KESALAHAN LUMRAH...!

Kesalahan penggunaan bahasa Melayu ada berlaku di mana-mana. Kesalahan-kesalahan ini kadangkala sudah menjadi terlalu lumrah, sehinggakan sesetengah anggota masyarakat telah menganggap kesalahan tersebut sebagai betul. Antara kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku dalam masyarakat ialah:-
  • merbahaya > berbahaya
  • majlis resmi > majlis rasmi
  • majlis perlantikan > majlis pelantikan
  • ke 5 > ke-5
  • dwi-bahasa > dwibahasa
  • mendokong tanggungjawab > mendukung tanggungjawab
  • ilmuan > ilmuwan
  • persatuan bekas-bekas tentera > persatuan bekas tentera
  • lebuhraya > lebuh raya
  • mensasarkan > menyasarkan
  • jawatan kuasa > jawatankuasa
  • samada > sama ada
  • roti canai telor > roti canai telur
  • mesjid > masjid
  • jimat-cermat > jimat cermat
  • stesyen bas > stesen bas
  • keretapi > kereta api
  • mensyuarat agong > mesyuarat agung
  • ibupejabat polis > ibu pejabat polis
  • kad jemputan > kad undangan
  • gelanggang serbaguna > gelanggang serba guna
  • urusniaga saham > urus niaga saham
  • zohor > zuhur
  • pilihanraya > pilihan raya
  • mee goreng > mi goreng
  • ko-kurikulum > kokurikulum
  • mertua > mentua
  • pra-sekolah > prasekolah
  • jurukur > juruukur
  • matapelajaran > mata pelajaran
  • Hajjah Aminah > Hajah Aminah
  • istirehat > istirahat
  • kraftangan > kraf tangan
  • rambut kerinting > rambut keriting

Comments

  1. 1. Jalan yang bengkang-bengkok itu sangat berbahaya.
    2. Para pelajar dikehendaki ke majlis perhimpunan kerana majlis itu merupakan majlis rasmi.
    3. Majlis pelantikan pengawas itu diadakan di Dewan Mahadzir Hashim.
    4. Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-5 itu disambut dengan meriah sekali.
    5. Kamus Oxford Fajar terdapat dalam dwibahasa.
    6. Sebagai seorang pelajar,kita hendaklah mendukung tanggungjawab dengan belajar bersungguh-sungguh.
    7. Dr.Mahathir ialah seorang ilmuwan.
    8. Ramli merupakan salah seorang daripada persatuan bekas tentera itu.
    9. Lebuh raya itu ditubuhkan setahun yang lalu.
    10. Sekolah itu menyasarkan 100% A kepada pelajar-pelajarnya.
    11. Jawantankuasa persatuan itu mengadakan 1 acara secara besar-besaran.
    12. Sama ada dia atau saya sahaja yang akan layak ke pusingan terahkir.
    13. Roti canai telur yang dihasilkan oleh Pak Mat sangat sedap.
    14. Masjid itu terletak berdekatan dengan kilang.
    15. Haris ialah seorang yang berjimat cermat apabila membeli.
    16. Stesen bas yang paling terdekat terletak di Kota Bharu.
    17. Kereta api buatan Jepun itu bergerak sangat laju.
    18. Mesyuarat agung PIBG telah diadakan secara kecil-kecilan.
    19. Ibu pejabat polis Kota Bharu terletak berhampiran dengan Wisma Persekutuan.
    20. Kad undangan ke majlis kahwin itu saya baca dengan teliti.
    21. Gelanggang serba guna itu digunakan oloeh orang awam dengan sebaik mungkin.
    22. Urus niaga saham itu telah berjalan dengan lancar.
    23. Saya telah solat Zuhur.
    24. Pilihan raya kali ke-13 telah dimenangi oleh Barisan Nasional.
    25. Mi goreng yang ibu masak sangat lazat.
    26. Para pelajar diwajibkan menghadiri aktivti kokurikulum itu.
    27. Ibu mentua kakak merupakan seorang polis.
    28. Adli ialah pelajar prasekolah.
    29. Juruukur itu mengukur tanah itu dengan teliti.
    30. Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran yang saya minati.
    31. Hajah Aminah ialah seorang pengetua.
    32. Abang sedang istirehat di biliknya.
    33. Kraf tangan hasil daripada pemuda itu sangat kreatif.
    34. Budak itu rambut kerinting.

    ReplyDelete
  2. 1.Selekoh itu amat berbahaya .
    2.Majlis itu merupakan sebuah majlis rasmi .
    3.Pada hari ini , sekolah saya mengadakan majlis pelantikan pengawas bagi sesi 2013 .
    4.Najib merupakan perdana menteri Malaysia yang ke-5 .
    5.Aina mencari maksud perkataan itu menggunakan kamus dwibahasa .
    6.Sebagai seorang ketua pelajar , dia harus mendukung tanggungjawab yang besar .
    7.Kedai buku itu banyak menjual buku yang dihasilkan oleh para ilmuan .
    8.Datuk saya merupakan salah satu ahli persatuan bekas tentera .
    9.Penggunaan lebuh raya pada masa kini meningkat .
    10.Pengetua menyasarkan pencapaian yang cemerlang untuk peperiksaan pertengahan tahun ini .
    11.Saya telah dilantik sebagai jawatankuasa kelab itu .
    12.Izzati keliru sama ada hendak pergi ke rumah Amalin atau Yaani .
    13.Adik suka makan roti canai telur .
    14.Ayah berjalan kaki ke masjid .
    15.Ibu mengajar saya untuk berjimat cermat .
    16.Ali menjemput ayahnya di stesen bas .
    17.Kereta api merupakan pengangkutan awam pada masa kini .
    18.Mesyuarat agung akan diadakan di Dewan Mahadhir Hashim .
    19.Rumah saya terletak bersebelahan dengan ibu pejabat polis .
    20.Fadhil menerima kad undangan untuk ke majlis pernikahan rakannya .
    21.Sekolah saya mempunyai sebuah gelanggang serba guna .
    22.Abang tidak berkemahiran untuk melibatkan diri dalam bidang urus niaga saham .
    23.Amin menunaikan solat zuhur di masjid .
    24.Kami semua diberi cuti bersempena dengan pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi .
    25.Mi goreng ialah makanan kegemaran saya .
    26.Daud menjaga bapa mentuanya yang sakit di hospital .
    27.Prasekolah ialah sesi persekolahan sebelum ke sekolah rendah .
    28.Matematik merupakan mata pelajaran kegemaran saya .
    29.Nama nenek saya ialah Hajah Aminah .
    30.Ayah beristirahat di bawah pokok setelah penat membersihkan kawasan rumah .
    31.Kakak mempunyai kemahiran menghasilkan kraf tangan .
    32.Adik Atikah berambut kerinting .

    (SAYIDAH AFIFAH)

    ReplyDelete
  3. 1. emak memarahi adik kerana bermain di tepat yg berbahaya itu .
    2. majlis rasmi bagi majlis perlantikan watikah akan diadakan esok.
    3. majlis pelantikan pemimpin pelajar itu akn diadakan pada hari isnin.
    4. adik telah menyambut harijadinya yg ke-5 kelmarin.
    5. aku meminta adik menghulurkan kamus dwibahasa itu.
    6. aku terpaksa mendukung tanggungjawab sebagai pengawas.
    7. para ilmuan telah mengadakan perjumpaan di tempat biasa.
    8. persatuan bekas tentera itu akan membuat satu majlis ringkas.
    9. lebuh raya karak amat berbahaya.
    10. kerajan menyasarkan lebih satu juta akan digunakan untuk melaksanakan projek tersebut .
    11. ahli jawatankuasa masjid sentiasa menjalan kan tugas mereka .
    12. aku masia ragu2 sama ada mahu mengikut dia atau tidak.
    13. aku memesan 2 keping roti canai telur untuk sarapan pada pagi ini.
    14. masjid itu terletak beberapa kilo sahaja dari rumah saya.
    15. ibu selalu manasihati aku agar sentiasa berjimat cermat.
    16. aku menghantar kakak ke stesen bas .
    17. kereta api itu telah melaggar seorang budak lelaki sehingga mati.
    18. mesyuarat agung aitu akan diketuai oleh pengetua .
    19. ibu pejabat polis itu terletak 4 kilometer dari rumah saya..
    20. kad undangan perkahwinan itu dipandang sepi oleh kakak.
    21. kami menggunakan gelanggang serba guna untuk menjalani latihan bola baling.
    22. ayah saya terlibat dengan urus niaga saham baru baru ini.
    23. kami solat zuhur berimankan ustaz ibrahim.
    24. pilihan raya itu telah dimenangi oleh PAS di negeri Pahang.
    25. kami makan mi goreng untuk sarapan pada hari ini.
    26. aktiviti kokurikulum amat penting untuk maejamin kesihatan pelajar.
    27. aku terpaksa bermalam di rumah mentuaku kerana hujan lebat.
    28. setiap pagi aku menghantar adik aku ke prasekolah .
    29. juruukur itu mengukur panjang jambatan yang runtuh untuk dibaik pulih .
    30. saya amat menggemari mata pelajaran bahasa melayu.
    31. hajah aminah akan berpindah tidak lama lagi.
    32. kami beristirahat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
    33. kakak sibuk menyiapkan kraf tangan yang ditepah pelanggan.
    34. amirul ashraf mempunyai rambut kerinting.

    ReplyDelete
  4. 1. longkany itu sangat berbahaya,.
    2.majlis rasmi itu diadakan di dewan baru.
    3.majlis pelantikan pengawas itu diadakan pada hari ini.
    4.marwan menyambut hari jadinya yang ke-5
    5.Kamus dwibahasa itu sangat mahal.
    6.Ayah mendukung tanggungjawab yang berat sebagai ketua keluarga.
    7.Ilmuwan agama itu telah meninggal dunia
    8.Lebuh raya di Kuala Lumpur bermutu tinggi
    9.Persatuan bekas tentera mengadakan jamuan meraikan kemenangan yang diperoleh.
    10.SMSTMFP menyasarkan semua 'A' dalam peperiksaan PMR.
    11.Jawatankuasa itu persatuan iotu masih kosong.
    12.Mereka boleh memilih untuk tidur atau pengsan.
    13.Saya memesan roti canai telur.
    14.masjid itu baru dibina.
    15.Kita perlu berjimat cermat dalam membeli.
    16.Stesen bas itu amat penting untuk masyarakat.
    17.Syam menaiki kereta api.
    18.Mesyuarat agung diadakan di bilik mesyuarat.
    19.Ibu pejabat polis terletak di Kota Bharu.
    20.Amirul mengedar kad jemputan perkahwinannya.
    21.Gelanggangt serba guna itu ditutup hari ini.
    22. Perniagaan urus niaga saham di syarikat itu diserbu polis
    23.Nasuha sedang menunaikan solat zuhur bersama suaminya.
    24.Pilihan raya itu dimenangi pihak kerajaan.
    25. Mi goreng Mek ze amat sedap.
    26.Aktiviti kokurikulum dibatalkan.
    27.Nasuha amat sedih dengan perangai mentuanya itu.
    28. Adik saya masih di prasekolah.
    29.Juruukur itu ditangkap polis.
    30.Saya amat meminati mata pelajaran Sains.
    31.Hajah Aminah telah meninggal dunia.
    32.mereka istirahat di R&R Pengkalan Chepa.
    33.Kraf tangan itu dibuat oleh Encik Shahrul Nizam
    34.Budak itu berambut keriting.(Shahrul & Hazman)

    ReplyDelete
  5. 1.Selekoh brebahaya di hadapan
    2.Majlis rasmi utk menyambut perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna.
    3.Majlis perlatikan itu pengawas di sekolah itu telah dijalankan dengan lancar.
    4.Amin mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan melukis itu.
    5.Setiap pelajar perlu mempunyai kamus dwibahasa semasa kelas Bahasa Inggris
    6. Siapa yg mendukung tanggungjawab keatas anak yatim itu sekarang ?
    7.Abu merupakan seorang ilmuwan .
    8.Pak Samad merupakan ahli persatuan bekas tentera.
    9.kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan.
    10.Pihak pemasaran menyasarkan jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini.
    11.Ali memegang jawatan kuasa tertinggi di organisasi itu.
    12.Polis belum tahu sama ada mangsa itu mati dibunuh atau kemalangan.
    13.Anis makan roti canai telur di kedai Pok Sheik.
    14.Masjid itu siap dibina pada bulan lepas.
    15.Kita mestilah bersikap jimat cermat.
    16.Stesen bas tu sudah lama tidak digunakan sejak stesen bas baru dibuka.
    17.Abu pulang ke kampung nya menaiki kereta api.
    18.Pada hari rabu ini guru telah mengandakan mesyuarat agung PIBG.
    19.Ibu pejabat polis itu kelihatan baru setelah dicat.
    20.Kad undangan perkahwinan itu perlu diberi kepada semua orang yang dikenali.
    21.Perlawanan itu diadakan di gelanggang serba guna.
    22.Segala urus niaga saham akan dibincangkan pada mesyuarat pada petang ini.
    23.Semua kakitangan perlu ke berhenti berkerja seketika untuk menunaikan solat zuhur.
    24. Pilihan raya itu diadakan pada tarikh 5.5.2013
    25.Makanan kegemarannya adalah mi goreng.
    26. UPM akan memberi kredit lebih kpd beberapa aktiviti kokurikulum.
    27.Dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat mentua orang yg warak.
    28.Adik memasuki prasekolah pada esok hari.
    29.Abang berkerja sebagai juruukur.
    30.Ayah sangat mahir dengan mata pelajaran matemetik.
    31.Hajah Aminah sangat bagus menyelesaikan masalah matematik tambahan.
    32.Pak Ibrahim berhenti ber­istirahat di dalam gua.
    33.Pak Him sangat bagus dalam melakukan kraf tangan.
    34.Asiah menpunyai yang rambut keriting.


    DARIPADA NIK AMIRUL RABBANI

    ReplyDelete
  6. 1.Awas,selekoh berbahaya di hadapan.
    2.Pelajar-pelajar dikehendaki memakai baju kurung dan baju maleyu untuk majlis rasmi itu.
    3.Esok akand diadakan majlis pelantikan pengawas bertempan di Dewan Sultan Muhammad 5 .
    4.Ahmad merupakan anak ke-5 dalam keluarga itu.
    5.Adik telah membeli sebuah kamus dwibahasa.

    6.Ahli ilmuan itu sedang memberikan taklimat kepada semua peserta kursus itu.
    7.Persatuan bekas tentera telah mengadakan jamuan akhir tahun.
    8.Lebuh raya Utara-Selatan sesak disebabkan kenderaan berpusu-pusu balik ke kampung.
    9.Pihak kerajaan telah menyasarkan bajet 2013 kepada seluruh rakyat Malaysia.
    10.Saya telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa untuk persatuan itu.
    11.Dia harus memilih sama ada ingin ke Johor ataupun ke Penang.
    12.Saya telah membeli roti canai telur di kedai mamak itu.
    13.setiap malam ayah akan ke masjid untuk solat berjemaah.
    14.Jimat cermat adalah amalan murni.
    15.Setiap hujung minggu stesen bas itu akan sesak dengan kehadiran penumpang.
    16.Aina balik ke kampung dengan menaiki keretapi.
    17.Mesyuasrat agung PIBG akan diadakan pada minggu hadapan,
    18.Ayah bergegas ke ibu pejabar polis setelah menerima panggilan daripada pihak polis.
    19.Kad undangan perkahwinan itu telah diedarkan ke semua sahabat handai.
    20.Kami harus meminta izin daripada pihak atasan untuk menggunakan dewan serba guna itu.
    21.
    22.Solat Zuhur mempunyai 4 rakaat.
    23.Pilihan raya 2013 telah dimenangi oleh kerajaan Barisan Nasional.
    24.Mak sedang menghidangkan mi goreng kepada tetamu.
    25.Aktiviti kokurikulum itu dibatalkan.
    26.Ibu bapa mentua dia seorang yanh baik hati.
    27.Adik masih belajar di prasekolah itu.
    28.KAmil bekerja sebagai seorang juruukur.
    29.Nama guru mata pelajaran Bahasa Melayu sya Encik Azemi.
    30.Hajah Aminah seorang yang peramah.
    31.Samad beristirehat dibawah pokok jambu.
    32.Reka bentuk kraf tangan itu sangat menarik.
    33.Amirul berambut keriting.

    ReplyDelete
  7. malin .
    1 . jalan itu berbahaya untuk dilalui .
    2 . ayah memakai baju kot pada majlis rasmi itu .
    3 . maljis pelantikan itu telah diadakan di dewan sulatan muhammad ke-5 .
    4. ayah akan berkahwin untuk kali ke - 5 .
    5. kamus dwibahasa itu telah habis dijual .
    6 . perdana menteri malaysia mendukung tanggungjawab yang besar untuk memajukan negara .
    7 . ayah saya seorang ilmuan ..
    8 . ayah saya merupakan pengurus persatuan bekas tentera kelantan .
    9 . lebuh raya itu sedang dibaik pulih .
    10 . ayah menyasarkan saham pada tahun ini semakin menurun .
    11 . ahli jawatankuasa kelab seni diminta berkumpul di dewan mahadzir hasyim .
    12 . ibu bingung sama ada adik pergi ke sekolah atau tidak .
    13 . ayah memesan roti canai telur untuk adik .
    14 . masjid itu sedang dibaik pulih .
    15 . ibu berpesan kepada saya agar berjimat cermat semasa membeli sesuatu barang .
    16 . stesen bas itu sesak dengan orang ramai yang berpusu - pusu ingin pulang ke kampung halaman .
    17 . abang pergi ke kula lumpur dengan menaiki kereta api .
    18 . mesyuarat agung pibg sekolah akan diadakan pada hari sabtu minggu hadapan .
    19 . rumah saya berdekatan dengan ibu pejabat polis .
    20 . abang sibuk mengedarkan kad undangan majis perkahwinannya .
    21 . gelanggang serbaguna itu akan siap dibina pada tahun hadapan .
    22 . abang sibuk mengurus niaga saham.
    23 . ayah menunaikan solat zuhur di masjid kubang kerian .
    24 . pilihan raya pada tahun ini mempunyai ramai pencabar .
    25 . saya suka makan mi goreng .
    26 . kakak saya aktif dalam bidang kokurikulum .
    27 . daud menjaga bapa mentuanya di hospital .
    28 .adik saya belajar di prasekolah .
    29 . ayah saya bekerja sebagai juruukur di sebuah syarikat .
    30 . bahasa melayu merupakan mata pelajaran yang paling saya gemari .
    31 . hajah aminah seorang yang baik dan pemurah .
    32 . kami sekeluarga berhenti beristirehat di RNR .
    33 . abang saya bekerja di tempat kraf tangan . '
    34 . perempuan yang berambut kerinting itu baik orangnya .

    ReplyDelete
  8. 1.Rushan tidak membenarkan suaminya melalui jalan yang berbahaya itu .
    2.Ramai orang hadir ke majlis rasmi itu setelah mendap undangan dari Encik Mawardi .
    3.Majlis Pelantikan itu dimulakan dengan acara kawad kaki .
    4.Aziz mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan menulis novel yang baru diadakan baru-baru ini .
    5.Buku rujukan yang baru dibeli Mael menggunakan dwibahasa .
    6.Roslan mendukung tanggungjawab yang besar dalam keluargannya .
    7.Shahiran merupakan ilmuwan yang berjaya .
    8.Uncle Ang merupakan bekas tentera Sabah .
    9.Rajab melalui lebuh raya itu dengan berhati-hati .
    10.Amir menyasarkan 3 butir pingat emas dalam acara yang dipertandingkan hari ini .
    11.Jawantankuasa persatuan Bomba itu dikehendaki membersihkan
    kolam .
    12.Din dikehendaki memilih sama ada Jenab atau Kiah untuk dikahwini .
    13.Roti canai telur yang dibuak Pak Sid sungguh enak .
    14.Pelajar-pelajar itu selalu tidur di dalam masjid .
    15.Jaffar seorang yang berjimat cermat .
    16.Rusli berdiri di stesen bas selama sejam .
    17.Budin seorang pemandu kereta api yang berhemah .
    18.Mesyuarat agung itu bermula pada pukul 10 pagi .
    19.Aini mendapat kad undangan daripada kawan lamanya .
    20.Nik Mat bermain badminton di gelanggang serba guna itu .
    21.Urus niaga saham itu berjalan dengan lancar
    22.saya telah solat Zuhur .
    23.Pilihan raya itu dimenangi oleh PAS <3 .
    24.Mat Do suka makan mi goreng .
    25.Madi merupakan pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum .
    26.Awang pergi menjumpai mentuanya .
    27.Pok Ya mengajar di prasekolah .
    28.Rosli merupakan juruukur rumah saya .
    29.Marwan mendapat gred E+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu .
    30.Hajah Aminah bekerja sebagai seorang guru .
    31.Aiman beristirahat di bawah pokok itu .
    32.Kraf tangan yang dibuat Pak Mat sungguh unik .
    33.Anak Yusof berambut kerinting .

    ReplyDelete
  9. 1. kimia tersebut amat berbahaya
    2. setiap bulan,syarikat Am Leong akan mengadakan majlis rasmi
    3.majlis pelantikan itu akan diadakan secepat mungkin.
    4. ulang tahbun ke-5 adik bongsu saya akan diraikan di sebuah restoran esok.
    5.soalan peperiksaaan itu dalam dwibahasa
    6. aiman mendukung tanggungjawab yang amat besar semenjak menjadi seorang ayah
    7.Ibnu Sina dikenali sebagai tokoh ilmuwan yang tersohor dengan kebijaksanaannya
    8.ayah saya merupakan ahli persatuan bekas tentera
    9.lebuh raya tersebut dinaiki air banjir minggu lalu.
    10.sekolah saya menyasarkan keputusan yang cemerlang pada tahun ini.
    11.ahli jawatankuasa yang telah dilantik mestilah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
    12.ayah tidak kisah sama ada abang mahu pulang atau tidak,dia mesti patuh akan arahan ayah
    13.roti telur pak cik ahmad sungguh enak.
    14.masjid kampung air akan dibina secepat mungkin
    15.jimat cermat amalan mulia.
    16.stesen bas ipoh terletak jauh dari kediaman saya.
    17.kereta api itu terbabas kerana hilang kawalan.
    18.mesyuarat agung akan diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara itu.
    19.ibu pejabat polis itu terlalu sibuk.
    20.kad undangan perkahwinan artis itu sangat unik.
    21. gelanggang serba guna itu kan dibina bulan hadapan.
    22.urus niaga saham semakin digemari ramai.
    23.rambut ayah amat keriting
    24.kedai kraf tangan ibu dikunjungi ramai orang.
    25.pilihan raya kali ini masih kekal dengan pentadbiran BN.
    26.mi goreng mamak digemari oleh adik.
    27.ibu memerlukan istirahat yang cukup.
    27.hajah aminah ialah wanita yang peramah.
    28.juruukur itu amat kacak.
    29.adik akan menginjak alam prasekolah.
    30.mentua saya amat baik.
    31.kokurikulum merupakan aspek yang penting.
    32. Hanif belum menunaikan solat zuhur.
    EVA NATHASIA ANG :)

    ReplyDelete
  10. 1.penganas itu sangat berbahaya.
    2
    3.majlis pelantikan pengawas diadakan di dewan.
    4.Amin telah mendapat tempat ke-5 dalam acara merentas desa.
    5.Ahmad telah membeli buku rujukan yang menggunakan dwibahasa.
    6.sebagai anak,kita harus mendukung tanggungjawab menjaga ibu bapa kita.
    7.ilmuwan yang belajar di luar negara itu telah pulang ke kampung halaman.
    8.persatuan bekas tentera akan mengadakan mesyuarat di kem tentera.
    9.afiq tidak melalui lebuh raya kerana kesesakkan lalu lintas.
    10.Adi menyasarkan tiga keping pingat dalam acara yang dipertandingkan.
    11.Jawatankuasa itu telah disandang oleh Amin.
    12.Alam dikehendaki memilih Senah atau Jannah untuk dijadikan pasangan hidup.
    13.Awie sangat menyukai roti canai telur.
    14.Samir selalu solat di masjid.
    15.azlisham seorang yang berjimat cermat.
    16.Afiq selalu menunggu ibu bapanya di stesen bas.
    17.Azizi akan menaiki kereta api untuk pulang ke kampung.
    18.mesyuarat agung akan dimulakan pada pukul 9 pagi.
    19.Ibu pejabat polis terletak di Pengkalan Chepa.
    20.Fikri mendapat kad undangan majlis perkahwinan daripada rakannya.
    21.Gelangang serba guna itu digunakan untuk bermain bola.
    22.urus niaga saham itu berjalan lancar.
    23.Amin menunaikan solat zuhur di masjid.
    24.Pilihan raya itu dimenangi pihak kerajaan.
    25. kami makan mi goreng untuk sarapan pada hari ini.
    26. aktiviti kokurikulum amat penting untuk maejamin kesihatan pelajar.
    27.Prasekolah ialah sesi persekolahan sebelum ke sekolah rendah .
    28.Matematik merupakan mata pelajaran kegemaran saya .
    29.Juruukur itu ditangkap polis.
    30.Saya amat meminati mata pelajaran Sains.
    31.Hajah Aminah telah meninggal dunia.
    32. kami beristirahat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
    33. kakak sibuk menyiapkan kraf tangan yang ditepah pelanggan.
    34.Budak itu berambut keriting.
    (Aqil)

    ReplyDelete
  11. berbahaya

    1.Selekoh yang tajam itu amat berbahaya kepada para pengguna jalan raya.

    majlis rasmi

    2.Majlis rasmi itu dihadiri oleh tetamu VVIP.

    majlis pelantikan


    3.Majlis pelantikan pengawas pada hari ini berjalan dengan lancar.

    ke-5

    4.Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-5 berlangsung dengan penuh meriah.

    dwibahasa

    5.Saya membeli kamus dwibahasa Melayu itu di Pustaka Seri Intan.

    mendukung tanggungjawab

    6.Kedua ibu bapa mendukung tanggungjawab yang penting dalam mendidik anak-anak.

    Ilmuwan

    7.Para ilmuwan sedang memberi taklimat mengenai cara menjadi pemimpin yang berjaya

    persatuan bekas tentera

    8.Persatuan bekas tentera mengadakan jamual amal di Balai Raya.

    lebuh raya

    9.Lebuh raya Karak merupakan lebuh raya yang paling banyak meragut nyawa pengguna jalan raya.

    menyasarkan

    10.Perdana menteri menyasarkan bajet 2013 kepada seluruh rakyat.

    jawatankuasa

    11.Ahli jawatankuasa mengadakan mesyuarat di bilik gerakan.

    sama ada

    12.Ali tidak tahu sama ada perkara itu benar atau bohong.

    roti canai telur

    13.Farah memesan roti canai telur kepada pelayan.

    masjid

    14.Masjid itu ditubuhkan sejak tahun 1928 lagi.

    jimat cermat

    15.Para pelajar hendaklah berjimat untuk kesenangan masa hadapan.

    stesen bas

    16.Ayah menghantar kakak ke stesen bas.

    kereta api

    17.Kakak menaiki kereta api untuk pergi ke Kuala Lumpur.

    mesyuarat agung

    18.Mesyuarat agung PIBG kali ke-9 itu diadakan di Dewan Bestari.

    ibu pejabat polis

    19.Bangunan Ibu pejabat polis daerah Gombak sangat besar.

    kad undangan

    20.Alisya menyerahkan kad undangan itu kepada saya.

    urus niaga saham

    21.Urus niaga saham semakin rancak di pasaran.

    zuhur

    22.Kami menunaikan solat fardhu zuhur secara berjemaah.

    pilhan raya

    23.Plihan raya kali ke-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013.

    mi goreng

    24.Saya memesan mi goreng untuk sarapan pagi.

    kokurikulum

    25.Aktiviti kokurikulum amat penting kerana dapat menyihatkan tubuh badan kita.

    mentua

    26.Bapa mentua Sarah amat baik orangnya.

    prasekolah

    27.Ibu menghantar adik ke prasekolah.

    juruuukur

    28.Juruukur itu sedang mengukur bahan yang diperlukan.

    mata pelajaran

    29.Guru mata pelajaran Matematik saya ialah Puan Zahariah.

    Hajah Aminah

    30.Hajah Aminah merupakan seorang ibu yang penyayang.

    istirahat

    31.Pak Abu sedang beristirahat di bawah pohon jambu itu.

    kraf tangan

    32.Kraff tangan yang dihasilkan disitu amat unik.

    rambut keriting

    33.Adik mempunyai rambut keriting sejak dari kecil lagi.

    Disediakan oleh Nur Izzati Rusli 3 Delta




    ReplyDelete
  12. 1. Selekoh itu amat berbahaya.
    2.Majlis Rasmi itu dihadiri oleh Perdana Menteri.
    3.Majlis pelantikan itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan.
    4.Walaupun hanya mendapat tempat ke-5. namun Ali berasa sangat bangga dengan pencapain yang diperolehnya itu.
    5.Kamus dwibahasa itu dihadiahkan kepada Ahmad sempena hari ulang tahunnya.
    6.Pengetua sekolah .itu mendukung tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.
    7.Ilmuwan itu menambah pengetahuan melalui aktiviti pembacaan.
    8.Persatuan bekas tentera itu menganjurkan sebuah jamuan untuk mengeratkan lagi hubungan setelah sekian lama terpisah.
    9.Lebuh raya itu ditutup buat sementara waktu untuk proses pembaikpulih jalan.
    10.Perdana Menteri menyasarkan bajet 2013 dapat membantusemua penduduk.
    11.Pemilihan jawatankuasa bagi Kelab Bahasa Melayu dipilih berdasarkan undian ahli-ahli kelab.
    12.Jamilah berasa keliru untuk memilih samada Jamil atau Abu untuk dijadikan calon suaminya.
    13.Roti canai telur yang dibeli oleh ayah semalam telah basi.
    14.Masjid Kampung Besi itu amat besar dan juga dilengkapi pelbagai kemudahan asas.
    15.Kakak saya seorang yang jimat cermat.
    16.Tandas dan musalla di stesen bas itu sangat kotor.
    17.Amalin balik ke Gua Musang dengan kereta api.
    18.Mesyuarat agung itu hanya dihadiri oleh sebahagian kecil ibu bapa.
    19.Ibu pejabat polis terletak di Kota Bharu.
    20.Kad undangan perkahwinan aina telah mula diedarkan kepada rakan-rakan dan sanak-saudaranya.
    21.Kejohanan badminton antara sekolah telah diadakan di gelanggang serba guna.
    22.Urus niaga saham itu telah berjalan dengan lancar.
    23.Amin menunaikan solat zuhur terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
    24.Calon pilihan raya itu telah keluar berkempen.
    25.adik menyuruh ibu memasak mi goreng kegemarannya.
    26.Aktiviti kokurikulum pada minggu ini telah dibatalkan.
    27.Najiha telah pulang ke rumah mentuanya pada minggu lepas
    28.adik telah didaftarkan ke prasekolah.
    29.Izzati bekerja sebagai seorang juruukur
    30.mata pelajaran kegemaran saya ialah Matematik
    31.Hajah Aminah pergi ke pasar untuk membeli sayur-sayuran.
    32.wani telah berhenti di tempat istirahat itu
    33.Hasil kraf tangan itu amat cantik sekali.
    34.budak itu berambut keriting.

    radhiah 3 delta

    ReplyDelete
  13. 1.Binatang buas itu sungguh berbahaya. 2.Majlis rasmi yang diadakan oleh perdana menteri itu berjalan dengan lancar. 3.Majlis pelantikan pengetua baharu di sekolah itu akan diadakan pada minggu hadapan. 4.Hari ini merupakan hari jadi Ahmad yang ke-5. 5.Kamus itu merupakan kamus dwibahasa. 6.Perdana menteri itu mendukung tanggungjawab yang besar. 7.Amran merupakan seorang ilmuan. 8.Persatuan bekas tentera itu mendapat penghormatan daripada rakyat jelata. 9.Lebuh raya itu sangat sesak. 10.Syarikat Muda Osman menyasarkan keuntungan yang besar pada tahum 2013. 11.Ahli jawatankuasa itu dipecat kerana menrima rasuah daripada orang luar. 12.Azman perlu memilih sama ada hendak melanjutkan pelajaran ke universiti ataupun tidak. 13.Karim memesan roti canai telur di kedai mamak itu. 14.Ayah pergi sembahyang zuhur di masjid. 15.Amin merupakan seorang yang jimat cermat. 16.Amri sedang menunggu ibunya di stesen bas. 17.Hazim pulang ke kampung dengan menaiki kereta api. 18.Ketua kampung itu akan mengadakan mesyuarat agung pada esok hari. 19.Mardi melaporkan kes kecurian di ibu pejabat polis. 20.Ibu menerima kad undangan ke majlis kahwin. 21.Aiman sedang bermain bola di gelanggang serba guna. 22.Urus niaga saham syarikat itu diserahkan kepada Encik Amid. 23.Ibu sedang sembahyang zuhur. 24.Pilihan raya itu berjalan dengan lancar. 25.Razali merupakan bapa mentua Azli. 26.Ali masih berada di prasekolah. 27.Jurukur itu telah menyiapkan kerjanya. 28.Ajim lemah dalam mata pelajaran matematik. 29.Hajah Aminah baru pulang dari kota. 30.Subaidah sedang istirahat di rumah. 31.Ibu saya pandai membuat kraf tangan. 32.Budak itu berambut kerinting

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts