PENAJA

RAKAN ILMU

Friday, 18 October 2013

ADALAH BERASASKAN...!

Pengguna bahasa Melayu cenderung menggunakan kata pemeri ‘adalah’ di depan kata kerja (KK), contohnya:-
  • adalah berasaskan (KK)
  • adalah merujuk (KK)
  • adalah dibuat/diperbuat (KK)
  • adalah digalakkan (KK)
  • adalah melambangkan (KK)
  • adalah menjadi (KK)
  • adalah merupakan (KK)
  • adalah tertakluk (KK)
  • adalah dinasihati (KK)
  • adalah berdasarkan (KK)
  • adalah berpaksikan (KK)
  • adalah berlandaskan (KK)
Semua bentuk frasa di atas adalah salah dan tidak gramatis. Sebenarnya kata pemeri ‘adalah’ hanya digunakan di depan kata / frasa adjektif dan di depan kata sendi nama, contohnya:-
  • adalah cantik (KA)
  • adalah sangat murah (FA)
  • adalah untuk (KSN)
  • adalah kerana (KSN)
  • adalah dari (KSN)
  • adalah daripada (KSN)

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III