PENAJA

RAKAN ILMU

Thursday, 17 October 2013

AYAT BIASA / AYAT SONGSANG...!

  • Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna.
  • Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
  1. Subjek + Predikat = Ayat
  2. Subjek + Predikat = Ayat Biasa
  3. Predikat + Subjek = Ayat Songsang
  • Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan.
  • Predikat = ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.
  •  
 AYAT BIASA

SUBJEK
PREDIKAT
1. Azmi
pergi ke sekolah.
2. Kambing itu
kepunyaan saya.
3. Modul Bahasa Melayu itu
ditulis oleh Cikgu Azemi.
                                                
AYAT SONGSANG

PREDIKAT
SUBJEK
Pergi ke sekolah
Azmi.
Kepunyaan saya
kambing itu.
Ditulis oleh Cikgu Azemi
Modul Bahasa Melayu itu.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI III