K ATAU KK...!

Penggunaan satu 'k' atau dua 'k' ketika mengeja sesuatu perkataan kadang-kadang boleh mengelirukan sesetengah pengguna bahasa Melayu. Hal ini demikian timbul kerana pengguna bahasa keliru sama ada menggunakan akhiran 'kan' ataupun akhiran 'an' sahaja. Di bawah ini diperturunkan panduan ketika mengeja perkataan-perkataan berkenaan.
Satu 'k' (Penggunaan akhiran '-an')
  • Khusus untuk mengeja golongan kata nama, contoh:-
  1. kedudukan
  2. pendudukan
  3. tindakan
  4. petikan
  5. kebanyakan
  6. pertunjukan
  7. gerakan
  8. pergerakan
  9. galakan
  10. penggalakan
  11. kemasukan
Dua 'kk' (Penggunaan akhiran '-kan')
  • Khusus untuk mengeja golongan kata kerja, contohnya:-
  1. mendudukkan
  2. menidakkan
  3. memetikkan
  4. membanyakkan
  5. dibanyakkan
  6. menunjukkan
  7. ditunjukkan
  8. menggerakkan
  9. digerakkan
  10. menggalakkan
  11. digalakkan
  12. memasukkan

Comments

Popular Posts