ISTILAH KOMSAS...!


TEMA
  • Idea utama atau isu paling penting yang mahu disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.
PERSOALAN
  • Idea-idea atau isu-isu yang hendak disampaikan oleh pengarang. Isu-isu ini akan membentuk tema sesebuah cerita.
PLOT
  • Jalan cerita atau rentetan peristiwa yang berlaku berdasarkan sebab dan akibat.
  • Plot kronologi disampaikan mengikut urutan masa.
  • Plot tidak kronologi disampaikan tidak mengikut urutan masa.
  • Peringkat plot ialah:-
  1. Permulaaan/pengenalan/eksposisi
  2. Perkembangan
  3. Klimaks
  4. Peleraian
  • Antara teknik plot ialah:-
  1. Teknik pemerian/deskriptif/huraian/bercerita
  2. Imbas kembali
  3. Saspens
  4. Kejutan
  5. Monolog
  6. Monolog dalaman
  7. Dialog
WATAK dan PERWATAKAN
  • Watak ialah pelakon
  • Perwatakan pula ialah sifat dari segi luaran dan dalamam pelakon
  • Antara jenis watak:-
  1. Protagonis atau watak utama
  2. Antagonis penentang kepada watak utama (jahat)
  3. Watak sampingan
LATAR
  • Menjelaskan masa, era, tempat, ruang, masyarakat dan budaya dalam cerita
  • Terbahagi kepada 3 iaitu:-
  1. Latar masa
  2. Latar tempat
  3. Latar masyarakat
GAYA BAHASA
  • Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa untuk menulis sesebuah cerita.
  • Pengarang karya kreatif lebih cenderung menggunakan bahasa yang indah, berkesan dan puitis. 
  • Antara gaya bahasa tersebut ialah:-
  1. Diksi - pemilihan atau penggunaan kata oleh pengarang
  2. Metafora - unsur perbandingan yang terdiri daripada 2 patah kata ( lautan darah )
  3. Personifikasi - memberikan sifat manusia kepada benda ataupun haiwan
  4. Hiperbola - membandingkan sesuatu secara berlebihan ( tajam pisau membelah bulan )
  5. Simile - Perbandingan yang menggunakan kata seperti, bagai, umpama, laksana, ibarat
  6. Paradoks - Penyataan yang bertentanga dengan fakta ( itik mati kehausan di kolam )
  7. Repitisi - Kata yang diulang dalam baris yang sama 
  8. Anafora - Pengulangan kata pada awal baris
  9. Epifora - Pengulangan kata terakhir dalam baris 
  10. Responsif - Pengulangan kata di tengah-tengah
  11. Simplok - Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama ( Sayang seribu kali sayang )
  12. Imejan - Penggunaan unsur alam semula jadi ( sungai, air, bukit, tasik )
  13. Alusi - Bahasa perbandingan ( Kalau kau bunga, aku jadi kumbangnya )
  14. Ironi - Kata-kata yang bermaksud lain daripada yang sebenar atau kesan sebalik ( Walaupun nada suaranya lembut namun kata-katanya cukup keras )
UNSUR BUNYI
  1. Asonansi - pengulangan huruf vokal dalam satu baris
  2. Aliterasi - pengulangan huruf konsonan dalam satu baris
  3. Rima - bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam rangkap
  4. Jeda - hentian di tengah-tengah baris apabila melafazkan puisi
SINTAKSIS
  1. Inversi - keterbalikan ayat ( ke sungai aku pergi )
NADA
  • ialah alunan lembut atau keras, tinggi atau rendah bunyi yang terhasil daripada pengucapan sajak
  • Jenis-jenis nada:-
  1. Patriotik - pengucapan puisi yang bersemangat
  2. Melankolik - gambaran kesedihan, hiba dalam puisi
  3. Romantik - gambaran perasaan tenang, gembira, ceria dalam puisi
  4. Sinis - gambaran perasaan tidak suka, tidak senang dan sindiran
  5. Protes - gambaran perasaan marah, pemberontakan dan tidak puas hati dalam puisi

Comments

Popular Posts