SOALAN PERCUBAAN 2013 SBP...!


PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU 
Kertas 2

BAHAGIAN C
[ 40 markah ]

Pilih SATU daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah kata.

1. Anda telah menyelamatkan anak jiran daripada hangus dijilat api dalam satu kebakaran di kawasan 
    tempat tinggal anda.

    Ceritakan pengalaman anda tersebut.

2. Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah. Sebagai seorang
    setiausaha rumah sukan, anda diminta menulis laporan berkaitan kejohanan yang diadakan itu.

    Tulis laporan tersebut selengkapnya.

3. Belia pada masa ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh badan-badan
    tertentu atau badan-badan bukan kerajaan (NGO).

    Nyatakan punca-punca belia hari ini tidak berminat dengan aktiviti sukarelawan.

4. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik yang semakin pudar dalam diri
    anak-anak.

    Bincangkan cara-cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menanam semangat patriotik dalam diri
    anak-anak.

5. Peribahasa berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak membawa maksud melakukan
    sesuatu pekerjaan yang berfaedah sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik.

    Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.



02/2@2013 Hak Cipta BPSBPSK

Comments

Popular Posts