ESEI: SUMBANGAN MASYARAKAT MENGATASI KES DERA...!


IDEA-IDEA PENTING:-
  • Paling penting anggota masyarakat perlu sedar dan menginsafi betapa sengsaranya mangsa dera sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
  • Masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan melaporkan kes dera yang berlaku dengan seberapa segera.
  • Pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih besar iaitu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dalam menangani kes dera.
  • Keluarga yang merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat perlu diperkasakan terlebih dahulu. - kes dera berpunca daripada institusi keluarga.
  • Setiap anggota masyarakat perlu memiliki kesedaran yang tinggi tentang bahaya kes dera dan sentiasa bertanggungjawab memastikan kes dera tidak berlaku di dalam kawasan kejiranan masing-masing.
  • Menubuhkan badan sukarela peringkat kawasan seperti Rukun Tetangga untuk mengawasi dan memantau keselamatan kawasan kampung, kediaman, taman perumahan dan lain-lain.
  • Anggota masyarakat mestilah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi.
  • Masyarakat perlu sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa.
  • Membantu pihak polis dalam menjalankan gerakan antijenayah dan menjadi ahli 'Rakan Cop'.
  • Masyarakat perlu menubuhkan badan kebajikan setiap kawasan kejiranan agar dapat membantu kanak-kanak mangsa dera.
  • Peranan badan agama setempat, misalnya dalam usaha menyedarkan pelaku bahawa penderaan itu jenayah yang tidak berperikemanusiaan.
  • Kes dera kadang-kadang berpunca daripada masalah kesempitan hidup, keruntuhan institusi keluarga, jadi anggota masyarakat patut berusaha membantu mengurangkan masalah kemiskinan dan perpecahan keluarga.
  • Kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu sering dilaksanakan.
  • Menubuhkan pusat jagaan anak yatim, anak terbiar dan anak miskin.
  • Anggota masyarakat mestilah saling menasihati.
  • Golongan ibu bapa muda perlu menghadiri kursus keibubapaan.
  • Amalan seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing tidak patut diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Comments

Popular Posts