MENEMUI / MENEMUKAN...!

Perkataan menemui dan menemukan tiada cacat celanya. Cuma yang menimbulkan masalah apabila pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan cara yang salah berpunca daripada kegagalan mereka memahami maksud sebenar serta cara penggunaan kata tersebut. Cuba kita lihat kesalahan penggunaan kata menemui dan menemukan dalam ayat-ayat di bawah:-
  • Saya telah menemui kunci kereta yang hilang itu.
  • Saya pergi menemukan ayah untuk meminta wang saku.
Perkataan menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa atau bersua dengan seseorang atau pergi menziarahi, mengunjungi atau perrgi melawat seseorang.

JADI ayat 'Saya telah menemui kunci kereta yang hilang itu' menjadi amat lucu kerana mana ada orang pergi 'melawat/mengunjungi/menziarahi kunci kereta'?

Begitu juga dengan ayat 'Saya pergi menemukan ayah untuk meminta wang saku', SEBENARNYA perkataan menemukan bermaksud memperoleh sesuatu yang dicari, terjumpa sesuatu.
Apabila kita telah mengetahui maksud sebenar kedua-dua patah perkataan tersebut, maka kesalahan ayat-ayat di atas boleh dibetulkan seperti di bawah:-
  • Saya telah menemukan kunci kereta yang hilang itu.
  • Saya pergi menemui ayah untuk meminta wang saku.

Comments

Popular Posts