KATA GANTI NAMA TAK TENTU...!

Kata ganti nama tak tentu (KGNTT) sering dipandang sepi oleh pengguna bahasa. Mereka biasanya menggunakan kata ganti nama tanya (KGNT)  di tempat yang sepatutnya mereka menggunakan kata ganti nama tak tentu. Hal ini akan menyebabkan penggunaan kata ganti nama tersebut tidak gramatis.

Kata ganti nama tanya (KGNT):-
  • apa...?
  • siapa...?
  • mana...?
  • bila....?
Kata ganti nama tak tentu (KGNTT):-
  • apa-apa
  • siapa-siapa/sesiapa
  • mana-mana
  • bila-bila
CONTOH PENGGUNAAN KGNT YANG TIDAK GRAMATIS
  • Makanlah apa yang kamu mahu. SEPATUTNYA Makanlah apa-apa yang kamu mahu.
  • Siapa yang layak akan dimaklumkan. SEPATUTNYA Sesiapa yang layak akan dimaklumkan.
  • Duduklah mana tempat yang kamu suka. SEPATUTNYA Duduklah mana-mana tempat yang kamu suka.
  • Awak boleh datang bila masa SEPATUTNYA Awak boleh datang bila-bila masa.

Comments

Popular Posts