PENAJA

RAKAN ILMU

Monday, 15 July 2013

PERIBAHASA SPM...!

Soalan tentang peribahasa/kata hikmat/cogan kata terkandung dalam Bahasa Melayu Kertas II, iaitu soalan 3(e): Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa. Soalan yang bernilai 6 markah ini sering diabaikan oleh calon. Amat jarang-jarang sekali cikgu menemukan jawapan calon yang memperoleh markah penuh iaitu 6/6. Cikgu sering juga dikemukakan soalan tentang skop peribahasa yang mungkin ditanya, buku kamus peribahasa apa yang paling sesuai? Pada pendapat cikgu, peribahasa-peribahasa yang mungkin ditanya biasanya yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan 5. Selain itu menganalisis soalan-soalan peribahasa SPM terdahulu amat membantu. Cuba lihat analisis yang cikgu buat tentang peribahasa yang disoal mengikut tahun SPM.

SPM 2005:-
  • Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
  • Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
  • Ukur baju di badan sendiri.
SPM 2006:-
  • Bahasa menunjukkan bangsa/Bahasa jiwa bangsa/Bahasa melambangkan bangsa.
  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
  • Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
SPM 2007:-
  • Bahasa jiwa bangsa.
  • Bagai dakwat dengan kertas
  • Seperti air dalam kolam
SPM 2008:-
  • Bagai menatang minyak yang penuh.
  • Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
  • Hati gajah sama dilapah, hati kumah sama dicecah.
SPM 2009:-
  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung/Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
  • Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
  • Jauh berjalan luas pemandangan/pandangan.
SPM 2010:-
  • Bagai aur dengan tebing.
  • Rajin dan usaha tangga kejayaan/Kalau tidak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya.
  • Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat/Muafakat membawa berkat.
SPM 2011:-
  • Bagai cincin dengan permata/Bagai pinang dibelah dua.
  • Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
  • Seperti ikan pulang ke lubuk/Seperti belut pulang ke lumpur/Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga/Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.
SPM 2012 akan menyusul nanti.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III