PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 29 August 2013

KA(e) + AKAN ...!

Kata adjektif emosi [KA(e)] sering digunakan secara tidak gramatis oleh banyak pelajar. Antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti:-
  • menggunakan akhiran -kan ( sukakan, rindukan, sayangkan, kasihankan, bencikan ....)
  • menggunakan kata sendi nama lain selain akan ( rindu dengan, benci kepada..... )
Kata adjektif emosi [KA(e)] TIDAK boleh diberikan/digunakan bersama-sama dengan imbuhan akhiran -kan. Lihat contoh kesalahan penggunaan [KA(e)] dan pembetulannya.

KESALAHAN:-
  1. Emak sentiasa menangis kerana rindukan anak perempuannya di perantauan.
  2. Demi cintakan negara, saya sanggup berkorban nyawa.
  3. Ayah lebih sayangkan adik.
PEMBETULAN:-
  1. Emak sentiasa menangis kerana rindu akan anak perempuannya di perantauan.
  2. Demi cinta akan negara, saya sanggup berkorban nyawa.
  3. Ayah lebih sayang akan adik.
Selepas penggunaan KA(e) ini juga, kata sendi nama yang paling tepat digunakan ialah akan. Contoh penggunaan KA(e) yang tidak gramatis:-
  1. Emak begitu sayang dengan kedua-dua orang anaknya.  X
  2. Kamu mesti taat dengan perintah Allah.  X
  3. Semua pekerja sangat hormat terhadap ketua mereka.  X

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III