PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 11 July 2013

CERPEN MEMORI SEORANG TUA...!


MEMORI SEORANG TUA
Karya Zahari Affandi

SINOPSIS:-
Pak Itam pejuang kemerdekaan yang berjuang untuk memajukan bangsa dan negaranya. Pak Itam sering dipenjarakan oleh penjajah. Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-85, Pak Itam bercadang untuk mengadakan kenduri. Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung diberikan tanggungjawab untuk menguruskan majlis tersebut. Dalam pada itu, Pak Itam mengimbas beberapa peristiwa silam, termasuk perpisahannya dengan keluarganya. Pada hari yang dinantikan itu, majlis Pak Itam hanya dihadiri oleh penduduk kampung itu. Pak Itam berasa kecewa kerana perjuangannya selama ini telah dilupakan. Tiba-tiba suasana menjadi kecoh apabila Pak Itam didapati terbaring di atas sejadah semasa bersembahyang Zuhur. Pak Itam meninggal dunia. Pada masa yang sama, orang ramai hairan apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenali meletakkan sejambak bunga ros merah di hujung kaki Pak Itam sebelum meninggalkan rumah itu.

TEMA:-
Semangat patriotik

PERSOALAN:-
  • Jasa dan pengorbanan tokoh pejuang yang ingin membebaskan anak bangsa daripada penjajah.
  • Perpisahan pejuang dengan keluarga.
  • Sikap masyarakat yang mudah lupa akan jasa pejuang kemerdekaan.
  • Sikap menghormati dan prihatin terhadap orang tua-tua.
  • Amalan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan.
(sambungan selepas ini)


No comments:

Post a Comment

PROMOSI III