KATA MAJMUK...!

Proses pemajmukan kata ialah proses merangkaikan dua patah kata dasar atau lebih untuk membentuk kata majmuk yang membawa makna baharu.
Kata majmuk dieja secara terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah kata majmuk yang dieja secara bercantum, namun jumlahnya hanyalah sedikit sahaja.

CONTOH KATA MAJMUK YANG DIEJA BERCANTUM
  • antarabangsa
  • bumiputera
  • kakitangan
  • olahraga
  • setiausaha
  • suruhanjaya
  • tanggungjawab
  • pesuruhjaya
  • beritahu
  • jawatankuasa
  • kerjasama
  • matahari
  • sukarela
  • tandatangan
  • warganegara
CONTOH KATA MAJMUK YANG DIEJA TERPISAH
  • jalan raya
  • mata pelajaran
  • guru besar
  • kereta api
  • kapal terbang
  • batu kapur
  • air hujan
  • segi tiga
  • reka bentuk
  • lut sinar
  • atur cara
  • urus setia
  • ubah suai
  • kemas kini
  • hak milik
  • alat tulis
  • tengah hari
  • gambar rajah
  • bandar raya
  • cari gali
  • kraf tangan
  • urus niaga

Comments

  1. Anas 4A
    Beritahu: Tolong beritahu Muzafar bahawa ayahnya sedang menunggunya di masjid.
    Kemas kini: Sila kemas kini fail kamu setiap hujung bulan.
    Ubah suai: Pelan rumah yang asal telah saya ubah suai sebelum memberinya kepada kontraktor berkenaan

    ReplyDelete
  2. Muhammad Amir Idris Mohd Azran
    Bina ayat daripada perkataan yang diberi:

    1. Beritahu

    =Saya beritahu ayah bahawa mesyuarat PIBG sekolah akan diadakan pada hari ahad minggu hadapan supaya dia dapat menghadirkan diri.


    2. Kemaskini

    =Kemaskini data berkenaan kemasukan pelajar baharu perlulah dilakukan oleh setiap guru kelas secepat mungkin supaya dapat memudahkan pihak pengurusan sekolah mengakses segala maklumat murid.

    3.Ubah suai

    =Ubah suai pondok pengajian lama itu telah dilakukan dengan jayanya hasil perpaduan yang utuh antara para penduduk yang telah memberi sedikit sebanyak dana dalam melancarkan projek ini.

    ReplyDelete
  3. 1. Beritahu
    = Makluman tentang lawatan kelab sejarah ke Melaka telah saya beritahu kepada ahli kelab yang lain.
    2. Kemas kini
    = Permohonan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah saya kemas kini.
    3. Ubah suai
    = Projek kraf tangan itu telah kami ubah suai menggunakan barangan terpakai.

    Nurizzah Aqilah 4A

    ReplyDelete
  4. Sophia iman bt zaharani (4 Alpha)

    1) Kerja ubah suai rumah saya dijangka siap pada hujung bulan ini.
    2) Sila kemaskini semula fail maklumat peribadi kamu di pejabat.
    3) Tolong beritahu adik supaya jangan bermain di kawasan semak-samun.

    ReplyDelete
  5. 1.Beritahu
    -Tolong beritahu ayah bahawa saya akan ke pasar selepas ini
    2.Kemas kini
    -Blog itu saya kemas kini dengan info-info baharu setiap minggu
    3.Ubah suai
    -Sususunan meja di kelas itu kami ubah suai kerana susunan sebelum ini agak tidak teratur

    ReplyDelete
  6. Najla Shahida Roslan

    1) Tolong beritahu ayah tentang pemergian ibunya pada awal pagi tadi.
    2) Akaun laman sosial itu telah saya kemaskini setelah sekian lama tidak menggunakannya.
    3) Kerja-kerja ubah suai banglo datuk sedang dijalankan oleh kontraktor yang terkenal itu.

    ReplyDelete
  7. Munirah Nur Arzlinie 4 Alpha
    1. “Sebentar lagi , ayah akan sampai ke rumah”, beritahu ibu kepada adik .
    2. ”Sila kemas kini data dan biodata murid sebelum hari Ahad ini”, arah guru besar kepada guru-guru.
    3. Buku nota itu telah saya ubah suai pada minggu lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. " ........,"
      2. betul
      3. belum jelas penggunaan

      Delete

Post a Comment

Popular Posts