LAGI EJAAN...!


Isu remeh seperti ejaan masih menjadi masalah besar kepada sesetengah pengguna bahasa Melayu. Sungguhpun hal ini merupakan isu yang terpinggir, namun pasti boleh menimbulkan  pelbagai masalah. Hanya segelintir perkataan bahasa Melayu yang masih disalahejakan, antaranya:-
  • menyintai SEPATUTNYA mencintai
  • mensasar SEPATUTNYA menyasar
  • menyonteng SEPATUTNYA menconteng
  • mencincang SEPATUTNYA mencencang
  • ganggang SEPATUTNYA gagang
  • tersandung SEPATUTNYA tersadung
  • beserta SEPATUTNYA berserta
  • merbahaya SEPATUTNYA berbahaya
  • mengenengahkan SEPATUTNYA mengetengahkan
  • sosio-ekonomi SEPATUTNYA sosioekonomi
  • pra-universiti SEPATUTNYA prauniversiti
  • aturcara SEPATUTNYA atur cara
  • tips SEPATUTNYA tip
  • atlit SEPATUTNYA atlet
  • mendokong SEPATUTNYA mendukung
  • jawatan kuasa SEPATUTNYA jawatankuasa
  • mengguris SEPATUTNYA menggores
  • kontingen SEPATUTNYA kontinjen
  • analisa SEPATUTNYA analisis
  • Hajjah SEPATUTNYA Hajah
  • mententeram SEPATUTNYA menenteram
  • ilmuan SEPATUTNYA ilmuwan
  • mesjid SEPATUTNYA masjid
  • Ramadhan SEPATUTNYA Ramadan
  • menghad SEPATUTNYA mengehad
  • mewar-warkan SEPATUTNYA menguar-nguarkan
  • ke-V SEPATUTNYA ke V
  • ubahsuai SEPATUTNYA ubah suai
  • mertua SEPATUTNYA mentua
  • juru terbang SEPATUTNYA juruterbang
  • minima SEPATUTNYA maksimum
  • mempastikan SEPATUTNYA memastikan
  • istirehat SEPATUTNYA istirahat
  • kekanda SEPATUTNYA kakanda
  • bistari SEPATUTNYA bestari
  • memperolehi SEPATUTNYA memperoleh
  • memperindahkan SEPATUTNYA memperindah
  • memperkasa SEPATUTNYA memerkasakan
  • anti dadah SEPATUTNYA antidadah
  • nenas SEPATUTNYA nanas
  • perlantikan SEPATUTNYA pelantikan
  • urusetia SEPATUTNYA urus setia
  • kadang kala SEPATUTNYA kadangkala
  • acapkali SEPATUTNYA acap kali
  • mihun SEPATUTNYA bihun
  • mee SEPATUTNYA mi
  • jatidiri SEPATUTNYA jati diri
  • Rukunegara SEPATUTNYA Rukun Negara
  • Aidil Fitri SEPATUTNYA Aidilfitri
  • kata-kata aluan SEPATUTNYA kata alu-aluan
  • satay SEPATUTNYA sate
  • ko-kurikulum SEPATUTNYA kokurikulum
  • dzohor SEPATUTNYA zuhur
  • wudu' SEPATUTNYA wuduk
  • redha SEPATUTNYA reda
  • bowling SEPATUTNYA boling
  • asal-usul SEPATUTNYA asal usul


Comments

Post a Comment

Popular Posts