PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 28 August 2013

OLE-OLE / OLEH-OLEH...!

Apabila kita berpergian atau mengunjungi sesuatu tempat, apabila balik ke kediaman kelak sudah pasti kita akan membeli buah tangan untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Frasa simpulan bahasa 'buah tangan' bermaksud cenderamata atau bingkisan hadiah untuk diberikan kepada sesiapa.
Sesetengah daripada kita juga gemar menggunakan perkataan lain untuk menggantikan frasa buah tangan tersebut. Perkataan/frasa popular ialah ole-ole ataupun oleh-oleh. Kedua-duanya digunakan dengan meluas. Masalahnya sekarang, adakah penggunaan 'ole-ole' dan 'oleh-oleh' itu gramatis?
Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, hanya perkataan  'oleh-oleh' sahaja yang ada, iaitu pada muka surat 1096. 
Maksud kata oleh-oleh ialah pembawaan daripada berpergian, buah tangan.
Jadi sahlah bahawa penggunaan kata 'ole-ole' sebenarnya SALAH ataupun tidak gramatis. Jadi gunakanlah kata yang BETUL iaitu 'oleh-oleh' jika tidak mahu menggunakan istilah buah tangan ataupun hadiah.
  • ole-ole  > salah
  • oleh-oleh  > betul 

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III