KEMENJADIAN...!

Salah satu patah perkataan baharu yang dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah 'kemenjadian'. Kini perkataan ini semakin popular dan sering diguna pakai oleh pengguna bahasa. Apakah maksud yang dibawa oleh perkataan tersebut.
  • 'kemenjadian' bermaksud perihal menjadi atau penjadian iaitu perihal proses menjadikan serta penciptaan
  • Contoh penggunaan dalam ayat:-
  1. Guru-guru bertanggungjawab dalam menentukan kemenjadian murid yang mapan sahsiah dan tinggi inteleknya.
  2. Ibu bapa mestilah prihatin akan perkembangan anak-anak agar kemenjadian mereka yang berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.
  3. Kemenjadian seseorang insan kamil itu bukanlah hanya faktor  ibu bapa semata-mata.

Comments

Popular Posts