ASPEK SASTERA KOMSAS...!


ASPEK SASTERA DALAM KOMSAS

TEMA:-
  • Tema ialah idea utama yang mengawal sesebuah karya sama ada disampaikan secara langsung atau tidak langsung.
  • Idea ialah buah fikiran atau gagasan pengarang dan merupakan tunjang kepada sesebuah karya.
  • Tema yang dipilih akan menjadi panduan kepada penulis untuk memilih bahan dalam cerita, menyusun dan memantapkan cerita.
  • Biasanya tema sesebuah karya itu tidak dapat dikesan sehingga selesai ceritanya itu dibaca.
PERSOALAN:-
  • Persoalan ialah peristiwa-peristiwa yang digarapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya.
PLOT:-
  • Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah karya yang pertaliannya dengan gerak laku fizikal dan rohani sesuatu watak.
  • Plot memaparkan aksi dan sebab aksi itu terjadi.
  • Aksi yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan antara satu sama lain.
  • Plot berkemungkinan disusun secara kronologi ataupun tidak kronologi.
WATAK:-
  • Watak ialah pelaku atau pelakon dalam sesebuah karya.
  • Watak tidak semestinya manusia, tetapi juga boleh terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan unsur alam.
PERWATAKAN:-
  • Perwatakan ialah sifat-sifat luaran dan dalaman yang disorotkan melalui perasaan, tindakan,pemikiran dan fizikal seseorang watak.
  • watak terbahagi kepada watak utama, watak sampingan, watak bulat, pipih, jahat, putih dan sebagainya.
LATAR:-
  • Latar masa - waktu atau temph masa sesuatu peristiwa berlaku (pagi, petang, siang, malam dll)
  • Latar tempat - di mana sesuatu peristiwa itu berlaku (rumah, sekolah, pejabat, sawah, jalan dll)
  • Latar masyarakat - keadaan masyarakat di tempat berlaku sesuatu peristiwa (masyarakat desa, bandar, tentera, pelajar IPT dll)
NILAI:-
  • Penyerapan nilai murni dalam pendidikan komsas adalah untuk melahirkan insan yang memiliki akhlak yang mulia.
  • Nilai murni, antaranya:-
  1. Baik hati
  2. Berdikari
  3. Hemah tinggi
  4. Hormat-menghormati
  5. Kasih sayang
  6. Keadilan
  7. Kebebasan
  8. Keberanian
  9. Kebersihan fizikal dan mental
  10. Kejujuran
  11. Kerajinan
  12. Kerjasama
  13. Kesederhanaan
  14. Kesyukuran
  15. Patriotisme
  16. Rasional
  17. Semangat bermasyarakat
  • Nilai masyarakat - ialah nilai yang baik dan nilai yang buruk yang terdapat dalam masyarakat.
PENGAJARAN:-
  • Amanat yang mahu disampaikan oleh pengarang melalui karyanya.
  • Ungkapan pengajaran biasanya dimulakan dengan; kita hendaklah.... kita mestilah......
GAYA BAHASA:-
  • Unsur Bahasa
  1. Gaya bahasa perbandingan (simile, personifikasi, metafora, hiperbola....)
  2. Gaya bahasa perulangan (repitisi, anafora, epifora...)
  3. Penggunaan diksi, struktur ayat berestetik
  • Unsur Bunyi
  1. Aliterasi
  2. Asonansi
  3. Rima

Comments

Popular Posts