ESEI: JIKA AKU SEORANG JUTAWAN....!

PENDAHULUAN:-
  • Ramai orang bercita-cita menjadi jutawan kerana apabila telah bergelar jutawan, maka kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna dan dihormati. Jika aku diberikan peluang oleh Allah menjadi seorang jutawan, aku akan menggunakan kekayaan itu untuk membahagiakan diri dan keluarga, masyarakat sekeliling dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
IDEA-IDEA UTAMA:-
  • Aku akan membina beberapa buah kediaman yang mewah lengkap dengan pelbagai kemudahan yang termoden. Perabot dan kelengkapan rumah pula diperbuat daripada emas dan perak.
  • Aku akan menempah khas beberapa buah kereta yang belum ada di pasaran, sebuah jet persendirian lengkap dengan pilot dan pegawai peribadi, membeli beberapa buah kapal mewah termasuk sebuah kapal selam berteknologi nuklear untuk kegunaan persendirian.
  • Aku akan membantu semua ahli keluargaku termasuk ibu bapa, adik-beradik, sanak-saudara yang ada pertalian darah denganku supaya mereka dapat hidup senang dan mewah. Segala kekurangan mereka akan dibantu dengan sepenuhnya.
  • Setelah keperluan diri dan keluarga dipenuhi, aku serta keluarga dan sanak-saudara akan pergi menunaikan haji dengan menyewa kapal terbang khas dan segala perbelanjaan akan ditanggung.
  • Walaupun aku sudah bergelar jutawan, namun aku tidak akan lupa diri. Segala kekayaan anugerah Tuhan itu akan dikongsi bersama-sama anggota masyarakat sekeliling:-
  1. Aku akan membina  beberapa buah masjid yang besar lagi moden, lengkap dengan pendingin hawa, perpustakaan dan asrama bagi ditempatkan anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan.
  2. Aku akan membina rumah-rumah untuk  diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak berumah.
  3. Aku akan menubuhkan beberapa buah tabung yayasan yang akan bertanggungjawab membantu golongan miskin melanjutkan pelajaran ke menara gading.
  4. Aku akan menyediakan skim bantuan khas untuk anggota masyarakat sekeliling mendapatkan barangan keperluan harian.
  5. Aku akan membina beberapa buah klinik kesihatan yang menyediakan rawatan percuma kepada para pesakit terutama yang tidak berkemampuan.
  6. Aku akan sentiasa bergaul dan beramah mesra dengan anggota masyarakat untuk mengetahui masalah mereka.
  7. Aku akan berusaha untuk memastikan tiada seorang pun anggota masyarakat di kawasanku menderita kerana dihimpit kemiskinan.
  8. Masalah sistem pengangkutan dan prasarana lain akan dibaik pulih segera untuk kesejahteraan hidup.
  9. Demi memudahkan aku berhubung dengan setiap anggota masyarakat, beberapa buah pejabat khidmat masyarakat akan dibina di setiap kawasan.
  10. Walaupun aku seorang jutawan, aku akan pastikan bahawa aku tidak akan lupa diri dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.
PENUTUP:-
  • Menjadi jutawan tidak langsung akan menjadikan diriku seorang yang ego, sombong dan lupa akan asal usul. Sebaliknya segala kekayaan anugerah Tuhan itu akan disalurkan kembali kepada semua insan yang memerlukan. Bagiku, apalah gunanya kekayaan, jika kita masih melihat jiran kita masih dihimpit kemiskinan, kedaifan dan kepapaan. Apa gunanya bergelar jutawan, jika bangsaku hidup melarat di bumi sendiri. Pegangan hidup aku ialah kekayaan yang dimiliki akan digunakan untuk membuat amal ibadat kepada Allah.
  • Kekayaan milik Allah yang wajib dikongsi bersama-sama.

Comments

Popular Posts