PENAJA

RAKAN ILMU

Monday, 15 July 2013

ESEI: CONTOH JAWAPAN ESEI 2008...!

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008
Kertas I
Bahagian B [ 100 markah ]

Soalan no. 5: Dimensi sastera

Yang kurik itu kundi,
     Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
     Yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia.
Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

CONTOH JAWAPAN:

     Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan telah melancarkan dan menggerakkan jentera kempen Budi Bahasa Budaya Kita di peringkat kebangsaan. Kempen ini diwara-warakan melalui pelbagai media sama ada media elektronik mahupun media cetak. Kempen yang mungkin menelan belanja yang bukan sedikit ini juga digerakkan melalui pelbagai jabatan kerajaan di peringkat pusat dan negeri bertujuan murni bagi menyemaikan dan memupuk budaya berbudi bahasa dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa di negara kita. Negara maju yang menjadi impian tidak akan membawa apa-apa makna jika masyarakat dan rakyat Malaysia meletakkan amalan berbudi bahasa di takuk yang paling bawah.
Pelbagai kepentingan amalan berbudi bahasa yang dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat.

     Amalan berbudi bahasa menjadi teras mapan kepada pembentukan semangat perpaduan antara kaum yang padu di negara kita. Seperti diketahui umum, negara Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memiliki rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, mengamalkan pelbagai cara hidup dan budaya serta menganut pula pelbagai agama dan kepercayaan tapi mampu hidup bahu-membahu dalam suasana yang aman dan makmur. Kita ambil satu contoh atau dalil yang mudah, jika setiap ahli masyarakat yang membentuk entiti kependudukan negara ini mengamalkan budi bahasa ketika berkomunikasi, maka tidak akan ada sesiapa yang akan tergores perasaannya. Maka tidak ada ada perasaan benci-membenci. Maka tidak akan ada syak wasangka antara kaum. Situasi ini akan lebih mendorong masyarakat saling memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.

     Jabatan kerajaan terutamanya yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat jika pegawai-pegawainya menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai teras dalam perkhidmatan, maka segala urusan rasmi ataupun tidak rasmi akan menjadi lebih lancar. Seseorang yang sedang menghadapi kesulitan dan berurusan dengan kakitangan kerajaan akan berasa lebih selesa jika dirinya dilayan dengan sopan serta berbudi bahasa. Masalah serta kesulitan yang membelenggunya selama ini akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk diselesaikan melalui pengamalan sikap berbudi bahasa oleh kakitangan kerajaan.

Antara idea lain ialah:-
  • Amalan berbudi bahasa merupakan cerminan diri seseorang.
  • Amalan budi bahasa mampu mengeratkan hubungan diplomatik antara dua buah negara.
  • Amalan budi bahasa mampu merancakkan industri pelancongan negara dengan menungkatnya jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik.


1 comment:

PROMOSI III