WATAK SUKMA...!

NOVEL 6:20
WATAK DAN PERWATAKAN

  • SUKMA
WATAK:
1. Seorang gadis berusia 19 tahun.
2. Pelajar sebuah pusat pengajian tinggi tempatan dalam bidang Sains Politik.
3. Anak tunggal kepada pasangan Tuan Hj. Syaqir (seorang pemimpin masyarakat) dengan Pn. Delia.
PERWATAKAN:-
1. Seorang yang prihatin 
- Beliau prihatin akan tetamu yang tidak diundang berkunjung ke rumahnya jam 6:20 pagi iaitu seorang wanita tua, seorang lelaki berpakaian lusuh dan seorang kanak-kanak. Sukma menganggap mereka memerlukan bantuan.
2. Seorang yang tegas
- Sukma sering mempertahankan pendiriannya apabila bersemuka dengan Iskandar yang kuat berpegang kepada pemikiran Barat.
3. Seorang yang rajin dan bijaksana
- Sukma rajin membaca buku dan pendapatnya sering diminta oleh Profesor Darul, iaitu pensyarahnya di Fakulti Sains Politik.
4. Seorang yang penyayang
- Sukma amat menyayangi ibu bapanya yang begitu mengambil berat terhadapnya. Beliau begitu sedih melihat perubahan yang berlaku terhadap ibunya.
5. Seorang yang mudah simpati
- Sukma amat simpati dengan sesiapa yang berada dalam kesusahan. Sukma menangis ketika melawat Ehsan yang terbaring kesakitan kerana menderita penyakit kulit dan jantung.
6. Seorang yang setia kawan
- Sukma cuba membantu Jerry yang telah terperangkap dengan kumpulan WX2 yang cuba memesongkan pemikiran golongan muda.

Comments

Popular Posts