SOALAN PERCUBAAN SELANGOR (2012)....!

18. Pelakon filem yang sangat terkenal sekali di negara kita telah terpilih untuk mewakili negara ke pesta  filem peringkat antarabangsa.
  • A paling terkenal
  • B sangat kenal sekali
  • C paling terkenal sekali
  • D sangat terkenal sekali
Jawapan:-

Terdapat DUA perkara penting yang perlu difahami oleh setiap pelajar ketika menganalisis frasa 'sangat terkenal sekali' dalam ayat di atas.
  1. Penggunaan kata penguat sangat dan sekali; Penggunaan kata penguat bebas (sungguh, amat, sangat) dengan kata penguat belakang (sekali) dibolehkan. Contoh lain adalah seperti  sungguh cantik sekali, amat cantik sekali, sangat cantik sekali.
  2. Perkara yang kedua ialah penggunaan kata 'terkenal'. Mungkin ada sesetengah pelajar mengatakan bahawa  kata terkenal itu telah membawa maksud paling kerana beranggapan bahawa kata tersebut menerima imbuhan awalan teR- yang membawa makna paling seperti terpanjang - paling panjang; terbesar - paling besar; tercantik - paling cantik; SEBENARNYA 'terkenal' bukanlah terhasil daripada proses pengimbuhan teR- + kenal > terkenal, sebaliknya kata terkenal merupakan kata dasar yang tidak menerima imbuhan teR- yang membawa makna paling. Maksud kata 'terkenal' ialah popular ataupun masyhur. Lihat analisis di bawah:-
  • sangat terkemuka sekali - BETUL
  • amat terkenal sekali - BETUL
  • sungguh terkenal sekali - BETUL
  • sungguh masyhur sekali - BETUL
  • sungguh termasyhur sekali - SALAH
  • sangat termasyhur sekali - SALAH
  • sangat terkenal sekali - BETUL
Jawapan untuk soalan 18 ialah D, iaitu frasa sangat terkenal sekali adalah betul dan gramatis.

Comments

Popular Posts