PLOT CERPEN BIARKAN SAMUDERA...!


BIARKAN SAMUDERA
Karya Raihanah Salleh

Tema:-
  • Konflik jiwa seorang remaja yang menghadapi dugaan hidup.
Persoalan:-
  • Perasaan simpati rakan terhadap masalah yang dihadapi oleh sahabat karibnya.
  • Pembangunan yang boleh menjejaskan alam sekitar.
  • Kehidupan kaum nelayan yang terumbang-ambing.
  • Tanggungjawab mengekalkan kelestarian alam.
  • Ibadat dapat membantu menyelesaikan masalah manusia.
Watak dan Perwatakan:-
AMIRAH (MIR)
  • Anak tunggal, telah kematian ibu, anak nelayan, sahabat karib kepada Hakimah, mahasiswi universiti, menghidapi penyakit skizofrenia (jiwa); perawatakannya - tidak tabah, murung setelah menghadapi konflik jiwa, akhirnya sembuh selepas rajin membaca al-Quran dan solat.
HAKIMAH
  • Sahabat baik Mir, mahasiswi universiti; perwatakan - prihatin masalah sahabat, banyak membantu mengubati penyakit Mir.
Latar:-
  • Masa - Zaman sekarang, hari Sabtu.
  • Tempat - Perkampungan nelayan, laut, universiti, rumah Hakimah.
  • Masyarakat - Masyarakat nelayan yang miskin, tersisih akibat pembangunan, masyarakat remaja yang mengalami konflik jiwa, masyarakat yang prihatin, masyarakat muda yang masih menuntut.
Plot:-
PERMULAAN
  • Amirah teringat akan laut yang bergelora. Baginya laut tempat tinggal nelayan dan tempat nelayan mencari rezeki, kini diancam kemusnahan dan ekosistem laut terjejas akibat pembangunan. Sikap Amirah turut berubah dan ini membimbangkan Hakimah.
PERKEMBANGAN
  • Hakimah berusaha untuk mengubati penyakit jiwa yang dialami Amirah. Hakimah membawa Mir menemui kaunselor. Hakimah juga menyerahkan telekung pemberian ibunya kepada Mir.
KLIMAKS
  • Amirah teringat akan perbualannya dengan ayah yang menyuruhnya menjaga laut daripada kemusnahan meskipun pembangunan di jalankan di kawasan itu.
PELERAIAN
  • Hakimah gembira kerana Mir beransur pulih setelah rajin menunaikan solat dengan telekung pemberian ibunya.

Comments

Popular Posts