PENAJA

RAKAN ILMU

Friday, 30 August 2013

MENTENTERAMKAN / MENENTERAMKAN...!


Pada permulaan setiap ceramah BM PMR, cikgu biasanya akan mengemukakan soalan berbentuk 'menduga minda' pelajar tentang perkara-perkara asas dalam bahasa Melayu. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Terbukti banyak sekali pelajar yang tidak begitu memahami selok belok bahasa Melayu termasuklah perkara-perkara asas seperti ejaan, proses pengimbuhan kata, penggandaan, pemajmukan dan sebagainya.
Hal-hal sedemikian perlu diberikan perhatian oleh guru-guru agar kesilapan-kesilapan mudah tidak dilakukan oleh pelajar ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Berkenaan ejaan yang BETUL bagi kata dasar 'tenteram' yang menerima imbuhan apitan meN- ...-kan SEBENARNYA ialah menenteramkan BUKANNYA mententeramkan. Tetapi setiap kali apabila ditanyakan ejaan perkataan atau memilih antara 'menenteramkan' atau 'mententeramkan', majoriti pelajari akan membuat kesilapan. 

Dalam bahasa Melayu, awalan meN- apabila dimbuhkan dengan perkataan yang bermula dengan huruf P, T, K, dan S, maka huruf-huruf tersebut akan dilenyapkan atau digugurkan. Hal ini demikian hanya berlaku kepada perkataan-perkataan asli bahasa Melayu, bukannya perkataan pinjaman.
Lihat analisis di bawah:-
  • meN- + pakai ------> memakai
  • meN- + tolak ------> menolak
  • meN- + salin  ------> menyalin
  • meN- + kelar ------> mengelar
Begitu juga dengan perkataan 'tenteram', apabila menerima imbuhan apitan meN- ....-kan, perkataan yang baharu terhasil ialah:-
  • meN- + tenteram + -kan -----------> menenteramkan BUKANNYA mententeramkan 

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III