TERLEWAT CERAMAH DI KADOK...!

Mohamad Azemi Zawawi
Program Ceramah BM di SMK Kadok agak kelam-kabut. Program yang dirancang akan bermula jam 3.00 petang, 8 Julai 2013 terlewat hampir 15 minit. Kebiasaannya, cikgu akan pastikan bahawa cikgu  tiba lebih kurang 30 minit sebelum program bermula, tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di bandar Kota Bharu ketika itu, maka terpaksalah guru-guru dan pelajar-pelajar PMR bersabar menunggu ketibaan cikgu. Cikgu Barudin, urus setia program tersebut kerap menghubungi cikgu untuk menanyakan lokasi dan jangkaan masa. Beliau memberitahu cikgu bahawa pelajarnya sudah menunggu di dewan sejak pukul 2.30 petang lagi.
Walau bagaimanapun, program yang bermula sedikit lewat itu berjalan lancar dan terima kasih kepada semua guru dan pelajar SMK Kadok, Kota Bharu.

Selamat maju jaya untuk pelajar PMR 2013.

Comments

Popular Posts