CAKAP AJUK - CAKAP PINDAH...!

AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH
  • Ayat cakap ajuk ialah ayat yang mengajuk atau meniru percakapan yang diucapkan seseorang.
  • Ayat cakap ajuk menggunakan tanda petik ".........".
  • Ayat cakap pindah ialah asalnya ayat cakap ajuk yang ditukarkan bentuknya.
  • Walaupun bentuk ayat cakap pindah berbeza daripada ayat cakap ajuk, namun maksud asalnya tidak berubah.
  • Apabila menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan sebaliknya, sesetengah perkataan akan bertukar. Lihat jadual di bawah.
GOLONGAN
AYAT CAKAP AJUK
AYAT CAKAP PINDAH


Kata Ganti Nama Diri
Aku, saya
Kami
Beta
Awak, kamu
Kamu semua
Dia
Mereka
Baginda
Dia, -nya
mereka
Kata Ganti Nama Tempat
Sini
Sana, situ
Kata Ganti Nama Tunjuk
Ini
itu


Kata Keterangan Masa
Sekarang
Malam tadi
Semalam
Hari ini
esok
Masa itu
Malam yang lepas
Hari semalamnya
Hari itu
Keesokan harinya
Kata Keterangan Cara
begini
begitu

CONTOH AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH
Bil
AYAT CAKAP AJUK
Bil
AYAT CAKAP PINDAH
1
Saya tinggal di PCB,” kata Ali kepada Abu.
1
Ali memberitahu Abu bahawa dia tinggal di PCB
2
“Bilakah pertandingan ini akan tamat? Ani bertanya kepada Ayu.
2
Ani bertanya kepada Ayu bila pertandingan itu akan tamat.
3
Kata Aji kepada Lee, “saya belum makan.”
3
Aji memberitahu Lee bahawa dia belum makan.
4
“Mari kita ke taman.” Kata Mat kepada Bo.
4
Mat mengajak Bo pergi ke taman.
5
“Berikan buku ini kepada Cikgu Mat,” kata Siti kepada Nur.
5
Siti berpesan kepada Nur agar memberikan buku itu kepada Cikgu Mat.
6
Ali: “Bolehkan saya duduk di sini Abu?”
6
Ali bertanyakan Abu sama ada dia boleh duduk di situ.
7
“Mop lantai dapur,” kata Abu kepada isterinya.
7
Abu menyuruh isterinya mengemop lantai dapur.

Comments

Post a Comment

Popular Posts