PENAJA

RAKAN ILMU

Wednesday, 4 September 2013

KESALAHAN FRASA NAMA...!


Di bawah disenaraikan pelbagai bentuk kesalahan frasa nama dan pembetulannya;-
  • Aminah Restoran  > Restoran Aminah
  • Aziz Klinik  >  Klinik Aziz 
  • timbunan sampah-sampah  >  timbunan sampah
  • jawatan-jawatankuasa  >  jawatankuasa-jawatankuasa
  • mata pelajaran-mata pelajaran  >  mata-mata pelajaran
  • gas-gas oksigen  >  gas oksigen
  • wang-wang derma  >  wang derma
  • setiap orang pelajar  >  setiap pelajar
  • perkarangan rumah  >  pekarangan rumah
  • kalangan peserta-peserta  >  kalangan peserta
  • deretan kedai-kedai  >  deretan kedai
  • para perompak  >  semua perompak
  • sebuah kejayaan  >  satu kejayaan
  • pertandingan bolasepak  >  perlawanan bola sepak
  • penghawa dingin  >  pendingin hawa
  • cili sos  >  sos cili
  • sessi temuduga  >  sesi temu duga
  • cuti semesta  >  cuti semester
  • kata-kata aluan  >  kata alu-aluan
  • mayat-mayat bergelimpangan  >  mayat bergelimpangan
  • burung-burung berterbangan  >  burung berterbangan
  • ibu mertua  >  ibu mentua
  • semua lauk-pauk  >  semua lauk
  • berbagai hadiah  >  berbagai-bagai hadiah
  • ibupejabat polis  >  ibu pejabat polis

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III