PENAJA

RAKAN ILMU

Saturday, 31 August 2013

CERPEN: PAHLAWAN BUNTUNG....!

CERPEN : PAHLAWAN BUNTUNG
Oleh: S. Othman Kelantan

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku), anak kepada Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun memngimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Aspek komsas dalam cerpen Pahlawan Buntung

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH





Tema




Kesengsaraan hidup penduduk kampung akibat perang
- Semasa kedatangan tentera Jepun, penduduk kampung Pulau Pak Amat terpaksa berpindah untuk menyelamatkan diri
- Rumah Mak Esah terbakar dan dan Mak Esah serta anaknya mati bersama-sama rumahnya
- Jarah, anak Pak Ngah telah ditembusi peluru sesat di atas bahunya
- Pak Hussain telah ditangkap oleh tentera Jepun dan memaksanya menguburkan tentera dan orang ramai yang mati sehari suntuk
- Pak Hussain terkena ledakan bom yang ditinggalkan oleh tentera Jepun sehingga kakinya terpaksa dipotong













Persoalan











Persoalan kasih sayang ketika menghadapi kesusahan
- Kasih sayang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup. Ketika aku sekeluarga turun daripada rumah, kami meniarap di atas tanah dan kami duduk rapat-rapat. Fatimah dan adikku memeluk paha ibu. Ibu tidak henti-henti menyebut nama Allah



Persoalan keberanian dan kecekalan menentang musuh

Pak Hussain sanggup meredah bahaya demi menyelamatkan penduduk kampung supaya berpindah walaupun dia sendiri tertinggal perahu.
Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil daripada askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung
Persoalan kerjasama masyarakat dalam menghadapi kesulitan
Penduduk kampung bersama-sama mengusung anak Pak Ngah yang tercedera kerana terkena peluru sesat di atas bahunya

Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa
Khalid yang merupakan anak kepada Pak Hassan tidak melupakan jasa Pak Hussain yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan penduduk kampung akibat perang
Persoalan membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup
Selepas perang berakhir, penduduk kampung kembali semula ke kampung halaman masing-masing dan menjalankan urusan seharian sebagai nelayan

Persoalan menghormati warga tua
Khalid menghormati Pak Hussain yang ditemuinya dengan mempelawa Pak Hussain datang ke rumahnya di Jalan Bayam

Persoalan kepentingan mempertahankan negara
Pertemuan antara Khalid dengan Pak Hussain telah mengingatkannya kepada kekejaman Jepun sewaktu perang dahulu. Penjajahan merupakan usaha mengembangkan pengaruh politik walaupun terpaksa memperalatkan nyawa.





Nilai

Keberanian
Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun membedil para perompak

Kebijaksanaan
Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun

Kasih sayang
Mak Da menangis apabila mendapati Pak Hussain hilang dan tiada dalam kumpulan orang kampung yang berpindah

Patriotisme
Pak Hussain sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan tanah air

Mengenang jasa
Khalid mengenang jasa Pak Hussain yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan penduduk kampung

Hormat-menghormati
Khalis menghormati Pak Hussain sebaik menemuinya dengan menyapa dan mempelawa datang ke rumahnya





Pengajaran
Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman
Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun walaupun berhadapan dengan bahaya demi menyelamatkan penduudk kampung semasa perang
Kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah
Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga
Mak Da menangis apabila mendapati Pak Hussain hilang dan tiada dalam kumpulan orang kampung yang berpindah
Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan tugas
Penduduk kampung mematuhi arahan Pak Hussain supaya berpindah apabila menyedari keadaan menjadi bertambah sukar

(Sumber : Bahagian Perkembangan Kurikulum)

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III