PENAJA

RAKAN ILMU

Tuesday, 14 May 2013

SYAIR BERBUAT JASA....!

Syair Berbuat Jasa

Buatlah jasa wahai teruna,
Hidupmu biar memberi guna,
Kamu yang mati jasa tak fana,
Asalkan buahnya elok sempurna.

Banyakkan khidmat besar dan seni,
Serahkan kepada Tuhan Rabbani,
Jasa yang kekal berfaedah murni,
Umur yang kedua bagi insani.

Hidup manusia jangan percuma,
Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Si mati hidup selama-lamanya.

Buatlah baik sedaya upaya,
Hidup berbakti memberi cahaya,
Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar diri memberi cahaya.

Jangan menilik balas dan puji,
Atau pahalanya dikaji-kaji,
Rasanya demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.

Pahala dan balas jangan dihitung,
Ataupun bintang di dada beruntung,
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulai bergantung.

Buatlah baik ayuhai rakan,
Ke dalam laut kamu campakkan,
Jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan.

Harun Mat Piah (Penyelenggara)
Antologi Harga Sebuah Lukisan, DBP.

Monday, 13 May 2013

UNDANGAN CERAMAH...!

Sepertimana tahun-tahun lepas, semakin dekat dengan tarikh peperiksaan PMR, semakin banyaklah undangan ceramah yang diterima oleh cikgu. Sebagai penceramah BM PMR, cikgu saban tahun mengerahkan kudrat yang semakin mengecil, menyahut undangan yang datangnya dari segenap pelosok, demi perkongsian ilmu bersama dengan anak watan tercinta.
Antara undangan yang telah dan yang akan dipenuhi:-
  • 19 April 2013: SMK Kedai Buloh bertempat di Kem Damai Beach Resort, Besut.
  • 26 April 2013: SMK. Dato' Biji Wangsa anjuran FELCRA di PCB Resort.
  • 13 Mei   2013: SMK Kemumin.
  • 20 Mei   2013: SMK Kandis (Dalam perbincangan)
  • 25 Mei   2013: SMK Sultan Ismail, Kota Bharu
  • .................... : SMK. Perempuan Pasir Mas.

Sunday, 12 May 2013

NASIB BAHASAKU ...!


Apakah makluman atau mesej yang mahu disampaikan oleh tuan punya papan kenyataan ini? Sudahlah ejaan yang digunakan salah, penggunaan tatabahasa yang 'hancur' dan ayatnya pula langsung tidak boleh difahami. Beginilah nasib bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara kita, diperkotak-katikkan cara penggunaannya sehingga boleh menjejaskan kedaulatan dan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Siapa yang wajar dipersalahkan?
Kesalahan ejaan pada papan kenyataan itu ialah kata 'MENYEBRANG' sepatutnya dieja menyeberang, manakala penggunaan kata sendi 'di' pada sini dan imbuhan awalan 'di-' pada kata kerja lindungi pula tidak BETUL dan sepatutnya ditulis seperti di bawah:-
  • DISINI SEPATUTNYA DI SINI
  • DI LINDUNGI SEPATUTNYA DILINDUNGI
  • PASAL 26 SEPATUTNYA FASA 26

SAJAK: SEORANG INSAN ISTIMEWA...!


Seorang Insan Istimewa

Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.

seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas peyah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita ini
menempuh cabaran.

Seorang insan istimewa
anugerah satu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.

Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.

Natasya Puteri
Antologi Harga Sebuah Lukisan (DBP)

MAKSUD
Rangkap 1:-
Insan istimewa tidak meminta dilahirkan cacat. Tidak berupaya melawan kuasa Tuhan. Semuanya sudah tersurat dan kehidupan mesti diteruskan.
Rangkap 2:-
Insan istimewa terpaksa menempuh hidup yang sukar dengan rela. Walaupun ada yang bersimpati namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Rangkap 3:-
Kecacatan merupakan ujian dan amanah daripada Allah walaupun sukar dilaksanakan. Insan istimewa juga ada hak untuk hidup selagi diizinkan Tuhan.
Rangkap 4:-
Penyajak berseru agar kita membantu insan istimewa dengan ikhlas. Allah akan membalas kebaikan yang dilakukan.
TEMA
  • Tanggungjawab terhadap insan istimewa.
PERSOALAN
  • Insan istimewa tidak meminta dilahirkan cacat.
  • Kesusahan yang dihadapi oleh insan istimewa.
  • Insan istimewa merupakan amanah dan anugerah Tuhan.
  • Insan istimewa mempunyai hak untuk hidup di dunia ini.
  • Masyarakat perlu membantu insan istimewa.
NADA
  • Melankolik

WIGAN JUARA FA...!


Piala FA England
LIGA SUPER MALAYSIA 11 MEI 2013:-
  • FELDA UNITED VS ATM: 0 - 1
  • TERENGGANU VS PAHANG: 2 - 2
  • LIONSXII VS T-TEAM: 3 - 0
  • JOHOR DT VS PKNS FC: 3 - 1
ENGLAND FA CUP 12 MEI 2013:-
  • MANCHESTER CITY VS WIGAN: 0 - 1 (Wigan Johan FA Cup)

Friday, 10 May 2013

KLATE MENANG 3 - 0...!

LIGA SUPER MALAYSIA 10 MEI 2013:-
  • NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN: 0 - 3
  • SELANGOR VS PERAK: 1 - 1

PENJUAL GADIS...!


Kes jenayah! Sesiapa yang berhajat membeli gadis-gadis manis bolehlah berhubung dengan si penjual gadis ini sementara masih ada tawaran istimewa. Maaf, sekadar melawak sahaja.
Satu contoh penggunaan bahasa Melayu yang salah atau tidak gramatis. Akibat menterjemah secara melulu sesuatu kata bahasa asing ke dalam bahasa Melayu tanpa mengikut peraturan bahasa yang betul, maka muncullah pelbagai kesalahan yang tidak sepatutnya.
Perkataan 'sales girl' dalam bahasa Inggeris di atas lebih tepat jika digantikan dengan kata 'jurujual wanita' yang bermaksud jurujual dari kalangan wanita.

BUDI SEMANGKUK DAGING...!



Budi Semangkuk Daging
 Oleh: Amy Suzani Ainuddin
Sinopsis

Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberikan setiap jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Tema

Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.
Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Persoalan
  • Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.
  • Larangan dalam agama.

Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci. 

  • Dendam yang berpanjangan.

Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.

  • Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.
Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung.

Binaan Plot
  • Permulaan

Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.

  • Perkembangan

Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

  • Puncak

Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu. 

  • Peleraian
Akhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Plot
  • Pemerian
Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.
  • Dialog

Contoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.

  • Imbas Kembali

Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

  • Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.
  • Monolog Dalaman
Contoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya.
  • Monolog
Contoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya.

Watak Utama
Puan Ainun
  • Isteri kepada Encik Hilal.
  • Ibu kepada Shafiq dan Hanif.
  • Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.
  • Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.

Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan yang selamat.

  • Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu.
Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang.
  • Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam.

Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya.

  • Insaf akan kesilapannya.
Contoh: Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.

Watak Sampingan
Cik Punita

  • Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.
  • Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.
  • Fasih berbahasa Melayu.
  • Berasal dari Ipoh.
  • Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.
  • Patuh pada ajaran agamanya . 
Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.
  • Mempunyai semangat kejiranan.
Contoh : Cik Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun.

Encik Hilal
  • Suami kepada Puan Ainun.
  • Bapa kepada Shafiq dan Hanif.
  • Menasihati isterinya yang menghadapi masalah dengan jirannya.
  • Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain.
Contoh: Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Latar Masa
  • Waktu pagi
Contoh: Puan Ainun menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya.
  • Waktu tengah hari
Contoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang untuk makan tengah hari.
  • Waktu petang
Contoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.

Latar Tempat
  • Rumah Puan Ainun.
Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.
  • Kawasan Perumahan
Contoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita.

Latar Masyarakat
  • Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).

  • Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .
Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita.

  • Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.
Contoh: Encik Hilal menjelaskan Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.

SAJAK: KATA-KATA...!


Sajak Kata-kata
Hashim Yaacob
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Sajak  
Maksud
Kalau kita dicerca dengan kata
kita diam tak terkata.
Pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata.

Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara.
Kalau mereka mengherdik dengan kata
carilah daya kata.
Kalah kita
jangan kerana putus kata.

Jika orang mengherdik (bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana kelu untuk bersuara.
Ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.

Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat.
Kita merdeka bukan kerana senjata.
Kita merdeka kerana bijak kata.


Negara bebas daripada belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta.
Aduhai anakanda
Kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.


Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.

TEMA:-
  • Maruah dan jati diri yang perlu dipertahankan dengan kebijaksanaan kata-kata.
PERSOALAN:-
  • Keperluan mempertahankan diri.
  • Kebijaksanaan berkata-kata dengan bernas.
  • Kata-kata mampu memartabatkan bangsa dan kedaulatan negara.
  • Kemerdekaan negara dicapai melalui kebijaksanaan berkata-kata.
  • Bijak berkata-kata menjamin kehidupan yang lebih baik.
NADA:-
  • Patriotik

Wednesday, 8 May 2013

KESALAHAN LUMRAH...!

Kesalahan penggunaan bahasa Melayu ada berlaku di mana-mana. Kesalahan-kesalahan ini kadangkala sudah menjadi terlalu lumrah, sehinggakan sesetengah anggota masyarakat telah menganggap kesalahan tersebut sebagai betul. Antara kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku dalam masyarakat ialah:-
  • merbahaya > berbahaya
  • majlis resmi > majlis rasmi
  • majlis perlantikan > majlis pelantikan
  • ke 5 > ke-5
  • dwi-bahasa > dwibahasa
  • mendokong tanggungjawab > mendukung tanggungjawab
  • ilmuan > ilmuwan
  • persatuan bekas-bekas tentera > persatuan bekas tentera
  • lebuhraya > lebuh raya
  • mensasarkan > menyasarkan
  • jawatan kuasa > jawatankuasa
  • samada > sama ada
  • roti canai telor > roti canai telur
  • mesjid > masjid
  • jimat-cermat > jimat cermat
  • stesyen bas > stesen bas
  • keretapi > kereta api
  • mensyuarat agong > mesyuarat agung
  • ibupejabat polis > ibu pejabat polis
  • kad jemputan > kad undangan
  • gelanggang serbaguna > gelanggang serba guna
  • urusniaga saham > urus niaga saham
  • zohor > zuhur
  • pilihanraya > pilihan raya
  • mee goreng > mi goreng
  • ko-kurikulum > kokurikulum
  • mertua > mentua
  • pra-sekolah > prasekolah
  • jurukur > juruukur
  • matapelajaran > mata pelajaran
  • Hajjah Aminah > Hajah Aminah
  • istirehat > istirahat
  • kraftangan > kraf tangan
  • rambut kerinting > rambut keriting

SAJAK KEUSANGAN BUDAYA...!


KEUSANGAN BUDAYA

TEMA
  • Warisan budaya Melayu yang semakin dilupakan oleh generasi kini.
PERSOALAN
  • Generasi lampau sangat mengamalkan adat budaya.
  • Warisan bangsa telah dilupakan.
  • Irama rock menggantikan tiupan seruling.
NADA
  • Melankolik
NILAI
  • Kebersihan fizikal dan mental
  • Hemah tinggi
  • Patriotik
PENGAJARAN
  • Kita mestilah menjadi golongan yang memiliki kebersihan fizikal dan mental
  • Kita seharusnya menjaga warisan bangsa dan sentiasa bersopan santun.
  • Kita perlulah mempertahankan warisan bangsa agar tidak terhakis oleh budaya Barat.
RANGKAP
MAKSUD
Ketika dulu
Kelihatan sang dara bersimpuh ayu
Bersalut songket tenunan Melayu
Menganyam segar


Suatu ketika dahulu, kita sering melihat anak gadis memakai pakaian tradisi dan penuh sopan santun.
Kelihatan
Sang teruna menebang ara
Berbaju Melayu warisan bangsa
Meniup seruling bambu
Merdu dan sayu


Fenomena anak muda berbaju Melayu kelihatan melaksanakan tugas dan meniup seruling bambu yang sangat merdu bunyinya.
Ketika ini
Tiada lagi sang dara ayu
Tiada juga teruna gagah
Kini yang ada Cuma
Tubuh-tubuh lesu
Tubuh-tubuh kaku


Sekarang tiada lagi gadis cantik serta lelaki hebat. Kini yang tinggal hanyalah gadis dan lelaki yang kelihatan lesu dan kaku.
Kedengaran
Irama gamat menodai kedamaian
Seruling bambu diam keusangan
Songket dan bati muram disisihkan


Kedengaran muzik rock yang membingitkan telinga. Budaya kita menjadi using kerana disisihkan.
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi
Melihat sayu Sang Sita dewi
Yang using tidak bermaya lagi

Orang tua di kampong masih setia mengamalkan adat warisan.
Mereka hanya mampu melihat sahaja warisan bangsa menjadi layu dan using.

Oleh: Roshilawati Razlan
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tuesday, 7 May 2013

KLATE DAPAT 3 MATA...!


LIGA SUPER MALAYSIA 7 MEI 2013:-
  • KELANTAN VS FELDA UNITED: 3 - 0
  • ATM VS JOHOR DT: 2- 0
  • PAHANG VS SELANGOR: 2 - 2
  • TERENGGANU VS LIONSXII: 1 - 2

KOSA KATA...!

Kosa kata atau jika dulu dikenali sebagai perbendaharaan kata amat perlu ditingkat dan dikuasai oleh pengguna bahasa agar dapat memperkaya ilmu dalam sesuatu bahasa tersebut. Di bawah disenaraikan beberapa patah kata yang disertakan dengan maknanya untuk perkongsian ilmu pada kali ini.
  • penawar > ubat untuk menawarkan racun atau mengubati penyakit.
  • arwah > orang yang telah meninggal dunia.
  • empulur > bahagian tengah yang lembut biasanya di dalam batang pokok.
  • seusai > sudah selesai.
  • tonyoh > tolak, sejenis kuih tradisi Kelantan.
  • godam > pukul, serangan.
  • wasiat > pesanan terakhir sebelum orang meninggal dunia.
  • cengil > garang.
  • pengap > sesak
  • petah > pandai, lancar berkata-kata.
  • mengomel > marah, merepek.
  • aroma > bau.
  • derap > bunyi seperti orang berjalan.
  • gejolak > berkobar-kobar.
  • mengetip > menggigit.
  • hikmah > kelebihan, kebaikan, faedah.
  • sanubari > perasaan hati, batin.
  • dakyah > propaganda, penyebaran sesuatu fahaman untuk kepentingan tertentu.
  • opertunis > mengambil kesempatan daripada sesuatu keadaan.
  • hipokrit > berpura-pura baik. alim kucing.
  • mundur > terkebelakang, ketinggalan dari segi kemajuan.
  • hikmat > sakti, kesaktian.
  • ghaib > hilang.
  • seraya > sambil.
  • wangkang > perahu besar.
  • berkira > berbincang.
  • dusta > bohong.
  • berahi > cinta yang amat sangat.
  • comot > kotor. cemar.
  • usang > buruk, lama.
  • rabak > koyak panjang atau besar.

SINOPSIS MERAH SILU...!

PUISI TRADISIONAL
MERAH SILU

SINOPSIS
  • Perkahwinan Merah Gajah dengan Puteri Betong telah melahirkan dua orang putera iaitu Merah Silu dan Merah Hasum.
  • Merah Gajah secara tak sengaja mencabut sehelai rambut yang berwarna keemasan isterinya ketika tidur.
  • Darah keluar dari liang rambut yang dicabut sehingga menyebabkan Puteri Betong meninggal dunia.
  • Berita kematian menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan bertindak membunuh menantunya iaitu Merah Gajah.
  • Kematian Merah Gajah menyebabkan ayahandanya iaitu Raja Ahmad bertindak balas.
  • Akhirnya berlakulah peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmad menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuklah sebilangan besar rakyatnya.
  • Merah Silu dan Merah Hasum serta sebilangan rakyat yang tinggal terus mendiami negeri Semerlanga. 
  • Merah Silu dan adiknya Merah Hasum akhirnya berhijrah ke sebuah negeri Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai.
  • Merah Silu yang ternampak banyak ikan telah menahan bubu yang akhirnya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang.
  • Merah Silu kemudian merebus cacing tersebut di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu menjadi kaya raya.
  • Perbuatan Merah Silu menangkap kerbau liar tidak disenangi oleh adiknya.
  • Merah Silu berpindah mencari petempatan baharu ( Hulu Karang) dengan membawa harta dan kerbau-kerbaunya.
  • Merah Silu berpindah lagi setelah kehadirannya tidak disenangi oleh penduduk kampung kerana kerbaunya telah memakan tanaman penduduk.
  • Merah Silu berpindah lagi ke negeri Buluh Telang. Baginda bertemu dengan Megat Iskandar.
  • Merah Silu gemar menyabung ayam dan sering memberikan hadiah kerbau kepada mereka yang menyabung ayam dan yang menontonnya.
  • Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar-pembesar, melantik Merah Silu menjadi raja di Jerun Rimba.
  • Sultan Malikul-Nasar menentang dan berlakulah beberapa siri peperangan antara mereka berdua.
  • Sultan Malikul-Nasar  akhirnya tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.

Monday, 6 May 2013

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK...!

Pembentukan perkataan baharu boleh berlaku melalui proses pengimbuhan, iaitu satu proses penambahan imbuhan kepada kata dasar. Proses pengimbuhan yang berlaku kepada kata ganda dan kata majmuk mestilah diberikan perhatian:-
  • KATA MAJMUK
  1. kuat kuasa > penguatkuasaan, berkuat kuasa, penguat kuasa, dikuatkuasakan.
  2. ibu bapa > keibubapaan, beribubapakan, 
  3. jana kuasa > menjana kuasa, penjanakuasaan, berjanakuasakan.
  4. tambah baik > menambah baik, penambahbaikan.
  5. ubah suai > mengubah suai, mengubahsuaikan, pengubahsuaian.
  6. haru biru > mengharubirukan.
  • KATA GANDA
  1. anak-anak > keanak-anakan, menganak-anakkan, memperanak-anakkan.
  2. budak-budak > kebudak-budakan, membudak-budakkan, memperbudak-budakkan.
  3. ibu-ibu > keibu-ibuan, 
  4. putih-putih > berputih-putih, keputih-putihan.
  5. biru-biru > berbiru-biru, kebiru-biruan.
  6. kotak-katik > mengotak-katikkan, berkotak-katik, memperkotak-katikkan.

WATAK SUKMA...!

NOVEL 6:20
WATAK DAN PERWATAKAN

  • SUKMA
WATAK:
1. Seorang gadis berusia 19 tahun.
2. Pelajar sebuah pusat pengajian tinggi tempatan dalam bidang Sains Politik.
3. Anak tunggal kepada pasangan Tuan Hj. Syaqir (seorang pemimpin masyarakat) dengan Pn. Delia.
PERWATAKAN:-
1. Seorang yang prihatin 
- Beliau prihatin akan tetamu yang tidak diundang berkunjung ke rumahnya jam 6:20 pagi iaitu seorang wanita tua, seorang lelaki berpakaian lusuh dan seorang kanak-kanak. Sukma menganggap mereka memerlukan bantuan.
2. Seorang yang tegas
- Sukma sering mempertahankan pendiriannya apabila bersemuka dengan Iskandar yang kuat berpegang kepada pemikiran Barat.
3. Seorang yang rajin dan bijaksana
- Sukma rajin membaca buku dan pendapatnya sering diminta oleh Profesor Darul, iaitu pensyarahnya di Fakulti Sains Politik.
4. Seorang yang penyayang
- Sukma amat menyayangi ibu bapanya yang begitu mengambil berat terhadapnya. Beliau begitu sedih melihat perubahan yang berlaku terhadap ibunya.
5. Seorang yang mudah simpati
- Sukma amat simpati dengan sesiapa yang berada dalam kesusahan. Sukma menangis ketika melawat Ehsan yang terbaring kesakitan kerana menderita penyakit kulit dan jantung.
6. Seorang yang setia kawan
- Sukma cuba membantu Jerry yang telah terperangkap dengan kumpulan WX2 yang cuba memesongkan pemikiran golongan muda.

MU VS CHELSEA: 0 - 1


LIGA PERDANA ENGLAND 5 MEI 2013:-
  • LIVERPOOL VS EVERTON: 0 - 0
  • MANCHESTER UNITED VS CHELSEA: 0 - 1
  • QPR VS ARSENAL: 0 - 1
GERMANY BUNDESLIGA 5 MEI 2013:-
  • FREIBURG VS AUGSBURG: 2 - 0
  • HAMBURGER VS WOLFSBURG: 1 - 1
  • DORTMUND VS BAYERN MUNICH: 1 - 1
ITALY SERIE A 5 MEI 2013:-
  • UDINESE VS SAMPDORIA: 3 - 1
  • AC MILAN VS TORINO: 1 - 0
  • CATANIA VS SIENA: 3 - 0
  • GENOA VS PESCARA: 4 - 1
  • JUVENTUS VS PALERMO: 1 - 0
  • LAZIO VS BOLOGNA: 6 - 0
  • PARMA VS ATALANTA: 2 - 0
  • CHIEVO VS CAGLIARI: 0 - 0
  • FIORENTINA VS AS ROMA: 0 - 1

PROMOSI III