PENAJA

RAKAN ILMU

Sunday, 7 July 2013

PERSOALAN MARUAH NOVEL SPM... !


Persoalan maruah pernah ditanyakan iaitu melalui soalan SPM 2007. Calon-calon dikehendaki menjelaskan  DUA peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
Mari kita bincangkan soalan tersebut dan bagaimanakah jawapan dan teknik menjawabnya.

Soalan:
(a) 
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan DUA peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. (KLON SPM 2007)
 [ 7 markah ]

Untuk menjawab soalan 7 markah, calon-calon MESTILAH mengemukakan sekurang-kurangnya DUA peristiwa yang berkaitan dengan persoalan maruah. Namun sebagai pelajar yang sentiasa berwaspada, TIGA peristiwa yang dikemukakan, adalah lebih SELAMAT. Hal ini berdasarkan skema; isi - 4 dan bahasa - 3.
   

CONTOH JAWAPAN:

Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang diutarakan penulis yang boleh dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah. Antaranya peristiwa Hasnol telah diburu oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan gejala rasuah. Hasnol telah menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan iaitu Tengku Munir bagi mendapatkan pelbagai projek. Peristiwa ini sudah tentu mencalar maruah Hasnol dan ahli keluarga Datuk Dolhi.

Peristiwa kedua ialah Dani telah ditangkap polis kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Peristiwa ini menyebabkan Datuk Dolhi begitu kecewa kerana bukan sahaja mencemarkan maruah beliau sebagai seorang bapa malah merosakkan reputasi beliau sebagai seorang tokoh korporat yang disegani.

9 comments:

  1. Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang diutarakan penulis yang boleh dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah. Antaranya peristiwa Mukhlis yang merupakan seorang yang sangat taksub kepada agama telah terpengaruh dengan salah sebuah kumpulan yang mengamalkan ajaran sesat. Perbuatan beliau sedikit sebanyak telah menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri yang sudah terbukti Islam merupakan agama yang benar.Di samping itu,Ilham menghasut orang Asli supaya membina benteng manusia supaya pembalakan tidak dapat dilakukan di kawasan tersebut, sedangkan orang yang terlibat dalam pembalakan itu sebenarnya ayahnya sendiri sehingga memaksa ayahnya bercuti untuk menenangkan fikirannya akibat kecewa dengan sikap Ilham. Perbuatan beliau telah menjatuhkan maruah ayahnya sendiri yang terlibat dalam aktiviti pembalakan tersebut. Seterusnya,Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan anak-anaknya yang menconteng arang ke muka, tetapi akhirnya dia berjaya mengharunginya dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah.Sebagai contoh, anak datuk Dolhi iaitu Dani yang merupakan pemuzik telah terjebak dalam najis dadah. Akhir sekali,Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah bapa kandung Wahi semasa bercuti di Jepun. Datuk Dolhi juga memberitahu Datin Tominah dan anak-anaknya yang lain bahawa Wahi adalah anak kandungnya bersama isteri kedua yang dinikahinya 28 tahun yang lalu. Pengakuan yang telah dibuat oleh Datuk Dolhi sememangnya telah membuka pekung di dadanya sendiri dan menjatuhkan maruah beliau di hadapan isterinya iaitu Datin Tominah. -nik najwani-

    ReplyDelete
  2. Peristiwa seterusnya ialah Mukhlis terlibat dalam ajaran sesat sehingga memalukan Datuk Dolhi sekeluarga . Dia juga telah berkahwin dengan seorang janda beranak dua .

    Selain itu , Ilham telah melakukan demonstrasi menentang penebangan pokok .Tindakan tersebut menyebabkan Datuk Dolhi malu kerana anaknya sendiri menentang projeknya .

    Seterusnya , Hasnol telah dipercayai terlibat dalam rasuah . Peristiwa ini menyebebkan air muka Datuk Dolhi dan keluarga malu .
    Akhir sekali , peristiwa Dani terlibat dengan dadah . Dani seterusnya dihantar ke pusat pemulihan . Peristiwa ini menyebabkan Datuk Dolhi mendapat malu besar .

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang diutarakan penulis yang boleh dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah.Antaranya ialah,Datuk Dolhi sanggup merahsiakan tentang perkahwinan keduanya bersama Mastura dan mempunyai seorang anak yang bernama wahi kepada keluarganya.
    Peristiwa seterusnya yang menyentuh soal maruah ialah, Mukhlis sanggup berkahwin dengan janda tua yang bernama Hanisah dan terlibat dendan ajaran sesat.Hal ini telah memebuat ibunya,Datin Tominah berasa sedih dengan sikap anaknya itu.
    Peristiwa ketiga yang menyentuh soal maruah ialah,Dani yang gemar menjadi ahli muzik telah terjebak dengan najis dadah.Ini akan mencemarkan nama baik ayahnya sebagai seorang usahawan yang terkenal.
    Peristiwa terakhir yang menyentuh soal maruah ialah,Ilham yang terlalu taksub terhadap alam sekitar telah menghasut orang asli untuk membina benteng untuk menghalang daripada berlakunya penebangan pokok.Hal ini akan memburukkan nama keluarganya kerana perbuatan Ilham telah melibatkan polis.

    NABIHAH

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang diutarakan penulis yang boleh dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah.

    Peristiwa yang pertama ialah Datuk Dolhi sanggup menyembunyikan tentang perkahwinan keduanya bersama Mastura daripada pengetahuan isteri pertamanya dan anak-anaknya.
    Peristiwa kedua ialah Mukhlis yang mengmalkan ajaran sesat sanggup berkahwin dengan janda tua yang bernama Hanisah dan sudah mempunyai anak.
    Peristiwa ketiga ialah Dani yang gemar menjadi ahli musik telah terjebak dengan najis dadah dan telah mencemar nama baik ayahnya Datok Dolhi.
    Peristiwa terakhir ialah Ilham yang taksub dengan alam sekitar telah menghasut orang asli di sebuah perkampungan supaya membina benteng untuk menghalang daripada berlaku pembalakan.

    HASRUL=HAIRI=TARMIZI

    ReplyDelete
  5. Selain itu,perkahwinan Mukhlis dengan janda tok guru nya juga menyentuh soal maruah.Hal ini kerana,perkahwinan Mukhlis dengan janda tok guru nya telah menyebabkan Mukhlis hampir menjadi gila.Peristiwa ini telah menjatuhkan maruah Datok Dolhi sebagai seorang ahli koperat yang berjaya..

    Peristiwa keempa tialah Ilham telah melakukan demonstrasi penebangan pokok.Ini telah menjatuhkan maruah Datuk Dolhi kerana anaknya sendiri yang menentangnya.

    Peristiwa seterusnya ialah Mukhlis telah terjebak dengan satu kumpulan yang mengamalkan ilimu sesat.Ini telah menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan janda tok gurunya. dan
    .
    Akhir sekali,Hasnol telah datang ke rumah Datok Dolhi untuk meminjam duit sebanyak RM10,000 untuk membayar yuran kelab golf.Datok Dolhi enggan memberi duit tersebut kerana duit itu duit syarikat






    ReplyDelete
  6. Peristiwa yang pertama ialah Mukhlis berkahwin dengan seorang janda beranak dua.Mukhlis terlibat dengan ajaran sesat dan memalukan Datuk Dolhi.

    Seterusnya,Hasnol iaitu anak sulong datuk Dolhi telah menerima rahsuah daripada Tengku Munir berjumlah satu juta ringgit untuk meluluskan 12 tender Tengku Munir.

    Manakala,Dani pula terlibat dengan dadah dan ditangkap oleh pihak polis semasa konsert sempena Malam Ekspo Pedagangan Pemuda.

    Akhir sekali,anak Datuk Dolhi iaitu Ilham telah terlibat dalam demontrasi tentang pembalakan haram.Ilham telah menunjuk perasaan di luar negara tentang masalah itu.

    Hal ini menunjukkan bahawa Datuk Dolhi tidak berjaya untuk mendidik anak-anaknya dalam bidang perniagaan.(firdaus)

    ReplyDelete
  7. Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang diutarakan penulis yang boleh dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah. Peristiwa yang pertama ialah Mukhlis telah mengikut kumpulan dakwah untuk berdakwah. Namun Mukhlis tidak ada asas agama yang cukup. Dia hanya terpengaruh dengan kawan-kawannya hingga menyebabkan tidak berminat untuk bekerja dengan ayahnya.

    Peristiwa yang seterusnya Ilham berjuang supaya hutan tidak ditebang agar generasi akan datang dapat menikmati sumber hutan sebagai khazanah negara walaupun ayahnya terlibat dalam bidang pembalakan. Ilham sanggup pergi ke Sarawak dan menghasut orang Asli di situ supaya membina benteng manusia

    Peristiwa yang ketiga Dani terlibat dengan dadah dam berminat menjadi seorang pemuzik , menjadi penyanyi dalam sebuah kumpulan.Datuk Dolhi terpaksa menjamin Dani dan menghantar Dani ke pusat pemulihan.Perbuatan Dani telah mencalarkan maruah keluarganya sendiri terutamanya Datuk Dolhi iaitu seorang usahawan yang berjaya.

    Peristiwa yang terakhir Wahi anak Datuk Dolhi sahaja yang cenderung dalam bidang perniagaan dan mengambil alih syarikat bapanya. Datuk Dolhi gembira kerana masalah yang dialaminya sebelum ini telah selesai dan warisan perniagaannya dapat diteruskan oleh anaknya.

    ReplyDelete
  8. Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang diutarakan penulis yang boleh dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah.Antaranya peristiwa Mukhlis yang terlibat dengan satu kumpulan ajaran sesat.Dia mengikut kumpulan ini tanpa asas agama yang kukuh yang akhirya menyebabkan dia berkahwin dengan bekas isteri kepada gurunya.

    Peristiwa kedua ialah Ilham yang memperjuangkan alam sekitar dan mengadakan satu demonstrasi tentang alam sekitar di luar negara.hal ini telah meyebabkan dia dianggap sebagai seorang penderhaka negara.

    Seterusnya Hasnol yang sanggup menerima rasuah sebanyak RM1 juta daripada Tengku Munir untuk meluluskan 12 tender.Hal ini menyebabkan dia telah diburu oleh pihak berkuasa dan akhirnya ditangkap.

    Akhir sekali peristiwa Dani yang terlibat dengan aktiviti dadah.Dia telah ditangkap semasa konsert sempena Ekspo Perdagangan Pemuda kerana dia ketagihan dadah dan tidak dapat membuat persembahan semasa konsert tersebut.


    .aiman hakimi dan ikram

    ReplyDelete
  9. Berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood, terdapat banyak peristiwa yang diutarakan penulis yang boleh dikategorikan sebagai persoalan yang menyentuh soal maruah.Antaranya peristiwa Dani telah terjebak dengan najis dadah. Pada malam persembahan kumpulannya di sebuah pekan anjuran belia di tempat tersebut. Dani tidak dapat naik ke pentas kepada ketagihan dadah. Dia meninggalkan tempat itu untuk mencari pembekal dadah. Persembahan tanpa penyanyi utama tela menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat. Dani telah ditangkap polis.Hal ini amat memalukan Datuk Dolhi dan Datin Tominah .

    Peristiwa kedua ialah Mukhlis yang telah mengikut kumpulan dakwah untuk berdakwah. Kumpulan dakwah itu bergerak hingga ke luar negara. Namun Mukhlis tidak ada asas agama yang cukup. Dia hanya terpengaruh dengan kawan-kawannya hingga menyebabkan dia berkahwin dengan bekas isteri gurunya.

    Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Ilham terlibat dengan tunjuk perasaan menentang aktiviti pembalakan. Dia bersama beberapa orang Barat menghasut penduduk peribumi di sana mengadakan tunjuk perasaan tersebut. Sekali lagi Datuk Dolhi tergugat maruahnya kerana syarikatnya mempunyai saham dalam syarikat pembalakan di sana.

    Peristiwa terakir ialah peristiwa Inem, pembantu rumah meminta berhenti kerja. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu Ilham menceroboh ke biliknya berkali-kali. Pada masa yang sama Ilham telah menghilangkan diri selama dua minggu.

    ReplyDelete

PROMOSI III