March 2013

ESEI: MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL...!


PENDAHULUAN:-
  • Dewasa ini permainan tradisional masyarakat Melayu semakin dilupakan oleh generasi muda.
  • Permainan tradisional yang begitu popular sedikit masa dulu seperti permainan gasing, wau, coh, batu seremban, ketinting, lompat tali, congkak, dan seumpamanya semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda.
  • Pelbagai langkah boleh dilaksanakan bagi mempopularkan permainan tradisional kembali dalam kalangan masyarakat hari ini.
ISI-ISI PENTING (Langkah-langkah mempopularkan):-
  • Pihak bertanggungjawab perlu lebih bersungguh-sungguh memperkenalkan permainan tradisional kepada masyarakat. (Tak kenal maka tak cinta)
  • Melaksanakan kempen kesedaran agar masyarakat sedar akan kepentingan mengekalkan permainan tradisional.
  • Menanamkan minat akan permainan tradisional sejak anak masih di bangku persekolahan dengan menubuhkan persatuan-persatuan atau kelab-kelab permainan tradisional.
  • Pihak Kementerian Pelajaran mestilah memperbanyak pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, negeri sehingga ke peringkat kebangsaan.
  • Pihak sekolah pula perlulah memberikan sokongan penuh terhadap usaha pihak Kementerian Pelajaran dengan menggalakkan penyertaan pelajar-pelajar mereka.
  • Media massa mestilah memainkan peranan menjalankan promosi secara berkesan dan berterusan.
  • Pihak kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya bekerjasama mempopularkan permainan ini seperti menganjurkan pameran, konvensyen dengan skala yang lebih besar.
  • Permainan tradisional juga boleh dilakukan inovasi seperti mencipta 'game' komputer yang dapat menarik minat golongan muda yang memang kemaruk dengan gajet-gajet IT.
  • Syarikat-syarikat besar menganjurkan pertandingan permainan tradisional sehingga ke peringkat antarabangsa dan memberikan tajaan kepada penggiat-penggiat permainan tradisional.
  • IPTA dan IPTS mestilah menganjurkan program kursus pengajian tentang permainan tradisional di peringkat ijazah pertama dan lanjutan.
  • Pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan perlulah membantu penggiat permainan tradisional dari segi penyediaan dana, kursus-kursus latihan, dan sebagainya.
  • Kementerian Pelancongan perlu menjadikan aset permainan tradisional sebagai salah satu daya tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke negara kita.
KESIMPULAN:-
  • Semua pihak perlu lebih bekerjasama dan bahu-membahu dalam mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat.
  • Semua pihak perlu sedar bahawa permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan.

Sunday, 10 March 2013

LIVERPOOL MENANG 3 - 2...!


PIALA LIGA ENGLAND 11 MAC 2013:-
  • MANCHESTER UNITED VS CHELSEA: 2 - 2
LIGA PERDANA ENGLAND 11 MAC 2013:-
  • LIVERPOOL VS TOTTENHAM: 3 - 2
GERMANY BUNDESLIGA 11 MAC 2013:-
  • VFB STUTTGART VS HAMBURGER: 0 - 1
ITALY SERIE A 11 MAC 2013:-
  • INTER VS BOLOGNA: 0 - 1
  • LAZIO VS FIORENTINA: 0 - 2

MAKNA BOREK...!

'BAPA BOREK, ANAK RINTIK'
Perhatikan perkataan yang bermula dengan huruf 'b' di bawah. Adakah kita mengetahui makna-maknanya dan bagaimana pula penggunaannya dalam ayat.
  • bonus - bayaran tambahan daripada gaji biasa.
  • bonus - bayaran faedah daripada pelaburan atau polisi insurans
  1. Semua kakitangan awam bergembira kerana diberi bonus sebulan gaji.
  2. Pelabur ASB menerima bonus lumayan tahun ini.
  • borak - berbuai-bual 
  1. Orang kampung suka berborak  kedai kopi.
  • borek - berbintik-bintik putih seperti pada bulu ayam atau muka manusia
  1. Ibu ayam itu berwarna hitam tetapi anak-anaknya borek.
  • borong - secara keseluruhan, besar-besaran
  1. Membeli barangan secara borong lebih menguntungkan.
  • boros - tidak cermat, suka menghabiskan wang dengan berbelanja besar
  1. Dia langsung tidak berharta ketika usia tua kerana terlalu boros semasa muda.

Saturday, 9 March 2013

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA...!


Tema 

Cerita ini mengemukakan tema kehebatan dan keistimewaan Awang Sulung Merah Muda. Beliau mampu mengharungi pelbagai rintangan sepanjang pelayarannya ke tanah Jawa.


Persoalan


Serangan lanun yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Dugaan semasa pelayaran seperti serangan lanun dan juga tipu helah anak kapal.
Sikap suka berjudi masyarakat zaman dahulu termasuk golongan bangsawan.

Sikap berhati-hati dan menghormati tempat yang dilawati. Nakhoda Tua telah berhati-hati agar tidak melanggar adat sewaktu berlabuh di negeri Terengganu.
Raja bertindak tanpa terlebih dahulu menyelidik sama ada sesuatu berita itu benar atau palsu.


Watak dan Perwatakan
Awang Sulung Merah Muda

Awang Sulung adalah anak kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.

Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjuk kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya.

Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat padanya.
Awang Sulung memiliki keris dan pedang sakti.
Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian seperti:

  • Menenangkan air laut yang bergelora
  • Tidak perlu memegang kemudi sewaktu belayar
  • Menukar air masin kepada air manis
Awang Sulung berkahwin dengan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung pandai berpantun.
Awang Sulung suka bersabung ayam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.
Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung.
Tuan Puteri terlalu mengikut perasaan dan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.
Tuan Puteri ialah seorang yang bijaksana dan bertegas untuk membantah pendapat ayahnya yang terpengaruh dengan tipu daya jurumudi.

Si Kembang Cina

Si Kembang Cina ialah orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Si Kembang Cina taat kepada perintah Tuan Puteri.
Beliau juga pandai memujuk Awang Sulung.
Si Kembang Cina bersubahat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.

Tuanku Nakhoda Tua

Tuanku Nakhoda Tua ialah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Banginda mudah percaya akan percakapan orang.
Baginda kesal akan kesilapannya memandang rendah kebolehan Awang Sulung.
Baginda menepati janjinya untuk mengahwinkan kepada sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puteri baginda sendiri.

Jurumudi

Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa beliau yang menyelamatkan geliung daipada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan lanun.
Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Beliau berasa iri hati apabila Awang Sulung mendapat perhatian Tuan Puteri Seri Jawa.
Jurumudi ialah seorang pengecut apabila beliau lari sewaktu diserang lanun.


Latar Tempat

Di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Di Pulau Tapai
Di Pulau Salah Nama
Di Negeri Pati Talak Terengganu

Latar Masyarakat

Masyarakat golongan bangsawan.
Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja. Misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Masyarakat yang taat kepada pemerintah seperti kepada arahan Tuan Puteri.
Masyarakat lanun yang suka merompak.
Masyarakat yang suka berjudi seperti menyambung ayam.
Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam.

Nilai Murni

Nilai berani. - Awang Sulung berani menentang lanun semasa pelayarannya.
Nilai merendah diri – Awang Sulung sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
Nilai bijaksana – Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran

KLATE KALAH 0 - 1...!


LIGA SUPER MALAYSIA 9 MAC 2013:-
  • LIONSXII VS KELANTAN: 1 - 0
  • SELANGOR VS JOHOR DT: 4 - 1

Friday, 8 March 2013

ESEI: PUNCA JENAYAH MENINGKAT...!

Mutakhir ini, kadar peningkatan kes jenayah dalam kalangan masyarakat semakin meningkat. Huraikan punca-punca peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat.

ISI-ISI PENTING (Punca-punca peningkatan kadar jenayah):-
  • Kurang didikan agama dalam kalangan masyarakat.
  • Sikap anggota masyarakat yang terlalu mementingkan diri dan terlalu materialistik.
  • Kurang semangat kejiranan dan semangat kerjasama.
  • Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).
  • Desakan hidup.
  • Kurang kesedaran anggota masyarakat tentang pencegahan kes jenayah.
  • Kecuaian anggota masyarakat dalam menjaga harta benda.
  • Langkah penguatkuasaan oleh pihak berkuasa yang kurang berkesan.
  • Kekurangan anggota keselamatan.
  • Meningkatnya kes penyalahgunaan dadah di dalam negara.
  • Kebanjiran orang asing sama ada melalui industri pelancongan, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.
  • Pengaruh negatif yang disebarkan media massa canggih.
  • Kebejatan sosial yang dalam kalangan remaja.
  • Pengaruh alkohol dan hiburan yang melampau.
  • Kelemahan institusi keluarga dalam mendidik dan mengawal ahli keluarga.
  • Kegagalan institusi agama seperti masjid, pihak berkuasa agama dalam menyebarkan dakwah.
  • Kurang kesedaran dalam kalangan penjenayah.
  • Hukuman yang kurang berkesan.
  • Peningkatan jumlah penduduk yang mendadak terutama di bandar-bandar besar.

Wednesday, 6 March 2013

MU TERKELUAR...!


EUROPE CHAMPIONS LEAGUE 6 MAC 2013:-
  • MANCHESTER UTD VS REAL MADRID: 1 - 2
  • DORTMUND VS SHAKHTAR: 3 - 0

Tuesday, 5 March 2013

MUNSYI ABDULLAH...!


Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.
Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.
Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.
KARYA-KARYA:


Sumber: ms.wikipedia.org

CITY MENANG 1 - 0...!


LIGA PERDANA ENGLAND 5 MAC 2013:-
  • ASTON VILLA VS MANCHESTER CITY: 0 - 1
PORTUGUESE LIGA 5 MAC 2013:-
  • GUIMARAES VS ACADEMICA: 2 - 0
  • OLHANENSE VS BRAGA: 0 - 1

Monday, 4 March 2013

ARSENAL TEWAS 1 - 2...!


LIGA PERDANA ENGLAND 3 MAC 2013:-
  • WIGAN VS LIVERPOOL: 0 - 4
LIGA PERDANA ENGLAND 4 MAC 2013:-
  • TOTTENHAM VS ARSENAL: 2 - 1

Sunday, 3 March 2013

ZAABA....!


Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
Biografi ringkas
Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:
Zaaba ialah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.
Penghargaan
Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:

EJAAN: BETUL/SALAH...!


Beberapa patah perkataan yang sering dieja secara SALAH. Antaranya...
  • mensasarkan SEPATUTNYA menyasarkan
  • mengenepikan/mengenengahkan SEPATUTNYA mengetepikan/mengetengahkan
  • memperolehi/diperolehi SEPATUTNYA memperoleh/diperoleh
  • kebanyakkan SEPATUTNYA kebanyakan
  • jurukur SEPATUTNYA juruukur
  • jimat-cermat SEPATUTNYA jimat cermat
  • lebuhraya SEPATUTNYA lebuh raya
  • perlantikan SEPATUTNYA pelantikan
  • mesyuarat agong SEPATUTNYA mesyuarat agung
  • lagenda SEPATUTNYA legenda
  • jawatan kuasa SEPATUTNYA jawatankuasa
  • ubahsuai SEPATUTNYA ubah suai
  • kerinting SEPATUTNYA keriting
  • sireh SEPATUTNYA sirih
  • memperbanyakkan SEPATUTNYA memperbanyak
  • mewar-warkan SEPATUTNYA menguar-uarkan
  • matapelajaran SEPATUTNYA mata pelajaran
  • tanda tangan SEPATUTNYA tandatangan
  • pasaraya SEPATUTNYA pasar raya
  • pelakun SEPATUTNYA pelakon

JOHOR DT MENANG 2 - 1...!


LIGA PERDANA ENGLAND 2 MAC 2013:-
  • CHELSEA VS WEST BROM: 1 - 0
  • EVERTON VS READING: 3 - 1
  • MANCHESTER UTD VS NORWICH: 4 - 0
  • SOUTHAMPTON VS QPR: 1 - 2
  • STOKE CITY VS WEST HAM: 0 - 1
  • SUNDERLAND VS FULHAM: 2 - 2
ITALY SERIE A 2 MAC 2013:-
  • NAPOLI VS JUVENTUS: 1 - 1
LIGA SUPER MALAYSIA 2 MAC 2013:-
  • FELDA UTD VS LIONSXII: 0 - 0
  • JOHOR DT VS N.SEMBILAN: 2 - 1
  • PKNS FC VS TERENGGANU: 0 - 2

Saturday, 2 March 2013

ESEI: KESAN PEMANASAN GLOBAL...!


KESAN PEMANASAN GLOBAL:-
  • Peningkatan suhu dunia
  • Menjejaskan kualiti hidup
  • Kemarau yang luar biasa dan berpanjangan
  • Kerugian akibat kemusnahan harta benda
  • Masalah kebuluran berpunca daripada kemusnahan produk pertanian
  • Menular wabak penyakit disebabkan masalah kekurangan vitamin, penyebaran vektor dan lain-lain
  • Pembaziran terhadap sumber tenaga
  • Tercetusnya pelbagai bencana alam
  • Huru-hara dan peperangan
  • Kemelesetan ekonomi di seluruh dunia
  • Kekurangan sumber makanan
  • Peningkatan harga pasaran - inflasi
  • Peningkatan isi padu air laut menyebabkan sesetengah negara akan tenggelam

PROMOSI III