SOALAN PERCUBAAN 2012 'GANU KITE'...!


Soalan 18 - 21
Mengesan Kesalahan Frasa Bergaris

18. Orang kampung banyak mengadakan kenduri-kendara perkahwinan anak pada musim cuti.
  • A banyak mengadakan kenduri
  • B mengadakan banyak kenduri
  • C mengadakan banyak kenduri-kendara
  • D banyak mengadakan kenduri-kendara
Analisis Jawapan:

Soalan 18 sebenarnya mengandungi DUA perkara yang mahu diuji, iaitu penggunaan kata kerja transisif 'mengadakan' dan juga penggunaan kata ganda 'kenduri-kendara' dengan kata adjektif 'banyak'.
  • B (salah) - selepas 'mengadakan' mesti diikuti objek iaitu kenduri.
  • C (salah) - dua kesalahan iaitu sama kesalahan jawapan B dan satu lagi ialah selepas kata 'banyak', kata nama kenduri tidak patut digandakan lagi - sudah membawa maksud 'banyak'.
  • D (salah) - satu keslahan iaitu penggunaan kata adjektif 'banyak' tidak perlu lagi menggandakan kata nama kenduri - sama-sama menunjukkan maksud 'banyak'.
  • Jawapan bagi soalan 18 ialah A
19. Analisis keputusan PMR telah dibincangkan di dalam mesyuarat pengetua SBP.
  • A dalam mesyuarat pengetua-pengetua
  • B di dalam mesyuarat pengetua-pengetua
  • C dalam mesyuarat pengetua
  • D di dalam mesyuarat pengetua
Analisis Jawapan:

Soalan 19 juga mengandungi DUA perkara yang mahu diuji, iaitu penggunaan kata sendi nama 'di' dan juga penggunaan perkataan 'mesyuarat' yang telah membawa maksud banyak atau jamak.
  • A (salah) - selepas kata 'mesyuarat', semua kata nama tidak boleh digandakan lagi.
  • B (salah) - kata sendi nama 'di' untuk tempat, mesyuarat bukannya 'tempat'. Kesalahan kedua ialah kata nama 'pengetua' yang digandakan selepas kata mesyuarat. (sama dengan A)
  • D (salah) - salah penggunaan kata sendi nama (sama dengan jawapan B.
  • Jawapan yang betul bagi soalan 19 ialah C.

Comments

Popular Posts